48 | Berikan Aku Cinta

2.4K 71 4
                                    

"Berbedak ni macam mana?", tanyaku.
Mateen menjawab, "Macam you pakai bedaklah. Nanti semua orang datang sapu bedak dekat muka you"

Berderai tawa satu ruang pesawat. Aku tarik muka masam dengan tangan bersilang. Orang tanya betul-betul, dia main-main pula. Sajalah tu nak menyakitkan hati aku.

Menggeleng Azemah melihat kerenah aku dan Mateen. Dia terkejut apabila aku datang ke hangar tadi. Dia sangka aku hanya mahu menghantar mereka pulang, tapi rupa-rupanya aku turut pulang sekali. Bukan main suka lagi dia apabila tahu aku ada sekali dalam penerbangan ini.

"Timmy, tak baik buat macam tu. She knows nothing. Cuba explain betul-betul"

Suara itu menghentikan tawa yang memenuhi ruang pesawat tadi. Semua orang diam kemudian memandang satu sama lain. Fadzilah menudingkan jari ke arah kerusi di belakang.

"Mama...", bisiknya. Mateen pandang Fadzilah, hairan. Matanya beralih kepada Azemah pula. Azemah hanya jungkit bahu. Semua menjadi kebingungan.

Aku meleraikan tangan yang bersilang tadi. Hairan juga dengan kata-kata itu. Dari awal berlepas tadi, Hajah Mariam tidak ambil peduli pun dengan kami semua. Rupa-rupanya dia pasang telinga mendengar perbualan anakandanya.

"I will explain to you later. Still got some times before the ceremony", katanya lagi. Aku telan air liur. Rasa kelat. Betul ke apa yang aku baru dengar ni? Hajah Mariam nak terangkan kepada aku tentang istiadat tu?

But its a good sign right? Inilah waktunya untuk aku berbaik dengan bakal bonda mertuaku ini. Demi untuk mendapatkan restunya.

Aku pandang Azemah dan Fadzilah silih ganti. Kedua-dua wanita ini angguk laju dan senyum. Seakan menyokong idea bonda mereka. Aku tersenyum kelat. Masih bimbang dengan idea itu. Kemudian pandangan aku alihkan kepada Mateen pula. Mateen juga angguk dan senyum.

"It's time for you to get her blessing", bisik Mateen perlahan, sedikit sinis. Aku pula yang rasa nak pengsan. Mateen semestinya tahu bahawa Hajah Mariam tidak pernah merestui hubungan kami sejak dulu lagi.

Aku hanya senyum nipis mendengar bisikan Mateen itu. Keadaan terus menjadi sunyi sehingga kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Mujur penerbangan dua jam saja. Kalau berpuluh jam, tidak tahu macam mana aku nak hadap keadaan janggal seperti tadi.

*

"You, I nak cakap sikit. In private", kata Mateen saat mereka menuruni anak tangga pesawat. Elisa hanya angguk dan terus menuju ke kereta yang akan membawa Elisa pulang ke Istana Nurul Izzah. Manakala Mateen akan terus tinggal di Istana Nurul Iman.

Esok, gadis ini juga akan berpindah ke Istana Nurul Iman sehingga majlis istiadat perkahwinan mereka selesai.

"What's up?", tanya Elisa saat mereka berdiri di sisi kereta Mercedes-AMG C 43 4matic warna putih yang menjadi kenderaan rasmi Elisa sekarang.

Mateen tarik nafas dalam. Dia mahu sampaikan sesuatu kepada Elisa. Tetapi sudah tentu gadis ini akan tertawakannya.

Ah, lantaklah. Janji aku berterus terang dengan dia.

"About the mahar..."
"You cannot make it, right?"

Belum sempat Mateen menghabiskan ayatnya, Elisa sudah potong. Mateen angguk dan tertunduk.

"It's okay. I faham. Lagipun I cakap benda tu last week kan. And now few days left before our wedding. I tak adalah kejam sangat nak jugak mahar tu", sinis juga kata-kataE Elisa.

Mateen angkat muka, dipandangnya gadis di depannya ini. Lama. Entah kenapa dia rasakan sesuatu yang lain dalam diri gadis ini sejak petang tadi. Wajahnya tidak tegang dan kelihatan lebih tenang berbanding sebelum ini.

Love You, My PrinceOù les histoires vivent. Découvrez maintenant