Hati Perempuan; Kopi dan Gula.

17 1 0
                                    


Menjadi perempuan itu,

Hatinya secawan kopi pahit,

Antara Robusta dan Arabika itu bergantung kepada jati dirinya.

Pemanisnya kamu,

Yang memilih untuk menjadi sebahagian dari kopi ini,

Atau yang memilih untuk berlalu pergi.


Kamu,

Yang memaniskan secawan kopi pahit.

Antara gula jadian atau tulen,

Perempuan itu yang wajib bijak memilih.

Tersilap memilih,

Sakitnya kemudian walau manisnya buruan.


Dan aku menysip kopi pahit sambil memerhati kamu,

Yang membuat aku keliru.

Mahu jadi pemanis yang singgah kemudian berlalu,

Atau

Menjadi pemanis yang bersama-sama mengindahkan secawan hati ini.


Menjadi perempuan itu,

Hatinya secawan kopi pahit. 

#99Curhat "Menjadi Perempuan Itu..."Where stories live. Discover now