" Selamat pagi,Tuan Keii."

Salah seorang daripada lima lelaki dan kelihatan paling berusia diantara semua itu menyapa dan menundukkan kepalanya sekilas apabila pandangan mata tajam Keii menyambut mereka.

" Macam mana dengan keadaan Darius?"

" Tuan perlu berterima kasih kepada siapa saja yang menghantar Tuan Muda Darius ke hospital.Terlambat sedikit saja,keadaan adalah sangat bahaya.Anak panah tersebut hanya meleset beberapa milimeter saja daripada salur darah utama pada jantung Tuan Muda Darius."

" Dan setakat ini,keadaan Tuan Muda Darius sudah stabil.Bergantung kepada keadaannya,esok Tuan Muda Darius sudah boleh dipindahkan dari wad penjagaan rapi."

Suara dua orang doktor tersebut yang saling sahut menyahut mengisi kesunyian wad dan Keii tidak dapat menyembunyikan rasa leganya dan tanpa sedar dia menghembuskan nafas.

Dengan berita yang dibawa oleh pasukan doktor khas Keluarga Artemis itu rasa bimbang yang menohok ulu hatinya semakin reda tetapi dia tahu hal tersebut tidak akan berakhir begitu sahaja.

Akan banyak kejadian susulan yang perlu diuruskannya apatah lagi dalam keadaan ayahnya masih terbaring di atas katil begitu.

" Tentang Tuan Besar." Doktor yang kelihatan paling berusia tersebut berdehem dan melabuhkan pandangannya ke arah Keii dengan riak wajah ragu " Ada sesuatu yang perlu Tuan Muda tahu."

Keii mencerunkan pandangan membuatkan lelaki tersebut semakin gugup.Wajah pucat Tuan Muda Keii masih sahaja tidak dapat menghilangkan nuansa menyeramkan yang dibiaskan roman wajah unik pemuda itu.

" Daripada ujian darah yang kami buat,didapati dalam darah Tuan Besar mengandungi unsur yang kami kenalpasti sebagai Arsenik."

Keii meligas pantas dan wajahnya mendadak bertambah menakutkan .

" Maksudnya.?"

"Ada orang yang meracuni Tuan Besar.Daripada ujian tersebut juga, kami yakin Tuan Besar diracuni dalam tempoh masa yang sudah
lama."

Keii mengetatkan giginya sambil mengepal tinju.Dia tahu konspirasi menumbangkan Keluarga Artemis bukanlah hal yang mengejutkan namun apabila kegilaan itu semakin kronik sehingga berlaku percubaan demi percubaan untuk membunuh ayahnya,Darius serta dirinya sendiri-dia memang tidak akan berdiam diri lagi.Melindungi Keluarga Artemis adalah tanggungjawab yang terpikul di bahunya kini.

Keii melemparkan pandangan ke arah tubuh ayahnya yang terbaring di atas katil dengan tiub-tiub halus disambungkan terus ke lengannya .Memikirkan tentang Darius dan ayahnya semakin membuatkan Keii dihambat rasa bersalah.

Dia diam-diam merasakan dirinya telah gagal sebagai seorang anak dan sebagai seorang abang untuk melindungi mereka tetapi perkara paling menyakitkan adalah tentang bagaimana Keluarga Artemis hampir jatuh bertekuk lutut di tangan orang-orang yang paling dipercayai mereka selama ini.

" Kiyo."

Tolehnya ke kanan dan segera pemuda itu menghampirinya.Takzim mendengar arahan daripadanya.

"Aturkan pertemuan dengan pasukan guaman Keluarga Artemis.Pastikan Pembantu Eiyo dan Puan Ertha tidak terlepas kali ini !"

Kiyo tidak mengangguk tetapi tidak pula menggelengkan kepala namun ia tidak bermakna dia mengingkari arahan Keii.Sedikit sebanyak Kiyo juga merasa bertanggungjawab dalam masalah yang menimpa Keluarga Artemis itu.

Bagi Kiyo,segalanya berlaku terlalu pantas dan hampir tidak masuk akal terutama sekali bagaimana sebenarnya Keii dan Darius masih hidup walaupun Kiyo sendiri menyaksikan upacara penyempurnaan jenazah kedua-duanya dengan penuh kedukaan itupun berselang hanya beberapa hari.

Dan kemuncak kepada segalanya adalah betapa mengejutkan sekali bagaimana seorang lelaki berambut cokelat muda yang berdarah di sana-sini muncul di hadapan pintu wad kecemasan dengan menggendong tubuh longlai Darius dengan sebilah anak panah menancap ke dada kirinya tatkala wad tersebut kelam-kabut menerima pesakit yang dikejarkan dengan menggunakan ambulans yang kesemuanya adalah ketua-ketua keluarga ternama yang berpengaruh dalam Kumpulan Templar.

Dan tatkala Kiyo menoleh beberapa saat sahaja daripada lelaki tersebut,lelaki misteri itu tidak lagi kelihatan di antara kerumunan orang di hadapan pintu kecemasan tersebut malahan tidak ada satu pun kamera litar tertutup yang berjaya menangkap kelibat pemuda tersebut.

+ + +

Sementara itu Ryo yang tampak segak dalam balutan pakaian seragamnya berdiri sambil seluruh pandangannya menyeluruhi ruangan tersebut.Walaupun berada didalam bilik mesyuarat yang samar namun daripada sambaran cahaya putih daripada paparan projector yang sesekali terbias pada wajahnya itu,dia dapat merasakan tubuhnya menjadi sasaran tatapan belasan pasang mata yang berada di situ.

Pagi menjelang tiba dan di situlah dia berdiri masih dalam keadaan bingung malahan sepanjang malam ,matanya langsung tidak dapat lena walau sepincing pun.Dan mesyuarat pasca operasi yang disifatkan sebagai operasi paling berjaya sepanjang bulan tersebut dihadirinya dengan separuh hati.

Secara jujur,dia merasakan dia tidak layak menerima semua merit begitu dalam keadaan ada orang lain yang lebih berkerja keras daripadanya sendiri.

Namun,akan percayakah barisan pegawai tertinggi pasukan tersebut jika dia menceritakan segala-galanya?

Tentang sekumpulan lapan orang pemuda dan seorang gadis aneh yang sebenarnya menjadi tulang belakang kepada kejayaan operasi menyelamatkan tebusan tersebut?

Bagaimana mungkin untuk hal tersebut dapat diterima akal waras apabila dia mengatakan bahawa pemuda-pemuda tersebut hilang begitu sahaja di celah satu rekahan cahaya yang muncul tiba-tiba dalam kegelapan malam?

Ryo menggelengkan kepalanya dan mengepal penumbuk.Sehela nafas berat dilepaskan dan bayangan wajah Ara yang pucat hampir dingin dalam ribaannya semalam terlalu sukar untuk dihilangkan tetapi dia tahu.

Pertemuannya dengan Ara serta lapan saudaranya itu adalah misteri paling besar yang tidak akan mampu di ungkapkan sampai bila-bila.

Dan itu juga merupakan kali terakhir dia melihat Ara !

+ + +

LAST HUNTER II : VARTRAWhere stories live. Discover now