PEREMPUAN, ANTARA KELUARGA, HATI DAN MARUAH

95 3 0
                                    


Menjadi perempuan itu sinonim dengan perkataan berkorban.
Tapi dalam kesetiaaan kita untuk berkorban,
Gariskan tiga perkara untuk tak kita korbankan sewenang-wenangnya.
"Keluargamu
Hatimu
Maruahmu"


Keluargamu, kerana itulah yang terdahulu dalam mencanting peribadimu semenjak lahir. Ibu dan ayah yang menatang kamu semenjak kamu itu tak langsung punya kemampuan untuk menghadapi dunia.
Jadi, apa hak kamu untuk korbankan keluargamu saat kamu sudah punya kemampuan untuk hidup sendiri?


Hatimu, kerana disitulah kunci yang menentukan kewarasan kamu berfikir, yang bakal menentukan pengakhiran kamu di suatu tempat yang kekal dalam riwayat hidup tak berpenghujung di syurga atau neraka. Yang menjadikan kamu perempuan biasa-biasa atau luar biasa semangatnya.


Maruahmu, kerana itu sahaja yang menentukan kamu ini si perempuan yang senang-senang ditinggal, diusir dan dikecewakan, diambil semula, ditukar ganti seperti pakaian hari-hari atau seorang perempuan yang harganya mahal tak mampu dibeli melainkan dengan redha Ilahi.
Jadi perempuan itu, biar dalam apa jua keadaan pun hanya tetap dalam keredhaan Dia. Biar nanti harga diri kita itu tak terletak pada material dan wang sahaja.
Kalau ada yang persoalakan kita itu kuno, tak " up to date " dalam membawa diri atas 3 perkara yang tak sanggup kita korbankan ini, biar sahaja.


Kerana pengorbanan untuk tak mengorbakan 3 perkara ini jauh lebih berharga daripada digelar "up to date" oleh penghuni dunia tapi mengundang amarah si penghuni langit.
Dalam menjadi perempuan itu,
Bersabarlah untuk menjaga sehabis baik keluargamu, hatimu, maruahmu.
Kerana untuk menjadi perempuan itu, yang sentiasa dalam redha Tuhan itu memerlukan kita berkorban untuk tidak mengorbankan perkara-perkara yang tak mampu dibeli dengan wang material.***
Be Legendary Solehah
LOC

#99Curhat "Menjadi Perempuan Itu..."Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin