Day 5

4.1K 304 13
                                    

Jungkook bangun awal pada pagi itu. Dia menggosok lembut matanya. Dia cuba melihat jarum jam pada jam dinding. Pukul 6. Lamanya aku tidur! Dia melihat gadis di sebelahnya. Masih dibuai mimpi. Kuntuman manis terukir tanpa disedari. Dia bangkit dari katil dan terus meninggalkan bilik itu. Dia meregang-regangkan otot-ototnya sebelum bergerak ke biliknya.

Taehyung entah dari mana muncul di hadapannya. "Lena tidur semalam?"soal Taehyung sinis. Jungkook mengendahkan soalannya Dan membuka tombol pintu biliknya. Taehyung tiba-tiba menjadi berang Dan terus merangkul kolar baju Jungkook. "Apa kau buat dengan Minji semalam?"soal Taehyung kasar. Oktaf suaranya meninggi. Jungkook memegang kolar baju Taehyung pula Dan menolaknya ke dinding kasar." Apa pulak yang kau buat semalam? Kau sengaja nak bunuh dia? Kau tahu semua duri tanaman tu beracun. Kau buat apa!"tengking Jungkook. Taehyung tergamam. Renungan tajam mereka saling bertatapan antara satu sama lain. Jungkook melepaskan genggaman kolar baju Taehyung dan terus ke biliknya. Taehyung berasa amat bengang dan menumbuk dinding beberapa kali sehingga membiru tangannya.

Suasana agak sunyi pagi itu. Minji meraba-raba tempat di sebelahnya. Tiada orang. Hembusan lega dilepaskan. Dia terus bingkas bangun untuk ke bilik air. Dia masih tidak dapat mengenal pasti kedudukan bilik itu. Selalunya, Taehyung ada untuk membantunya. Ke manakah dia menghilangkan diri hari ini? Dia meraba-raba dinding dan terjumpa satu tombol. Lantas dia membukanya dan terus masuk melalui pintu tersebut. Kepalanya terasa sakit tatkala mekanggar sesuatu. "Mesti dinding!"omelnya. Dia terus meraba-raba​ 'dinding' tersebut untuk mencari paip air hujan.

"Kenapalah basah sangat dinding ni. Eh,kenapa bertokol-tokol dinding ni?"omelnya​ lagi. "Dah puas raba badan saya?"soal satu suara. Minji terus menjauhkan diri. "Siapa kau? Apa kau nak?"soal Minji ketakutan. "Chill. It's me. Jungkook."jawab Jungkook. Minji menghembus nafas lega. Wait. Jungkook dekat sini?

"Ahh!!!"jerit Minji sambil cuba menutup badannya yang hanya dibaluti Kain tuala. "Yah! Pervert!"jerit Minji. Jungkook hanya ketawa berdekah-dekah. Dia terus mengambil baju mandi dan menyarungkannya kepada Minji. "Lain kali pakai baju mandi ni. Aigo!"bebel Jungkook sambil menolak lembut Minji ke dalam bilik mandi. Jungkook menyediakan suhu air yang sesuai dan diisikan ke dalam tab mandi. "Mandi cepat. Pakaian nanti saya sedia atas katil."jelas Jungkook dan terus meninggalkan Minji sendirian.

Minji menuju ke arah katilnya sambil mengeringkan rambut dengan tuala. Seperti biasa, beberapa kali dia hampir tersadung kerana masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan bilik tersebut. Dia meraba-raba katilnya dan memakai satu per satu pakaian. Dia terus mencapai tongkatnya dan keluar dari bilik tidur. Tiba-tiba seseorang memeluknya dari belakang Dan berbisik 'good morning' lembut. Pipinya mula merona merah akibat perbuatan orang itu iaitu Taehyung. Dia hanya membalas dengan perkataan morning juga. Kemudian, Taehyung membantu Minji untuk ke meja makan. Jelas kelihatan susuk badan Jungkook sudah berada di tempat duduknya. Dia dan Taehyung saling berlawan mata. Kemudian,mereka menikmati sarapan. Perkara yang anehnya,suasana sangat sunyi ketika itu. Minji mengesyaki pasti sesuatu perbalahan sedang berlaku antara mereka.

"Taehyungie,boleh kita bercakap tak lepas ni?"soal Minji. Taehyung menggosok lembut kepalanya Dan bersetuju dengan permintaannya. Jungkook pula mula menarik muka. Dia terus bangkit dari kerusinya. "Awak nak pergi mana? Kita tak habis makan pun lagi"soal Minji apabila terdengar geseran antara kerusi dengan lantai. "I'm full"jawabnya ringkas Dan terus bergegas ke dalam biliknya. Rasa aneh semakin bertambah dalam dirinya.

"Taehyung, actually what happened?"soal Minji. Taehyung mula bermasam muka dan mendiamkan diri. Malas nak menjawab pertanyaannya. Minji terus membelai lembut tangannya memujuk dia agar menceritakan hal yang sebenar. Hatinya mula menjadi lembut dan dalam masa yang sama berdebar kencang jantungnya. "Kenapa jadi lagi ni??"soal Taehyung kepada diri sendiri. "Taehyungie...."panggil Minji lembut. "Oklah. Sebenarnya saya jealous sebab awak teman Jungkook tidur semalam. It's not appropriate ok? He's a man and you just a little girl. Anything can happen!"jelas Taehyung dalam keadaan marah. Kedengaran keluhan berat dari Taehyung. Minji diam seketika untuk diberikan masa untuk Taehyung bertenang. Minji membelai lembut pipi Taehyung."Tae.... don't be like this. Saya tahu tindakan saya salah. Tapi,saya just nak suruh Jungkook tidur. Saya tahu dia ada insomnia. Sudah berapa tahun dia tak tidur. Dengan hanya menutup mata Dan berehat atas katil tidak bermakna dia dapat tenangkan fikirannya. Jika dengan adanya saya boleh membuatkan dia tidur lena,saya sanggup. Sudah lama dia menanggung derita seorang diri"jelas Minji. Tiba-tiba Taehyung menarik badan Minji sehingga dia terduduk di atas ribanya. Minji kaget akan tindakannya. Taehyung merangkul badannya lebih erat sehingga dia dapat merasakan nafas Taehyung. "Jangan fikir fasal dia. Jangan risau fasal dia. Risaukan says seorang. Hanya pandang saya."jelas Taehyung tegas. "T..tae....kenapa ni?"soal Minji ketakutan. "Minji. You make me crazy and I can't stop to worry and concern of you. Please be responsible with what you did to me!"jelas Taehyung lagi. Kali ini oktaf suaranya meningkat satu. "Apa saya dah buat dekat awak?"soal Minji sambil bergelut untuk melepaskan diri. Taehyung merapatkan dahi mereka dan dia melihat ke dalam anak mata Minji. "You make me fall in love with you. Yes,Minji! Neodu saranghae."ucapnya dan terus merapatkan bibirnya dengan bibir Minji. Dari jauh Jungkook memerhatikan mereka berdua

KidnapperWhere stories live. Discover now