Day 16

1.9K 123 4
                                    

Jungkook mengumpul segala tenaganya yang bersisa untuk bertemu dengan gadis itu. Dia tekad untuk menyiasat perkara-perkara yang berlaku. Dia mengakui dia sudah lama bersembunyi dan terlepas perkara yang berlaku selari arus masa. Kini,dia perlu ketahuinya sendiri.

Jungkook menguak tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik itu. Gadis itu sedang berbaring sambil memeluk sebuah bantal. Kelihatan terbentuknya sebuah peta air mata pada bantal tersebut.
"Mianhae Jin hyung. I cannot sleep" pinta Minji sejurus menyedari kehadiran seseorang.

"Minji-ah....."panggil Jungkook lembut. Minji meneliti suara yang menyeru namanya itu. Dia yakin bahawa suara itu bukan suara Jin. Dia cuba mengimbas kembali memorinya untuk memgenal pasti pemilik suara. Tiba-tiba dia tersedar satu perkara. Dia terus berganjak ke bucu katil sambil memeluk kedua-dua kakinya. "Jangan apa-apa kan saya"rayu Minji ketakutan. Baru sahaja Jungkook cuba menghampirinya,satu bayangan situasi seperti ini bermain di hadapan matanya. Dia terus terjeda untuk seketika.

"Benda apa yang aku nampak ni? Bila berlaku?"amuk Jungkook. Dia terus menarik rambutnya kerana menahan rasa sakit di kepala. Minji yang berada di bucu katil berasa lebih gentar. Badannya menggigil dengan sangat pantas dan tidak dapat dikawal dirinya. Dia mendakap lebih erat bantal. Peluh juga tidak henti-henti membanjiri badannya.

"Ahhhhhhhh!!!"satu tempikan kuat dilepaskan Jungkook. Jin terus tersentak dari keadaan mamainya. Dia terus membatalkan niatnya untuk menyalin pakaian. Dia terus berlari ke bilik Minji.
Kelihatan terdapat dua orang pengawal sedang bergelut memegang Jungkook manakala Minji kelihatan pucat lesu.

Jin segera menghampiri Jungkook. "Kook? Kook! Waegurae?"soalnya. "Sakit hyung!"balas Jungkook kasar. Jin terus memeluk badannya untuk membantunya bertenang. Dia diberikan satu suntikan di lengan kanannya untuk membantu dia bertenang dan kurangkan sakit yang dialaminya.Apabila badannya mula menjadi lemah,pengawal-pengawal mengusung badannya ke bilik.

Kemudian,dia cuba menghampiri Minji. Namun begitu, Minji menghalangnya. Tergambar suatu lukisan ketakutan dalam anak matanya. Dia tahu petanda tidak baik sedang berlaku. Dia memandang tepat kepada gadis itu ikhlas. "Minji....ini Jin hyung. You don't have to be scared with me"pujuk Jin cuba meraih kepercayaannya. Dia cuba bermain kata-kata lagi sehingga gadis itu percayakannya.

Minji terus memeluk badan Jin dan menangis teresak-esak. "Mianhae,hyung. Saya tahu saya tak sepatutnya bertindak seperti ini. Saya kena tolong Kook tapi saya tak mampu. Perbuatan dia itu tetap terbayang lagi. Masih segar"adu Minji. Jin mengusap lembut rambutnya dan menggosok belakang gadis itu. "It's not your fault. Ease"pujuk Jin untuk menenangkannya.Timbul pelbagai persepsi dalam diri Jin ketika itu. Dia bingung.

Jin kembali ke kamar beradunya apabila Minji telah tidur. Dia diberikan ubat tidur agar dapat berehat. Jin berbaring di atas katil sambil mendail suatu nombor. Telefon bimbit didekatkan ke telinganya. "Yeobusaeyo?"soal penerima panggilan. "Yoongi,error. Minji became phobic. Kook dah kembali but his memories got some problem"beritahu Jin dengan mata terpejam.

"Gwenchana,we'll talk tomorrow"balas Yoongi @ Suga. Mereka menamatkan panggilan dan cuba memikirkan masalah yang berlaku. Suga menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Aigoo,when will this problem settled? Dah lama aku tak dapat nikmat tidur yang sebenarnya."omel Suga. Namjoon yang berada bertentangan dengannya hanya tersengih. "Be strong. Jom continue. Wanna some coffee?"soal Namjoon. Suga hanya mengangguk.

Namjoon keluar dari bilik until ke pantri manakala Suga berbaring di atas sofa untuk merelakskan badannya yang kelenguhan. Dia secara random mengambil beberapa keping gambar dan dilihat satu per satu. Dia meneliti semula gambar Kim's Shop. Sekali lagi dia cuba mengingati individu yang mempunyai rantai loket sama seperti yang dipakai oleh bayi dalam gambar itu. Kemudian dia meneliti gambar itu dengan lebih dalam. Dia ternampak tanda lahir berbentuk bulat pada tangan lelaki di sebelah Encik Jeon. "Encik Kim?"soalnya bersendirian kerana terkejut dengan penemuan yang ditemui.

Suga datang ke rumah Jungkook seawal jam lima pagi. Dia memeriksa keadaan Minji terlebih dahulu. Gadis itu masih di bawah pengaruh ubat tidur lagi. Diamati wajahnya itu. "Poor girl. You've going through hard time isn't it?"bisiknya perlahan.

Kemudian dia ke bilik Jungkook untuk melihat maknae kesayangannya itu. Dia masih enak dibuai mimpi. Tangan dan kakinya diikat pada tiang katil. Tergambar suatu reaksi yang muram dan malap pada wajahnya. Dia menepuk-nepuk bahu maknaenya itu lembut. "You should not be treated this way. You should have a better life. Bukannya dipenjara di rumah dan diri sendiri. Please be yourself again"omel Suga lagi.

Akhirnya dia ke bilik Jin. Jin sedang berbaring di atas katil dengan topeng mata yang menutup matanya. Suga membuka jaketnya dan terus ke katil Jin. Dia dengan sengaja bergolek di atas Jin untuk memaklumkan kehadiranya. "Yah!"marah Jin kerana mimpinya diganggu oleh seseorang. "Dahlah. Tidur"arah Suga malas. Suga terus memeluk sebuah bantal sambil menutup matanya.

"Aigoo! Pergilah mandi dulu. Tukar baju ke. Kotorlah katil! Kenapa kau tak reti tidur dekat bilik sendiri?"bebel Jin panjang lebar. "Ngantuk. Nak tidur. Esok-esoklah nak bebel"balas Suga malas. Jin hanya mampu menghembuskan nafas geram. Dia tahu tindakannya sia-sia sahaja kalau Suga sudah mengantuk. Dia terpaksa merelakan hatinya dan kembali tidur.

"Jin,tidur ke belum?"soal Suga setelah hampir 10 minit berbaring di atas katil. "Tak."jawab Jin ringkas. Jin membuka lampu meja di sisi katil. Mereka berdua bertukar kepada posisi duduk. Mereka berdua termenung jauh. "Kita nak buat apa sekarang? Aku rasa kita tak boleh membabitkan Minji lagi. Aku takut mental dan emosi dia terganggu",jelas Jin.

"Tiada jalan lain? Kita pun tahu betapa pentingnya Minji kepada Jungkook. Apa akan jadi kalau kita pisahkan mereka?"soal Suga serius. "Aku yakin sekarang waktu yang sesuai untuk pisahkan mereka."beritahu Jin. Suga memandangnya aneh. "Kook sekarang baru kembali sedar. Certain memories pasal Minji dia tak dapat ingat. How about we get rid off Minji from his life?"cadang Jin.

"How about his feelings?"soal Suga lagi. "If they were meant to be, they'll meet again and reunited. We can't change their feelings but for now for the sake of their health physically and mentally,this is the best way for them. I can't find any other way" jelas Jin. Suga terdiam sejenak.

"Aku tahu memang sukar. Memang agak kejam untuk ganggu perhubungan mereka tetapi,ini adalah yang terbaik"beritahu Jin cuba meyakinkan Suga. "Baik. Aku rasa ini juga jalan yang terbaik untuk mereka. We should just fix the broken pieces for now. Kembalikan mereka berdua yang asal. However,we still have to do something to repay Minji. She sacrifice and risk her life to help us" cadang Suga.

"How?"soal Jin ingin tahu. "Fix her eyes. We pay for her eyes surgery. Besides,takkanlah nak pulangkan Minji dalam keadaan macam ni. Nanti parent dia nak buat report untuk abusement pulak. Lagi susah kita nak tutup kes"cadang Suga. Jin hanya bersetuju. Ada betulnya juga cadangan Jin. "Esok kita beritahu member yang lain"cadang Jin setelah kata putus diperoleh. Suga terus menghalangnya.

"Not now. Rahsiakan sahaja. Jangan dedahkan apa-apa terutama kepada......"kata-katanya mati seketika. "Siapa?"soal Jin ingin tahu. Suga terus membisikkan nama individu itu kepada Jin. "Aku masih siasat tapi Kita tetap kena ambil langkah berjaga-jaga. Semuanya melibatkan nyawa."pesan Suga. Jin hanya mengangguk faham

KidnapperWhere stories live. Discover now