Day 8

3.5K 279 15
                                    

Minji memegang erat tangan Taehyung sepanjang hari. Taehyung mula berasa serba salah untuk meninggalkannya. Taehyung menarik bagasinya ke hadapan muka pintu. Minji pula melentokkan kepalanya pada tangan Taehyung sambil menemaninya ke pintu utama.

"Minji-ahh....."panggil Taehyung lembut sambil membelai rambut Minji. Minji memeluk tangan Taehyung dengan lebih erat. "Hajima....siapa nak teman saya kat sini?"rayu Minji. Taehyung perlahan-lahan menenangkan Minji yang sudah mula menangis. Mereka berdua saling bertentangan dan berpegangan tangan.

"Take care of yourself and always eat on time. Don't skip your meal and don't cry. Tae pergi seminggu je. Tak lama pun."pujuk Taehyung sambil mengelap air matanya yang berguguran. Mereka saling berpelukan dan Taehyung menghadiahkan satu kucupan manis pada dahi Minji. Kemudian, Taehyung terpaksa melangkah keluar dengan hati yang berat. Perlahan-lahan,bayang kereta telah hilang dari pandangan. Suga membantu membawa Minji ke biliknya memandangkan keadaannya yang masih belum sihat sepenuhnya.

Sudah hampir seminggu Taehyung pergi ke luar negara,seminggu itulah Minji mula berubah sikap. Murung,hilang selera makan dan suka menyendiri. Jungkook hanya mampu memerhatikan perubahan pada Minji yang mendadak. Rasa cemburu dalam diri Jungkook juga semakin menebal.

Jungkook melangkah masuk ke dalam bilik tidur Minji. Masih bergulung di dalam selimut. Jungkook mengambil tempat di sebelah Minji. Dia merapatkan diri dengan Minji dan memandang wajah lesu di hadapannya sedang enak dibuai mimpi. Namun begitu,masih terpamer kesedihan di wajahnya. Jungkook menolak rambut yang menutupi wajah gadis polos itu ke belakang telinganya lembut. Jari jemarinya beralih ke pipi dan wajah gadis itu. Diusap dan dibelai lembut penuh kasih sayang.

"Don't ever cry for another man, don't waste your tears and only look at me."bisiknya sambil mengelap pipi gadis itu yang masih basah dengan air mata. "Awak tak marahkan saya lagi ke?"soal Minji yang tiba-tiba bersuara sekaligus mengejutkan Jungkook. Dia terundur ke belakang sedikit kerana terkejut. Minji pula terus mendekati Jungkook dan memeluk badannya. Jungkook masih terkaku dengan tindakan Minji.

Minji merapatkan wajahnya pada badan bidang Jungkook dan mengeratkan lagi pelukannya. "Ermm...finally it's getting warmer."omel Minji. Jungkook terdiam tanpa kata. Entah kenapa mukanya terasa bahang. Suasana yang sejuk bertukar panas. Minji pula menambahkan keeratan pelukannya. Senyuman manis terkuntum di bibirnya.

Dia mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah Jungkook walaupun hakikatnya dia tak boleh. Jungkook juga menatap mata gadis itu."I miss this warm hug and this smell. Sorry for hurting you. But, it's really true there's nothing between me and Tae."beritahu Minji cuba menjelaskan perkara yang berlaku. Jelas kelihatan keikhlasan dalam mata gadis itu. Jungkook hanya mendiamkan diri.

Minji semakin menambahkan keeratan pelukannya. Sungguh dia amat rindu pelukan hangat dan bau badan lelaki ini yang mampu menenangkan jiwanya. Jungkook juga berasa tenang di jiwanya sejujurnya. Dia rindu tangan kecil itu melingkar pada badannya.

Minji berganjak ke atas supaya wajah mereka saling bertatapan. Terasa kehangatan nafas Jungkook pada wajahnya. Minji membelai lembut wajah Jungkook. "Your heartbeat runs to fast. Does it mean you also miss me?"soal Minji. Jungkook hanya membisu tanpa sebarang jawapan. Minji menunggu jawapan daripada Jungkook tetapi,tiada hasil.

Minji membelai wajah Jungkook dan kemudiannya bibirnya. Dia memegang lembut pipi Jungkook . Entah dari mana keberanian yang Minji peroleh, tanpa sebarang isyarat dia terus mengambil tindakan drastik dengan menghadiahkan ciuman hangat pada bibir lembut Jungkook. Mata Jungkook bertambah membutang Dan hatinya terus menjadi tidak tentu arah. Hampir 30 saat Minji membiarkan ciuman itu.

Minji meleraikan pelukan pada badan Jungkook dan mengalihkan tangannya dari pipi Jungkook lalu menjauhkan dirinya sedikit dari Jungkook."Pabbo! Saranghaeyo, Jungkook! I really falling in love with you!"pengakuan dari Minji. Minji baru sahaja mahu bangun, Jungkook terus menarik badan gadis itu dalam dakapannya.

"Jjinja?"soal Jungkook dengan suara yang agak macho. Minji pasti jarak antaranya dengan Jungkook sangat rapat ketika itu. Entah kenapa Minji berasa malu pula. Pipinya mula merona merah. Dia cuba melarikan pandangan daripada Jungkook. Anehkan? Minji bukannya boleh melihat Jungkook,tetapi rasa malu untuk bertatapan mata tetap ada. "Look at me girl and answer me"beritahu Jungkook lembut. Perlahan-lahan Minji mengalihkan pandangannya semula. Jungkook hanya mampu tersenyum melihat gadis itu. Sebarang jawapan tidak diberikan.

Minji tetap berdiam diri. "Then,why are you crying? Is it because of Taehyung?"soal Jungkook . "Aniya! Tae tak terlibat. It is because I thought Jungkook marah dengan saya lagi. Lepas Taehyung pergi,awak tinggalkan saya"jelas Minji dengan pantas. "Ok. One more question, why your heart race? Does it means you miss me?"soal Jungkook dengan soalan yang sama yang diajukan Minji tadi. "Yah... kenapa Jungkook buat  macam ni dekat aku?"bebel Minji dalam hati. Mukanya mula terasa tebal dengan soalan Jungkook. Dia asyik melarikan pandangannya dari Jungkook.

Jungkook hanya tersenyum melihat reaksi gadis itu yang menggelabah. Dia terus menghadiahkan satu kucupan hangat kepada bibir munggil Minji. Kini,giliran Minji pulak untuk membutangkan mata. "Yah,pabbo! Neodu saranghaeyo,Minji! I'm falling in love with you like crazy!"pengakuan Jungkook. Keadaan pada mulanya janggal, kemudian mereka terletus dengan ketawa dari masing-masing. Entah apa yang kelakar pada ketika itu. Jungkook menarik Minji dalam pelukannya semula. "Park Minji, saranghaeyo!"ucap Jungkook romantik. Minji juga membalas dengan ucapan yang sama. Kemudian mereka tenggelam dalam kucupan yang penuh dengan rasa cinta Dan rindu itu.

KidnapperWhere stories live. Discover now