30 | Terbukti Kebenaran

1.8K 56 5
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Aku gembira dapat kembali lagi ke tanah airku selepas beberapa bulan. Kali ini bagi melihat sendiri blok asrama baru Darul Salam yang terbakar hampir enam bulan lalu. Mateen sendiri meminta aku kembali ke Malaysia untuk memastikan segala berjalan lancar sebelum anak-anak Darul Salam kembali menginap di asrama baru mereka.

Kepulangan aku kali ini ditemani Anisha dan Abin. Aku tak tahu kenapa Mateen mahu Anisha ikut sekali aku pulang ke Malaysia. Bukannya Anisha pernah berurusan dengan sesiapa di sini pun. Aku malas nak sakitkan kepala, jadi aku langsung tidak bertanya tujuan Anisha ikut aku pulang ke Malaysia.

Sejak pulang dari London dua bulan lepas, aku nampak Mateen semakin rapat dengan Anisha. Well, good for him. Aku tahu Anisha merupakan gadis pilihan Hajah Mariam, calon isteri terbaik untuk Mateen menurut bondanya. Baguslah jika begitu. Mudah bagi Mateen nanti. Aku gembira andai Mateen sudah menemui cinta baru.

"Thank you, Lisa. Jumpa you malam nanti?", ucap Anisha selepas aku uruskan urusan daftar masuk dia dan Abin di Grand Hyatt Hotel. Sepatutnya aku turut serta menginap di hotel ini, tapi aku minta izin Mateen untuk bermalam di rumah papa.
"Err.. I rasa malam ni tak boleh. I have family dinner. Jumpa esok? I tunggu dekat lobi pukul 8. Is it okay with both of you?", tanyaku. Malam ini aku ada makan malam bersama keluarga Haiqal untuk membincangkan tentang perkahwinan kami. Esok aku akan ke Darul Salam bersama Anisha dan Abin.
Anisha pegang tangan aku dan ukir senyum, "Okay, sure. Malam ni I dinner dengan Abin je". Riang saja gadis ini. Aku angguk dan berlalu meninggalkan mereka.

Masuk ke dalam kereta tadi, aku terus lelapkan mata. Beberapa hari ini aku tidak cukup tidur kerana sibuk menyiapkan kertas kerja dan laporan untuk badan-badan kebajikan di Brunei. Tahun ini Mateen makin giat menderma, asal ada saja permohonan baru cepat dia mengarahkan aku pergi melihat dan menilai.

Aku urut kepala yang sedikit berdenyut-denyut. Penat memikirkan kerja yang tidak pernah habis. Aku ada masa seminggu di Kuala Lumpur. Esok ke Darul Salam, lusa ke yayasan kanser, tulat menghadiri kursus pra-perkahwinan. Huh! Penuh betul jadual aku.

Dalam mata masih terpejam, aku mengukir senyuman. Akhirnya, aku dan Haiqal akan bersatu. Rindunya aku pada lelaki itu. Lelaki yang sanggup tunggu aku. Dua tahun aku bersamanya, dah bermacam aku tempuhi hanya untuk kekalkan hubungan kami ini. Kesabaran Haiqal yang membuatkan aku terus bertahan dengannya. Aku tahu, bukan mudah untuk kekalkan hubungan jarak jauh ini. Curiga dan syak wasangka selalu ada. Lebih-lebih lagi apabila Haiqal jarang menghubungi aku.

"He cheated on you"

Aku buka mata. Ayat itu terngiang-ngiang di telinga aku. Betul ke Haiqal curang dengan aku? No! Aku tak percaya. Kalau dia nak curang, dari dulu lagi dia dah buat. Bukan sekarang. Aku menggeleng kepala berkali-kali. Cuba menafikan kata-kata Mateen itu.

Aku kenal Haiqal, aku tahu dia bagaimana. Dia bukan kaki perempuan. Dia setia dengan aku selama ini sepertimana aku setia padanya.

"Cik, dah sampai", kata pemandu peribadi papa yang ditugaskan berkhidmat untuk aku sepanjang aku di Kuala Lumpur. Mataku meliar memandang ke luar tingkap. Langsung tidak sedar kereta sudah memasuki perkarangan rumah agam Raja Muizzudin yang terletak di Bukit Antarabangsa. Segera aku membuka pintu kereta dan keluar.

Di pintu rumah, papa dan ummi sudah menanti dengan senyuman lebar di bibir mereka. Aku terus berjalan laju menuju ke arah papa dan ummi. Lama tidak berjumpa keluarga aku yang satu ini.
"Assalamualaikum, papa. Ummi", ucapku. Papa terus menarik aku ke dalam pelukannya.

Allahu. Rindu benar aku pada mereka. Aku terus membalas pelukan papa dan kemudian beralih kepada Ummi pula. Manis saja wajah wanita ini.
"Lisa sihat ke ni?", soal Ummi. Aku senyum dan angguk laju. Selalu saja aku berbual dengan Ummi di telefon. Jadi tidak kekok apabila bertemu dengannya.
"Papa dengan Ummi sihat? Ally mana?", tanyaku.
Papa menjawab, "Alhamdulillah, sihat. Ally belum balik lagi. Sekejap lagi baliklah tu. Bukan main seronok lagi dia bila dengar Lisa balik kali ni".

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now