5 | Semuanya Takdir

2.6K 73 2
                                    

Kami tiba di sebuah jeti di bahagian selatan Manhattan. Dari jauh aku nampak Statue of Liberty yang terang dan tersergam indah. Nampak cantik bila malam dek kerana lampu yang menerangi kawasan sekitarnya. Mateen menunjukkan arah yang perlu dilalui. Aku hanya menuruti saja asalkan dia kekal bersama aku.

"On the boat?", tanyaku apabila kami sampai di hujung jeti. Ada sebuah bot yang sedia menanti di situ. Dia hanya mengangguk sambil menghulurkan tangan untuk membantu aku masuk ke dalam bot. "Where are we heading to, Matt?", soal aku lagi. Masih tertanya-tanya dengan kejutan malam ini.

Totally no idea!

"Surprise", bisiknya perlahan ke telingaku. Aku terbuai asyik dengan layanan Mateen malam ini. Tutur kata yang sopan dan lembut, perwatakannya yang aku rasa amat berbeza sekali. Penampilannya, malah haruman yang dipakai mampu menbuatkan aku berasa tenang dan selesa dengannya. Genggaman tangannya sejak kami masuk ke dalam bot tadi juga tidak dilepaskan. Aku begitu asyik memandang wajahnya sehingga tidak sedar kami sudah tiba di jeti.

Yang pasti, bukan jeti tempat kami naik tadi. Mata aku meliar memandang ke luar bot. Aku terkesima saat melihat monumen Statue of Liberty yang begitu besar sekali. Patung Liberty yang tersergam indah setinggi 46 meter ini dihadiahkan oleh Perancis kepada Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19 dan juga merupakan simbol persahabatan dua negara selain melambangkan kemerdekaan dan kebebasan.

Ya Allah, aku berada di bawah monumen ini rupanya. Langsung tidak sedar sepanjang perjalanan tadi.

"Wah.. I've never been here before", kata aku yang teruja. Langsung tidak terkawal keterujaan aku ini. Selama hampir dua tahun menetap di New York dan sudah pergi hampir ke 5 buah negeri, tempat yang paling dekat ini aku tidak pernah jejakkan kaki lagi.

"This is my second time", jawabnya selamba sambil senyum meleret. Aku berpaling mengadap Mateen. Terasa cemburu tiba-tiba.
"So, I'm the second girl you bring here?", soal aku. Terburai tawa Mateen mendengar soalan aku itu. 

Apa? Kelakar ke? 

"I can smell jealousy here", balas Mateen sambil kenyit mata. Aku hanya diam dan tertunduk. Entah kenapa hati aku menjadi sakit apabila fikirkan aku adalah gadis kedua yang dibawa ke sini. Atau mungkin dia bawa semua gadis yang dia suka ke sini untuk kagumkan mereka.

Ah, benci!

"Come on, Elise. My first time was yesterday. I came here just to make sure tonight is the perfect night for us", jelas Mateen memujuk. Dia memegang kedua bahu dan merenung aku yang masih tertunduk. Aku tidak mahu bertentang mata dengannya kerana aku tahu aku pasti kalah. "Elise..", panggil Mateen setelah lama aku terdiam. Aku angkat muka dan memandang Mateen yang masih menanti aku mengatakan sesuatu. 

Aku ukir senyum, "I think I need to believe you for now. Because I'm so hungry!". Kata aku. Nak merajuk sekarang pun tak guna sebab memang aku tengah lapar. Tengah hari tadi aku hanya makan sandwich, itu pun Anne yang belikan sebab aku sibuk dengan laporan praktikal aku sehingga tidak sempat untuk keluar makan.

Ketawa besar Mateen mendengar kata-kata aku tadi dan pantas menggenggam tanganku semula. Dia membawa aku ke sebuah khemah atap transparent yang dihiasi dengan lampu dan lilin di tepi sungai dekat dengan patung Liberty ini. Aku terpegun dengan keindahan dan kecantikkan hiasan di dalam khemah. Ada sebuah meja yang beralaskan kain putih dengan lilin serta bunga Ros segar di dalam balang, cukup sempurna. Dan juga dua buah kerusi, cukup untuk aku dan Mateen.

Love You, My PrinceWhere stories live. Discover now