53 | Maharku

3.7K 80 6
                                    

Mateen menghulurkan kotak segiempat tepat yang berukir dengan kalimah Allah di atasnya seusai solat Isyak. Berkerut dahiku memandang kotak itu. Hari ini bukan hari lahirku, jauh sekali ulangtahun perkahwinan kami atau bukan hari yang istimewa. Tetapi, apa yang peliknya dengan suami aku ni. Memang sejenis manusia yang suka buat kejutan tidak kira masa.

"Apa ni?"
"Untuk you. Bukalah"

Seingat aku, kotak ini tiada dalam bilik siang tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seingat aku, kotak ini tiada dalam bilik siang tadi. Bila masa pula Mateen seludup masuk kotak ni? Aku menyambut huluran kotak itu dari tangan Mateen. Agak berat. Perlahan aku membuka penutup kotak untuk melihat isi dalamnya. Mataku tidak berkelip, mulutku terlopong melihat isi kandungan kotak itu.

Senaskah Al-Quran.

"Your mahar. I'm sorry, it took me almost 6 months to khatam", kata Mateen perlahan. Aku tertunduk, merenung al-Quran itu. Hatiku menjadi sebak tiba-tiba. Aku fikir Mateen sudah lupakan tentang mahar ini kerana Syed Mokhtar sudah pulang ke Malaysia sebelum kami ke Maldives.

"Sayang...?", panggil Mateen apabila aku hanya tertunduk dan membisu. Aku angkat muka, memandang Mateen dengan linangan airmata. "Laa..kenapa ni? You tak suka ke?", tanya Mateen lembut. Dia merapati aku yang masih lagi bertelekung lantas menggenggam lembut jemariku. Aku hanya menggeleng.
"Nope. Bukan I tak suka. I suka. Suka sangat", balasku. Bibirku bergetar menahan sendu. Hatiku benar-benar terusik dengan keikhlasan Mateen. "Cuma I terharu. You kan selalu busy. Dengan kerja, Polo, kem. Tapi you tetap usaha untuk mahar ni", sambungku lagi. Mateen tarik tangan aku untuk dekat dengannya.

"Sayang, I tahu kita tak bermula dengan baik. Waktu kita nikah dulu, I so blurred. I don't know how to handle this marriage", kata Mateen lembut. Dia renung wajah aku yang masih tertunduk. "Tapi I dah janji dengan diri I, macam mana susah pun I tetap akan berikan mahar yang you nak. Itu janji I, sayang", sambung Mateen lagi.

Aku angkat muka dan pandang wajah tenang Mateen lalu aku tersenyum nakal. Teringat hari pernikahan kami.
"I know you very blurred that time. It's obvious, sayang", kataku lantas mencuit hidung Mateen. Terlerai tawa kami berdua. Tawa Mateen terhenti dan kemudian mencebik.
"Eleh, cakap orang. Dia pun sama. Muka blur je. Sampai I dekat depan you pun, you still blur", balas Mateen sambil jelir lidah. Dia pula mencuit hidungku. Aku tepuk lembut tangan Mateen, malu disakat begitu. Niat hati nak sakat Mateen, sekali aku pun terkena juga.

"Fine. Kita sama-sama blur. Sebab waktu tu kita taknak kahwin kan?", kataku meleret sambil usap lembut tangan Mateen. Tersengih Mateen dengan kata-kata aku itu. 

Apabila dikenang balik, kelakar pun ada. Jiwaku terus menjadi kosong apabila tuanku sultan mengambil keputusan untuk kahwinkan kami hanya kerana gosip memalukan itu. Perbincangan tidak berjaya dengan Mateen dan aku lari dari Rumah Awang Alang Bertatar petang itu juga kerana sakit hati. Dalam pada tidak bersetuju, kami tetap teruskan juga.

"You know what, first time I heard about the gossip when I was in Brussels with daddy. I terus tak boleh fokus dengan kerja. Abin told me about the gossip. It's spreading like a virus here. In a few minutes, semua orang dah tahu. Termasuk daddy", cerita Mateen.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now