25 | Andai Ku Tahu

1.7K 63 4
                                    

Sedang sedap aku bergolek-golek di atas katil pada petang yang aman damai ini, deringan telefon membantutkan lamunanku lantas membuatkan dahi aku berkerut. Dahiku semakin berkerut apabila melihat nama si pemanggil.

"My Beloved Ex? Bila masa pula aku save nombor ni? Beloved Ex? Siapa pula beloved ex aku?". Aku bermonolog di dalam hati sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Si pemanggil ini pula dari tadi tidak berputus asa untuk menelefon.

Puas aku berfikir namun hampa, tiada jawapan untuk My Beloved Ex ini. Aku beranikan diri untuk menjawab panggilan ini.
"Hello", ucapku perlahan dengan nafas yang tersekat. Takut pun ada. Entah siapa gerangannya My Beloved Ex.
"Phone you rosak ke atau telinga you yang pekak?", suara di hujung talian membuatkan aku ketap gigi geram.

Mateen!

Berdesing telinga aku dengar suara petir dia waktu petang begini. Baru nak rasa aman, dah kena kacau. Apa sajalah dia nak dari aku. Sahlah ini kerja dia, tapi bila masa pula dia hack phone aku ni?

Aku ketawa dalam nada sinis lalu menjawab, "Lain kali hack lagi phone I. Padan muka I tak jawab call you".

Aku masih lagi ketawa, membuatkan Mateen merengus kasar di hujung talian. Aku tahu dia sakit hati kerana aku tidak menjawab panggilannya. Mateen pantang jika aku lambat atau tidak menjawab panggilannya. Aku harus selalu bersedia untuk terima arahan darinya.

"Sejak bila I kahwin and my wife lahirkan Kai?", soal Mateen kasar. Terhenti tawa aku tadi dan tepuk dahi. Aduh! Sudah tentulah Mateen sakit hati sebab aku save nombor dia, Bapak Kai.

Seketika selepas itu, aku kembali menyambung tawaku tadi. Teringat kembali kisah di sebalik Bapak Kai. Aku tukar nama Mateen di dalam senarai nama dalam telefonku selepas Mateen arahkan aku mandikan Kai. Mateen sendiri beritahu yang dia sayangkan Kai dan mahu aku menjaga Kai sepenuh hati sepertimana dia memberikan perhatian pada Kai. Dia sendiri yang cakap bahawa dia sayang Kai macam anak dia, jadi tak salahkan aku panggil dia, Bapak Kai?

"Sukalah tu dapat kenakan I...!", kata Mateen lagi. Serentak itu aku menutup mulut untuk menahan tawa. "Come down here. Ada kerja untuk you. Now!" arah Mateen. Tegas dan serius suaranya membuatkan aku terkedu.
"Ai..ai cap!", balasku cepat. Saat talian dimatikan, aku menyambung tawaku tadi.

'Nak kenakan aku, kau pun terkena jugak!'. Terbahak-bahak aku ketawa sambil membayangkan wajah serius Mateen. Lima minit aku berguling ketawa atas katil, baru teringat arahan Mateen tadi. Bingkas aku turun dari katil, rambut yang kusut aku rapikan semula lalu melangkah keluar dari kamar beraduku menuju ke tingkat bawah istana.

"Lamanya tunggu you ni. Jauh sangat ke bilik you tu", bebel Mateen apabila melihat aku menghampirinya yang sudah tersandar di sofa baldu kuning telur di ruang santai Istana Nurul Izzah.
Aku mencebik, geram juga kadang-kadang dengan tutur kata lelaki ini. Siapa yang lebih lama duduk di istana ni? 

Dia atau aku?

Dia yang tempatkan bilik aku nun jauh di hujung sana, lepas tu tanya pula. Tanpa membalas soalannya tadi, aku terus melabuhkan punggung di sofa depan Mateen.

"Got any urgent matters?", soalku. iPad di tangan sudah ku buka, bersedia untuk mencatat arahan-arahan dari Mateen dan juga menyemak jadual lelaki ini. Pandangan Mateen berkalih dari skrin telefon tepat ke wajahku. Dari ekor mata aku nampak dia renung aku tapi sengaja aku buat-buat tak tahu. Takut juga jika dia marahkan aku kerana ketawakan dia tadi.

"How about Darul Salam?", soal Mateen. Aku hembus nafas lega perlahan. Dari intonasi suaranya, aku tahu Mateen dalam mood yang baik.

Segera aku membuka email yang dihantar Ryan beberapa hari lalu. Sejak pulang ke Brunei dua hari lepas, aku masih belum memberi laporan penuh kepada Mateen mengenai Darul Salam. Mateen pula hanya tiba di Brunei dari Jepun pada petang sebelum tahun baru. Di sebelah malamnya pula, kami ke country club untuk sambutan malam tahun baru. Jadi belum ada masa yang sesuai untuk berbincang mengenai Darul Salam. Nasib baik aku sudah menyiapkan laporan penuh untuk Mateen, jadi apabila dia bertanya mengenai Darul Salam, terus aku bentangkan laporannya.

Love You, My PrinceOnde as histórias ganham vida. Descobre agora