46 | Sebagai Tanda

1.9K 65 10
                                    

"What do you want as your mahar?"

Aku angkat kening sebelah mendengar soalan dari lelaki di depanku ini. Mengecil mataku memandangnya. Tiada angin tiada apa, tiba-tiba tanya aku pasal mahar. Bukan ke semua itu sudah ditetapkan ikut adat? Kenapa mesti nak tanya lagi? Kalau boleh sekarang ini aku malas nak fikir pasal perkahwinan itu. Kursus protokol ini saja sudah cukup buat aku pening kepala, ditambah nak fikirkan tentang majlis istiadat itu semua.

Lagipun tarikh untuk perkahwinan itu saja belum ditetapkan lagi. Dengan jadual Mateen yang padat tu, aku tak tahu bagaimana mereka mahu selitkan majlis perkahwinan yang mungkin mengambil masa hampir dua minggu ini.

"I tanya ni.. dengar tak?"
"Hurmmm... dengar"
"Then..?". Mateen angkat kedua kening, menunggu jawapan dari aku.

"Betul nak tahu? Tapi I takut you tak mampu bagi je", balasku selamba seakan menyindir.
Mateen mencebik lalu menjawab bangga, "Ada ke benda yang I tak mampu nak bagi? You know me"

Aku tersenyum sinis. Berlagak pulak dia ni! Memang aku tahu tiada apa yang Mateen tak mampu bagi. Cakap saja nak apa? Kereta mewah jenama apa, model yang mana, semua dia boleh belikan. Nak emas berapa kilo? Dia mampu! Tapi apa yang aku mahukan, dalam masa terdekat ini tak mungkin Mateen dapat tunaikan.

Mateen masih setia menanti jawapan dari aku. Aku tersenyum sinis memandangnya.

"I tak nak emas berlian tu semua. I don't need that. I cuma nak senaskah al-Quran yang you dah khatam sebagai mahar I. Boleh?", kataku dengan mata yang melirik memandangnya. Raut wajah Mateen sedikit berubah. Tidak dapat aku pastikan maksud reaksinya itu.

Susah atau senang permintaan aku ini?

"Okay. Sure!", jawab Mateen penuh yakin. Mateen bingkas bangun dan terus meninggalkan aku di situ.
"Eh, you nak pergi mana?". Sengaja aku tanyakan soalan itu. Takkan jawab saja yakin tapi sebenarnya takut?

"I want to start my task. You just do your part", balas Mateen dari jauh. Aku ingin ketawa tapi aku tahan.
"Well, good luck Mateen. Kalau tak boleh, bagitau. I'm okay with current one", laungku apabila Mateen sudah semakin jauh. Mateen angkat tangan tanda OK.

"We'll see!", sempat juga dia membalas kata-kata aku tadi. Mengekek-ngekek aku ketawa, terkenangkan reaksi Mateen tadi. Bukan aku mahu memperlekehkan Mateen, aku tahu dia pandai mengaji. Cuma berapa kerap dia mengaji, aku tidak tahu.

Akan tetapi jika Mateen mampu tunaikan mahar itu, aku akan tabik hormat padanya sebagai tanda hormat aku pada Mateen yang tidak mengalah apabila dicabar.

*

Mateen termenung di dalam kereta. Enjin kereta sudah dihidupkan tetapi tidak tahu hala tujunya. Permintaan Elisa itu sedikit berat baginya. Bukan dia tidak pandai mengaji, pandai. Malah dia pernah khatam al-Quran sewaktu berusia 12 tahun.

Cuma sekarang dia akui dia jarang membuka kalam Allah itu. Dan dengan tarikh perkahwinan yang mungkin dalam masa dua bulan lagi, mampukah dia?

Mateen lepas keluh berat. Dia perlukan bantuan! Tapi siapa boleh tolong? Abin? Danial? Takkan Soon pula! Ni kalau dia orang tahu, sah kena gelak saja ni.

"Ah, call Abin lah", gumam Mateen. Tangannya pantas mendial nombor telefon kawannya itu.

"Bin!"
"Waalaikumsalam, bro. Kau ni, main terjah je. Hello takda, salam tak ada". Bebel Abin. Mateen ketawa kecil, kelakar dengan diri sendiri. Tiba-tiba rasa kalut semacam.

"Sorry, sorry. Assalamualaikum ya ahli kubur"
"Hoi! Agak-agaklah. Main kasar nampak!"

Berderai tawa di hujung talian. Abin ketap gigi geram. Bab menyakat memang Mateen nombor satu. Talian sunyi seketika. Mateen sedang menyusun kata untuk dituturkan.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now