Part 20

2.8K 155 11
                                    

Jin: RM sudah la. Suga kau pun.

RM: Apa masalah kau? Apa masalah korang? Perempuan ni memang patut kena macam nih pun.

Jin: Takkan sebab luka yang kecil tu pun kau nak buat macam ni sekali .

Suga: Tu je ke kau boleh fikir? Setakat luka tu aku tak heran la. Benda sekarang dia dah tikam Bora dengan Hyuna.

RM: Perempuan ni patut mati je dulu waktu Mingyu tertikam dia.

Jin dan yang lain terkejut dengan penjelasan Suga dan RM. Dalam pada itu, Exo dan SNSD sampai di sekolah Sora. Mereka juga terkejut dengan perbualan itu.

Kris mencari kelibat Sora akhirnya di dapat melihat Sora dengan S.coups, Jimin dan Jungkook. Tetapi yang buatkan dia hilang sabar bila tengok Sora dengan berlumuran darah.

Kris terus mendapatkan RM. Kris memegang kolar baju RM.

Kris: Apa yang kau buat ni hah!!

RM: Balas dendam untuk adik aku !!!

Kris terus menumbuk RM tanpa teragak-agak.

Suga menumbuk Kris membuatkan Kris terlentang ke belakang.

Suga: Ini untuk Hyuna. Sebab kau main kan perasaan dia dulu. Disebabkan kau adik aku dah tak macam dulu.

Ahli yang lain hanya mampu melihat adengan itu. Selagi belum teruk , mereka takkan masuk campur.

Kris menolak Suga jauh dari badannya. Lalu Kris menendang perut Suga. Kris memaksa Suga bangun lalu membawanya ke arah dinding. RM yang melihat menyerang Kris dari belakang. Tetapi itu tidak memberi kesan kepada Kris. Kris menendang perut RM . RM jatuh terduduk dan kepalanya terhentak di lantai. RM tidak sedarkan diri.

Kris menumbuk Suga tanpa henti membuatkan mulut Suga mengeluarkan cecair merah yang pekat. Ahli Exo yang lain , bergegas mendapatkan Kris.

Suho: Kris sudah, cukup tu. Diorang dah dapat balasan dia.

Kris yang ditahan oleh Sehun dan Tao mengatakan sesuatu.

Kris: Untuk pengetahuan kau, adik kau tu yang bodo. Aku dah bagi tahu yang aku tak sukakan dia. Tapi dia terhegeh-hegeh rapat dengan aku. Bila dia tahu aku mainkan dia, dia marah kan aku. Bagitau dia yang selama nih dia bodo sebab garuh hati dekat aku. Sebab aku sukakan Sora. KIM SORA yang kau pukul tadi jahanam.

Kris menolak Sehun dan Tao lalu menendang Suga berkali-kali. Sora yang melihat dari jauh berusaha untuk mendapatkan Kris. Dia tidak mahu Kris bertindak melebihi batas cukuplah dia dah buat Suga berdarah teruk.

Sora berlari mendapatkan Kris yang masih menendang Suga tanpa henti. Sora memeluk Kris dari belakang dengan erat sambil menangis

Sora: Sudahlah Kris. Sudahlah!!

Kris dengan segera menghentikan perbuatannya itu, lalu memusingkan badannya melihat Sora. Keadaan Sora yang lemah itu membuatkan hati Kris kesal kdan sedih.

Muka Sora yang dipenuhi air mata itu di sapu lembut oleh Kris. Betapa tak kuatnya dia melihat orang dia sayang diperlakukan begitu.

Sora merasakan kakinya tidak kuat lagi untuk berdiri. Dia terasa badannya terlalu lemah. Dia hampir jatuh tetapi Kris dengan cepat memegangnya. Sora pengsan selepas itu.

Kris dan yang lain bergegas membawa Sora ke hospital. Hanya tinggal BTS dan beberapa ahli EXO untuk menyelesaikan masalah RM dan Suga.

----------------------

Di rumah Min Ah

Sebenarnya Min Ah berasa bersalah tidak menjawab panggilan Sora selama ini. Dia tidak mahu terlibat dengan Sora lagi selepas tahu siapa Sora sebenarnya. Tetapi perasaan bersalahnya terlalu tinggi.

[✔(C)] Queenka Menjadi Mangsa BuliWhere stories live. Discover now