8🔗. [the truth feeling♡]

25 3 1
                                    

YOONGI POV

Aku perasan yang Saemin pegang lengan aku. Aku agak terkejut. "Yo.. Yoongi.. sorry.. I.. I tak ada niat pun." gagap Saemin. Aku memberikan gummy smile aku kepada dia. Aku kemudian memegang erat tangannya.

"Yoongi.. you okay ke kalau kita pegang tangan macam ni?" tanya Saemin. "Tak apalah.. aku okay je." aku mendekatkan muka aku kearah mukanya, aku nampak muka dia merah dan kemudian aku mempuka topinya lalu menyerabutkan rambutnya. Apabila aku menyerabutkan rambutnya, aku terus berlari meninggalkannya yang sedang geram.

"YAHHH!! YOONGI!!! COME HERE!" Saemin mengejarkan dan apabila dia sampai ke aku, dia memukul aku dengan manja dan aku hanya tergelak melihat gelagatnya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Saemin, aku dan Saemin tidak melepaskan tangan kami. Tiba-tiba Saemin berhenti dari berjalan.

"Kau kenapa?" tanya aku dan aku menghadapnya. So sekarang kiranya kitaorang menghadap antara satu sama lain.

"You.. still marahkan I ke pasal dulu?" tanya Saemin. Aku terkejut kenapa dia ungkit pasal kisah lama sedangkan dia macam dah lupa pasal benda tu sebab dia berani dekat dengan aku lagi.

"Kenapa baru tanya sekarang." aku tundukkan kepala aku dan suara aku mula cold.

"Yoongi.. I minta maaf.. I tak nak pun buat macam tu dulu.. I just nak dekat dengan you.. I just nak kan perhatian you.. tu je. Sebab dulu you macam tak nak layan I and you selalu berbual dengan budak-budak yang macam nerd-nerd. So salah satu cara I nak rapat dengan you adalah dengan buli you macam tu.." kata Saemin.

"Kenapa.. kenapa kau nak rapat dengan aku! Kenapa kau nak aku perasan kehadiran kau! Kenapa! Cakap kenapa!" kata aku dengan suara agak tinggi.

"Se.. sebab.." Saemin tergagap. "CAKAP KENAPA!" tengking aku memaksa Saemin untuk jawab pertanyaan aku. Aku dah lama nak tau kenapa dia buat macam tu. Kenapa sekarang dia datang balik. Kenapa dia nak rapat dengan aku dengan cara yang baik.

"Sebab I suka you!" kata Saemin terkejut kerana aku memaksanya. Aku terkejut dengan jawapannya lalu aku memusingkan badan aku kerana terlalu malu.

"Yoo.. Yoongi sorry.. I tak maksud nak buat you sakit.. I tau I salah.. and sorry if you tak suka kan I.. I faham.." Saemin terdiam dan dia memegang lengan aku untuk memujuk aku. "I'm sorry Yoongi.." katanya. Aku kemudian terus pusing dengan tiba-tiba dan mencium Saemin di bibir dalam beberapa saat.

"No need to be sorry.. I love you too." kata aku lalu menciumnya sekali lagi.

Selepas agenda kiss tu.. aku dengan Saemin pun berjalan sehingga ke rumah Saemin. Aku memegang tangan Saemin dan tidak mahu melepaskannya. Aku tak nak dia pergi dari hidup aku.

"Yoongi.. you rasa okay ke kita bagi diaorang nampak kita macam ni?" tanya Saemin sambil mengangkat tangan kami.

"Owhhh emm okay okay.. sorry. Nanti kau bagitau Samuel hyung. Kalau tak nanti aku kena bunuh pulak. Ahahaha." kata aku kepada Saemin. Saemin mencium aku sekilas. Aku terkedu.

"Jangan guna kau aku lagi dengan I. Please. If you still guna kau aku.. I akan pening sama ada you betul ke ada perasaan dekat I." kata Saemin. Aku dah terbiasa guna kau aku and aku tak biasa guna I you ni.

"Emm lepas kau buat aku macam tu.. aku tak percayakan perempuan and aku tak pernah cakap dengan perempuan selain Dami. Yelah sebab dia rapat dengan Minki. Emm and.. aku tak biasa cakap guna I you or seangkatan dengannya." jelas aku dengan nada agak malu.

"Owhh I see.. I'm sorry again and thank you because loving me." kata Saemin kepada aku sambil menyerabutkan rambut aku lalu lari masuk ke dalam rumahnya.

"Aishh.. dia ni nak kena ni.." kata aku lalu mengejarnya sehingga ke pintu masuk rumah. Aku ingin menggeletak Saemin dan tak perasan yang pintu rumah terbuka dan semua orang sedang memandang aku dan Saemin yang gelak ketawa. Aku terus membetulkan diri aku dan kembali ke mood aku yang biasa.

"Ehh oppa.. hello~" kata Saemin sambil pergi memeluk oppanya.

"Haihh kau okay tak dongsaeng? Aku risaulah.." kata Samuel hyung.

"Aishhhh no need to worry lah.. I'm okay. Lagipun bukannya Saemin sorang-sorang... kan ada Yoongi sekali." jelas Saemin. Samuel hyung mencium kepala Saemin sambil mendakap Saemin. Aku tersenyum melihat mereka berdua. Aku pergi duduk dengan geng aku yang berada di sofa.

"Hyung pergi mana je dengan Saemin noona." tanya Namjoon.

"Tak pergi mana pun.. pergi farmasi and terus datang sini." kata aku tanpa penipuan. Semua pandang aku macam tak puas hati. Aku mencari Saemin lalu aku nampak dia naik ke atas, mungkin untuk membersihkan diri.

"Waeee.. betul lahhh." kata aku kepada mereka. Tulah tak percayakan.

"Ye ye kitaorang percaya." kata Hoseok.

Kitaorang berborak dengan Samuel hyung dan Saemin sehingga tidak sedar dah pukul berapa.

"Okaylah hyung kitaorang balik dulu. Saemin nanti jumpa dekat sekolah. Bye bye.." kata Jin hyung kepada dua beradik tersebut. Aku hanya memberikan gummy smile dekat Saemin dan tunduk hormat kepada Samuel hyung.

Ketika kitaorang dalam perjalanan balik Jungkook menyapa aku. "Haaa hyungg.. tadi korang buat apa haaa.." tanya Jungkook.

"Buat apa? Kitaorang jalan kaki nak balik rumah lah. Tu je." kata aku dengan tidak jelas. Yelah tak kan aku nak bagitau detail kot.

"Ye keee.. hyung tak ada buat apa-apa yang lain ke?" kata Jungkook suspen kepada aku.

"Yahhh do you think I am that kind of person ke apa siaaaa.. dah-dah jangan mengarut." kata aku lalu menolak Jungkook pergi dari berpaut dekat bahu aku macam hantu gayut.

Apabila sampai di rumah.. aku terus masuk bilik dan terfikir tentang benda yang terjadi tadi. Benda yang Saemin cium aku and aku cium dia. Aku nak lagi.. aku tak nak ciuman sahaja, aku nak dia. Nak hati dia. Aku kemudian termenung dan tanpa aku sedar yang aku pun tertidur dalam membuat mimpi yang indah dan bahagia yang lama aku tidak dapat rasakan.

~~~

1. PRESENT FOR GANGSTER LEADER GIRLWhere stories live. Discover now