43 | Tetamu Tidak Diundang

2.2K 66 3
                                    

Pagi-pagi lagi pembantu rumah Raja Muizzudin sudah kelam kabut. Ada yang sibuk mengemas di ruang tamu, ada yang sibuk di dapur, tidak kurang juga tukang kebun yang sibuk membersihkan laman depan. Sedari tadi aku hanya memerhatikan tingkah laku 5 orang pembantu rumah kelam kabut membuat kerja. Ke hulu ke hilir tanpa menghiraukan orang lain. Sibuk benar pagi ini.

"Haa..akak! Dah bangun pun. Cepat pergi bersiap. Ada tetamu nak datang sekejap lagi", sapaan Alina membuatkan aku tergamam. Langkah kakiku terhenti di anak tangga terakhir yang menghubungkan tingkat satu dan tingkat bawah rumah agam ini. Berkerut dahiku memandang Alina yang juga kelihatan kelam kabut. 

"Apa kalut sangat ni Ally? Siapa nak datang?", tanyaku terpinga-pinga. Mataku meliar memandang ke sekeliling ruang lobi dan ruang santai. Alina yang sedang memegang pasu bunga hiasan melangkah menghampiri aku.

"Itulah. Lain kali off lagi phone tu. Kan dah tak tahu cerita. Papa dah inform dalam group whatsapp. Akak je yang tak baca", bebel Alina. Pantas aku melihat telefon yang aku genggam di tangan sedari tadi. Kemudian menyeringai memandang Alina.
"Sorry. Ingatkan dah on tadi", balasku lantas menekan punat ON pada telefon bimbitku. Patutlah dari tadi telefon aku senyap saja. Rupanya aku lupa nak hidupkan.

Seraya itu menderu-deru mesej masuk ke telefonku. Aku membuka aplikasi WhatsApp dan membaca mesej di dalam group keluarga.

"What?? Is it now?", tanyaku. Terkejut dengan mesej yang dihantar papa Subuh tadi. Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Mateen mencemar duli untuk bertandang ke rumah keluargaku. Jika diikutkan pada mesej papa, mereka akan tiba bila-bila masa saja dari sekarang!

"Yes, now! So tuan puteri, silalah pergi bersiap. Tuan putera dah nak sampai tu", kata Alina berseloroh lalu menolak belakangku untuk kembali semula menaiki anak tangga. Aku mencebik mendengar sindiran Alina itu. 

Tuan puterilah sangat! Tapi sesuailah, tuan puteri yang malang.

Aku terasa seperti di awangan. Masih tidak percaya bahawa Sultan Brunei sendiri berkenan untuk berangkat ke kediaman keluargaku. Tapi, apa lagi yang mahu mereka bincangkan di sini? Aku sangka semuanya sudah habis dibincangkan semalam walaupun aku terlebih awal meninggalkan Rumah Awang Alang Bertatar semalam.

"Now kak! Tunggu apa lagi tu?!", jerkah Alina. Sedikit tinggi suaranya membuatkan aku tersentak. Dengan laju langkah kaki aku bawa menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurku untuk mempersiapkan diri.

*

"I missed your coffee"

Hampir saja terlepas teko yang aku pegang apabila mendengar bisikan itu dari belakang. Segera aku berpaling dan melihat Mateen sudah berdiri rapat dibelakangku dengan tangan yang bersilang di belakangnya. Hanya beberapa inci saja jarak antara kami membuatkan aku tersandar pada kabinet dapur.

"Apa ni Mateen?!", tanyaku sedikit kuat. Aku kaget dengan keadaan ini dan cuba menolak tubuh Mateen yang semakin mendekati aku. Teko kopi panas yang masih ditangan aku tolak ke dada Mateen. Kalau panas, padan muka kau!

Mateen tersenyum sinis melihat dahi aku yang berkerut minta dilepaskan. Sedaya upaya aku mencuba namun pantas saja kedua tangan Mateen mengunci aku di kabinet dapur. Degupan jantungku mula kuat. Aroma minyak wangi yang Mateen pakai terus menusuk ke rongga hidungku.

"You memang suka lari kan? Kenapa you lari semalam?", tanya Mateen serius. Matanya tajam merenung aku. Debaran di dada aku mula kencang saat mata kami bertemu. Dah kenapa pula dengan aku ni?

Aku tersenyum sinis dan menjawab, "You don't want to discuss anything. So buat apa I tunggu lagi dekat sana". Sinis saja kata-kataku. Aku dah kata, jangan menyesal nanti. Aku tak nak kahwin, kenapa mesti nak paksa aku kahwin. Nasib baik semalam aku cuma lari dan pulang ke rumah. Kalau aku ke luar negara atau terus menghilangkan diri?

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now