☁️️☁️☁️

Jungkook memisat matanya apabila terdengar kicauan burung. Penggeranya yang berkicau ria itu dimatikan sebelum bangun perlahan-lahan dari katil. Jungkook menyentuh pinggangnya.

"Awal pula budak nakal ni bangun" tuala yang berada di rak dicapai lalu langkah kakinya diatur ke bilik air.

"Hai Kook. Kerja keras nampak semalam. Menjerit sampai aku pun boleh dengar" sakat Seokjin apabila kelibat Sir Jungkook mula menapak ke tingkat bawah. Appa pula hanya mengulum senyum.

"Kerja keras apanya, adik hyunglah. Tendang Kook sampai bergolek jatuh katil"

"Bukan salah Hara, okey? Siapa suruh tidur tak pakai baju? Lagipun, Hara mamai masa tu. Mana nak ingat yang Hara dah kahwin" sampukku yang baru datang dari arah dapur.

"Yang kau pun, Seokjin. Ingatkan nak ketuk pintu kitorang, tanya ada apa. Ni tak! Buat tak tahu je. Kalau ada penjenayah ke semalam?"

"Dah kau jerit perogol. Takkan kami nak kacau kau. Lainlah kalau cakap pembunuh ke perompak ke apa"

Aku menjeling Seokjin sebelum menyendokkan nasi goreng yang telah disediakan oleh Mak Cik Yoo, pembantu rumah kami.

"Hara, sekejap lagi urutkan pinggang suami kamu tu. Appa tengok dah macam king kong dia berjalan tadi. Appa pergi dulu. Seokjin, hari ni kamu masuk pejabat sekejap. Appa nak tengok pelan restoran kamu. Biar Jungkook yang tengok-tengokkan Hara" appa mencapai beg bimbitnya. Kasut kulit disaut lalu segera menaiki kereta.

Setelah appa hilang dari pandangan, giliran Seokjin pula mengatur langkah untuk ke pejabat.

"Ingat pesan appa. Nanti melarat sakit tu, susah"

Sekarang, tinggal aku dan dia. Kami saling berpandangan. Tidak lama kemudian, aku memecahkan kesunyian.

"Makanlah. Sekejap lagi duduk dekat atas sofa. Saya urut pinggang sir" sesudu nasi goreng aku suapkan ke dalam mulut. Begitu juga dengan Sir Jungkook.

S

K

I

P

Minyak kayu putih cap Kaki Empat aku capai dari almari Seokjin. Ya, dia satu-satunya yang menyimpan semua ubat dalam rumah ni. Kami? Hanya tahu hulurkan tangan apabila perlu.

Aku melangkah ke ruang tamu. Kerutan di mukanya semasa meregangkan badan menjelaskan segalanya.

"Buka baju" dia memandangku dengan mata yang membulat.

"Apa? Takkan nak sapu minyak atas baju?" dia meng'oh'kan saja. Bajunya diselak sedikit menampakkan belakangnya. Putih. Aku menelan air liur perit sebelum menyapu minyak tersebut pada pinggangnya. Aku mula mengurut pinggangnya. Titik-titik penting aku tekan perlahan.

"Awak nak bunuh saya ke? Sakit gila. Perlahanlah sikit" aku kurangkan tekanan semasa mengurut.

"Eh, ni nak urut ke nak meraba. Awak memang suka ambil kesempatan dalam kesempitan ke?" aku berdecit kasar mendengarkan bicaranya tentang urutanku.

"Eh, sir ni banyak pula songeh. Orang dah urut tu, ada saja benda tak kena. Urutlah belakang tu sendiri" belum sempat aku berdiri, pinggangku dipaut. Aku terduduk di atas pahanya.

"Awak ni selalu nak naik angin dengan saya, selalu marah-marah. Cubalah romantik sikit. Datang bulan ke?" aku menggulingkan mata. Kena tunggu datang bulan baru boleh marah?

"Belakang sir dah elok ke belum?"

"Dah, sayang. Terima kasih" meremang bulu roma aku bila dia panggil aku 'sayang'. Dia ingat ni kisah macam kahwin dengan orang tua lepas tu bahagia? Tipikal Melayu sangat.

"Saya nak kemas barang. Petang ni kan kita akan pergi kondominium tu? Saya tak tahu sir nak bawa apa. Jadi, kalau sir sakit lagi, saya kemaskan. Tapi, sir kena bagitahu saya apa yang sir nak bawa. Saya tak pandai kemaskan barang untuk orang" tangan berurat Sir Jungkook aku tarik. Lengannya aku pegang semasa menaiki tangga.

'Eomma. Menantu eomma dah mula tunjukkan perubahan. Kook akan terus bimbing dan ajar dia jadi perempuan berguna. Kalau suatu hari nanti Kook dah tak ada, sekurang-kurangnya dia boleh berdiri atas kaki sendiri'













📷 ιтѕy вιтѕy ιnғo 📷

📷 ιтѕy вιтѕy ιnғo 📷

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
















{🌟} Vote 😘

[💬] Comment 😍

































Salam sayang dari author, love u to the moon and never come back 😘💓

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now