Penghujung musim panas,
Seorang perempuan yang hatinya belum pernah berbunga,
Memilih untuk menuai percaya, cinta, rindu dan sayang.
Dia tahu nanti tibanya musim luruh,
Musim bunga dan panas akan berlalu,
Tetapi,
Musim luruh juga musim yang indah.
Sudah lama perempuan itu memilih cita-cita berbanding cinta.
Dan kali ini,
Tanpa mengira musim,
Dia percaya sudah tiba masanya untuk kedua-duanya.
Cinta dan cita-cita sudah muncul.
Perempuan itu memilih kedua-duanya,
Tanpa mengorban salah satu.
Benar kata ibuku,
Masanya akan tiba.
![](https://img.wattpad.com/cover/141944022-288-k115649.jpg)
YOU ARE READING
#99Curhat "Menjadi Perempuan Itu..."
RandomDari jiwa perempuan itu yang kerap kali tak mampu dizahirkan dengan lisan. Agar kau faham, Agar aku lapang. Soal hati dan impian. Aku ingin menjadi perempuan itu, Atau mungkin aku lah bahagian dari perempuan itu. MAKHLUK YANG KAU ANGGAP RUMIT, PERE...