E1

121 8 0
                                    

Hai...👋sebelum korang baca saya minta maaf terlebih dahulu jikalau ada kesilapan dalam penulisan saya ini kerana saya bukanlah seoarang pro buat novel or cerita pendek ni😁. Sya hanya ingin menghilangkan rasa bosan. Tetapi ingin saya memberitahu korang yang cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tidak bermaksud nak sakitkan hati siapa-siapa. Anyways siapa2 je yang baca ni saya berterima kasih banyak2 kerana sudi membaca cerita rekaan saya yang tak seberapa ini. Maafkan saya sekali jika tulisan saya ini menyinggung hati korang.😊. So...selamat membaca.

JB menangis sendirian di dalam tandas melarikan diri daripada kawan-kawannya yang lain. Mungkin dari luaran dia terseyum gembira namun apabila dia teringatkan peristiwa itu lagi dia akan terus menyembunyikan diri di tandas dan menangis semahu-mahunya. Disebabkan hal itulah dia jarang berseronok seperti kawan-kawannya yang lain.

Kini JB sudah berusia 22 tahun dan bekerja menjadi penulis komik yang terkenal. Komiknya sentiasa laris di pasaran. JB bersyukur atas kejayaan yang diraihnya kini. Selepas sahaja bebas daripada rumah anak-anak yatim dia terus menceburkan diri dalam bidang tersebut untuk menyara kehidupannya sendiri. Namun di dalam rumah yang besar kepunyaannya itu langsung tiada serinya. "Park jin young adik abang...adik di mana?....abang rindu adik..." dia merintih lagi sambil memeluk gambar adiknya yang masih kecil ketika itu.  Sekali lagi dia menitiskan air matanya.

~~~

"Junior! Mana perginya komik abang?! " jerit Jackson apabila mendapati komik yang baru dibelinya tiada ditempatnya. Junior berada di ruang tamu  mendengar jeritan itu terus sahaja berlari mengurungkan diri di dalam biliknya dengan buku komik yang masih ditangannya sambil ketawa berdekah-dekah.

"Saya pinjam abang! " laungnya pulak.

"Junior!!! Siap kau nanti! " jerit Jackson geram.

Mark yang baru keluar dari biliknya menyaksikan adegan tersebut hanya menggeleng seraya tertawa kecil. "Junior...junior...". Hujung minggu macam ni memang mereka akan menghilangkan bosan dengan aktiviti masing-masing. Mark  menuju kepada Jackson dan menepuk-nepuk bahu adiknya itu. "Relaxlah bro...biarlah dia pinjam. Lagipun kau tak kesian ke dengan Junior tu. Dahlah tak boleh keluar dari rumah ni melainkan pergi sekolah. Kau tak rasa ke dia tu dikongkong oleh mummy dan daddy. Jangankan mereka nenek pun tak kasi dia keluar. Kesianlah..dekat dia hmm..." ujar Mark kalu tersenyum.

"Betul juga tu bang. Kenapa eh Junior sentiasa dikongkong. Jackson takut nanti Junior akan mengalami kemurungan. " dia baru terfikirkan hal itu. Dia memandang Mark dengan penuh pertanyaan. Namun abangnya itu terus mengangkat bahunya kerana dia juga tidak tahu akan hal itu.

"Jomlah. Nak ikut abang tak tengok wayang? " soal Mark sambil mengangkat kening sebelah.

"Mestilah nak ikut! " jawab Jackson teruja.

Junior yang dari tadi mendengar perbualan abang-abangnya tadi terus menghela nafas panjang dan merebahkan diri ke atas katilnya. Komik masih dalam pegangannya terus di selak satu-persatu untuk membuang bosan. Namun dia kembali melemparkan komik tersebut ke tepi dan kembali duduk. Dia meraup wajahnya lalu memandang biliknya yang tak seberapa besar itu dibandingkan dengan bilik abang-abangnya. "Kenapa nenek tak suka saya? Kenapa abang Mark dan abang Jackson juga yang dilebihkan? Saya juga cucu kepada nenek!  kenapa saya tidak diberi kasih sayang seperti abang Mark dan abang Jackson dapat? " dia berkata-kata sendiri. "Mama...papa...cepatlah balik...Junior tak tahanlah asyik disisihkan saja oleh nenek! Junior nak balik rumah. " katanya lagi. Tanpa sedar air matanya mengalir. Namun cepat-cepat ia seka. "Kau tak boleh menangis Junior! Kau kan lelaki! Lelaki semestinya kuat! " monolognya pulak memberi semangat kepada dirinya sendiri.

{1} Junior✓Donde viven las historias. Descúbrelo ahora