PEREMPUAN YANG SENDIRI

84 4 1
                                    


Perempuan itu memilih untuk menyendiri
Sendiri.
Tenang.
Tiada rimas tidak lemas.
Memerhati daunan gugur persis lampaunya yang mengorbankan cinta dalam diam.

Dia berfikir lagi hari ini tentang esok.
Kalau dia memutuskan untuk berputus asa seperti bunga yang tak mahu lagi mekar dan daunan yang tak mahu lagi berpucuk, menjadi batu yang lesu walau gah.

Apa dia adil bernafas dalam jasad perempuan yang menjadi kunci peradaban?

Akhirnya dia memilih untuk menanti dengan rela hati, menjemput cinta-cintanya dalam dakapan janji-janji Rabbnya.

***
Selamat Hari Puisi Sedunia, untuk perempuan harapan dunia ♡
***

Be Legendary Solehah
LOC

#99Curhat "Menjadi Perempuan Itu..."Where stories live. Discover now