Day 4

4.8K 363 10
                                    

"Morning Minji!"sapa Taehyung dari muka pintu membuatkan Minji terkejut dari lamunannya di birai katil. "Morning"jawab Minji sepatah bersama kuntuman manis senyuman. Taehyung menghampirinya dan menghulurkan tongkatnya. "Jom kita turun. Makan!"ajak Taehyung sambil membantu Minji untuk bangun. "Ermmm, Jungkook ada sekali ke?"soal Minji. Air mukanya kelihatan berubah apabila bertanya mengenai Jungkook." Jangan risaulah. Kim Tae kan ada"kata Taehyung dengan megah. Minji hanya akur dan meletakkan kepercayaan kepada Taehyung.

Jungkook sudah menunggu ketibaan Minji dan Taehyung di meja makan. "Apalah yang diorang buat dekat bilik tu!"bebel Jungkook sendirian. "Ok Minji, perlahan-lahan. Nanti jatuh saya tak sambut"gurau Taehyung. Jungkook hanya memerhatikan mereka berdua. Mereka berdua kelihatan mesra bersama. Sakitnya hati!

"Minji,makanlah. Kook,tolonglah letakkan lauk dalam mangkuk Minji"arah Taehyung dengan mulut penuh. Jungkook akur sahaja dengan arahan Taehyung. Dia meletakkan beberapa jenis lauk di dalam pinggan seperti kimchi,jeruk lobak,taufu lembut dan lauk-lauk lain. Kemudian,dia menghulurkan pinggan yang berisi lauk itu kepada Minji. Dia mengambil mangkuk nasi Minji dan menuangkan stu kimchi kepada Minji. "Kook,kenapa terus letak dalam nasi dia? Asinglah dalam mangkuk lain. Nanti nasi kembang"marah Taehyung. "Dia suka makan nasi dengan sup. Sup akan meresap dalam nasi,jadi nasi tu tak de lah bahagian yang tidak berasa kuahnya"terang Jungkook sambil menggaulkan nasi dan sup itu. Kemudian,dia meletakkan sudu dalam genggaman Minji. Minji hanya senyap Dan tergamam. "Macam mana dia tahu?"soal Minji perlahan. "Jom makan!"ajak Jungkook dan mereka mula makan. Minji kelihatan amat berselera pada hari ini. Dia makan dengan sangat banyak berbanding hari sebelumnya. Dalam senyap, Jungkook tersenyum melihat Minji.

*Di rumah Minji*
Ibu dan bapa Minji telah pulang ke tanah air setelah hampir seminggu berada di luar negara. Mereka memakirkan kereta di perkarangan rumah. "Yeobo,kenapa rumah gelap? Minji tak de ke?"soal ibu Minji. "Saya pun tak pasti. Dia dekat rumah kawan dia kut"andaian bapa Minji. Ibu Minji mula berasa tidak senang hati. "Tak apalah. Kita masuk dahulu dan kita telefon kawan dia sekejap lagi,ok?"pujuk suaminya. Ibu Minji hanya akur.

"Apa? Minji tak ada?"soal ibu Minji terkejut. "Ya,ahjumma. Dekat seminggu dia tak datang sekolah. Saya pun baru tahu berita ni sebab saya baru pulang dari Jeju dengan keluarga"jelas sahabat Minji. Lutut ibu Minji mula berasa lemah mendengar khabar tersebut. "Yeobo,Minji hilang!"beritahu ibu Minji sambil menangis teresak-esak. "Sabar! Kita pergi buat laporan sekarang,ok?"pujuk bapa Minji sambil memeluk ibunya bagi menenangkan hatinya.

"Bila kali terakhir puan bertemu dengan anak puan?"soal seorang polis. "Lebih kurang seminggu lepas. Sebelum Kami ke luar negara"jawab ibu Minji dengan sebak. Kemudian,polis itu menanyakan beberapa soalan lain kepada ibu bapa Minji. "Puan ada mengesyaki sesiapa yang mempunyai dendam atau apa-apa motif dengan keluarga puan?"soal pegawai polis itu lagi. "Setahu saya,tiada. Sehari lepas saya ke luar negara,anak saya ke sekolah dengan kawannya. Kawan dia cakap,dia balik dengan Minji. Lepas tu,saya tidak tahu" jawab ayah Minji bagi pihak ibunya. "Baiklah,saya akan soal siasat perkara ini dengan lebih lanjut. Ada apa-apa lagi kejadian yang memushkilkan di kawasan perumahan encik?"soal pegawai polis itu lagi. "Tiada rasanya kecuali larangan melintas di rumah mendiang Encik Jeon. Itu sahaja"jawabnya dengan dahi berkerut memikirkan jika ada peristiwa aneh yang lain. "Larangan melintas? Rumah Encik Jeon?"soal pegawai polis itu untuk mengetahui lebih lanjut. "Ye,larangan lintasan rumah keluarga Jeon. Lebih kurang tahun lepas atau tahun-tahun sebelum ini, keluarga Jeon iaitu sebuah keluarga terkaya di kawasan perumahan itu telah diserang oleh sepasang pasangan lelaki dan perempuan bersenjatakan sepucuk pistol. Katanga,motif serangan tersebut adalah dendam,tetapi masih belum mendapat kepastian yang jitu. Kes tersebut ditutup kerana anak lelaki keluarga Jeon, Jungkook tidak mahu ibu bapanya dijalankan autopsi(bedah siasat). Tapi,ada juga khabar angin yang mengatakan Jungkook mencari pembunuh ibu bapanya dalam senyap tanpa pengetahuan. Tapi,itu hanyalah khabar angin"jawab Inspektor Yoongi yang tiba-tiba muncul di pintu masuk balai polis menjelaskan semua cerita. "Siapa awak?"soal pegawai polis itu tadi. "Awak mesti budak barukan?"soal Inspektor Yoongi. "Saya Yoongi. Saya yang handle case Jungkook tu"jelas Yoongi sambil mengambil fail laporan penculikan  Minji tersebut. Dia membelek satu per satu helaian laporan tersebut. "Puan baru pulang dari luar negara dan mendapati anak puan tiada di rumah. Puan dah hubungi semua kenalannya dan mereka kata dia tiada. Jadi,puan terus datang buat laporan. Puan yakin ke dia diculik atau hilang atau sebenarnya dia lari dari rumah?"soal Yoongi serius. "Saya yakin dia diculik. Anak saya itu golongan istimewa. Dia ada masalah penglihatan. Mana mungkin dia nak lari dari rumah. Lagipun,apa motifnya? Selama ini dia ok sahaja dengan kami. Tiada sebarang masalah."jelas ayah Minji. Yongi mengerutkan dahinya sambil mengusap-usap dagunya. "Minji. Jungkook. Hmmmm...."

KidnapperDonde viven las historias. Descúbrelo ahora