56 | Dibawa Rindu

3K 81 41
                                    

Mateen menutup fail yang dibacanya tadi. Dia bersandar pada kerusi sambil pejamkan mata. Jemarinya mengurut kepala yang berdenyut-denyut sakit. Sejak dia diberikan tugas khas menguruskan projek berkaitan keselamatan di sempadan negara-negara ASEAN sebulan lalu, jadual kerjanya menjadi semakin sibuk. 

Masanya banyak dihabiskan di pejabat sehingga lewat malam. Selalu saja dia balik dan tertidur dengan baju kerja. Mujur songkok sempat dibuka sebelum tertidur. Sebulan ini, tiada lagi bual-bual kosong setiap malam sebelum tidur. Selalunya apabila balik, Mateen terus tidur.

Sejak kebelakangan ini juga Mateen jarang berbual dengan Elisa. Tiada lagi pillow talk sebelum tidur, tiada lagi gurau senda yang selalu menceriakan hubungan mereka.

Ketukan di pintu mematikan lamunan sekejap Mateen. Terpacul tubuh AJ di balik pintu dengan iPad di tangan. Mateen membetulkan duduk, menanti AJ masuk mengadap.

"Anything, AJ?", soal Mateen serius. Jika bekerja, dia memang serius. AJ melabuhkan punggung di kerusi depan meja kerja Mateen lalu membuka iPadnya.
"Just want to update and confirm your schedule for next week", jawab AJ lancar. Seperti selalunya, setiap petang sebelum habis waktu kerja, AJ akan datang berjumpa Mateen dan kemaskini jadual Mateen untuk hari esok dan segala urusan penting.

"About Dubai?", tanya Mateen. AJ angguk kepala beberapa kali. "Semua dah ready ke? When is the flight?", tanya Mateen lagi. AJ menyemak semula waktu penerbangan mereka.
"Hurmm.. on 25th, 10am", jawab AJ lancar. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikirannya ketika ini. "I would like to confirm once again. Are you sure your wife will not come along?", tanya AJ.

Mateen angkat kening sebelah, memandang AJ dengan wajah serius. Dia lepas keluh berat dan berdecit.
"I told you right? She has event to attend on 31st at Nurul Iman. Of course dia tak akan pergi sekali", jawab Mateen bersahaja. AJ mengeluh perlahan. Pelik dengan sikap Mateen kebelakangan ini. Sepertinya Mateen sudah mula mengabaikan Elisa. AJ perasan semua itu namun tiada haknya untuk masuk campur urusan rumahtangga Mateen dan Elisa.

"But you never leave her before when you're out of country. She knew about this?", tanya AJ lagi mahukan kepastian. Bukan mahu menyibuk, tetapi dia makin pelik dengan Mateen. Perubahan sikapnya saat ketara. Pantang disebut nama isterinya, dia mula rasa marah dan tidak selesa. Sedangkan sebelum ini, Mateen sentiasa dahulukan Elisa dalam segala keputusan yang diambil. Menguruskan lelaki ini sejak remaja hinggalah sudah berkahwin, AJ sudah begitu faham dengan perangainya.
"I'll tell her later. Anything else?", tanya Mateen acuh tak acuh. Malas untuk memikirkan tentang Elisa ketika ini. Isterinya itu juga semakin sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan, jadi eloklah dia tidak turut serta ke Dubai.

"No. That's all. Just to remind, a day after Dubai, you're going to Jakarta for the ASEAN meeting", balas AJ mengingatkan. Mateen mengeluh berat. Inilah punca kesibukannya sekarang.
"Do you think I can handle this? I've been so busy lately", keluh Mateen. Dia sedar tentang kesibukannya ini yang sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.

AJ senyum dan berkata, "There's nothing you can't do, mate. He trust you on this and I know he has a big plan for you. Prove to him you that you are capable to do this". Tenang saja jawapan AJ. Dia pasti tuanku sultan mempunyai agenda tersendiri dengan memberikan projek khas ini kepada Mateen.
"You know about the vacancy in the cabinet right? I think he reserve that for you", sambung AJ lagi. Jawatan Menteri Luar Negeri baru saja dikosongkan dan sehingga kini masih belum ada penggantinya. Mateen hela nafas dalam lalu dihembusnya perlahan. Jika jawatan itu diberikan kepadanya, sudah tentu kesibukan mengatasi segala dalam urusan hariannya.
"We'll see how. At the moment, I cuma nak semua ni cepat berakhir", balas Mateen lemah. Dia sudah bersandar pada kerusi.

"Okay, boss. Let's go home. The car is ready", kata AJ memecah kesunyian. Mateen angguk dan bangun meninggalkan pejabat.

*

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now