Special Puasa♡♡♡

16.4K 352 8
                                    

Maisara yang sedang nyenyak tidur itu dipandang oleh Lukman dengan lama sambil mengusap pipi Maisara dengan perlahan

"Sayang..bangun , dah pukul 4.30 ni tak nak siapkan sahur ke?" Tanya Lukman dengan suara garau nya yang baru bangun tidur itu

Maisara menepis lembut tangan Lukman yang sedang bermain di hidungnya

"Sayang..." panggil Lukman lagi

Melihat Maisara yang seperti tiada tanda bahawa dia akan bangun , Lukman bangun dan membasuh muka sebelum turun dan masak untuk makan sahur mereka

Lukman faham Maisara keletihan menjaga Daniel yang demam semalam dengan ragamnya yang kuat menangis di tengah2 malam

Lukman menghidangkan pinggan telur goreng di atas meja sebelum naik semula ke bilik mereka dan mengejutkan Maisara

"Sayang..bangunlah sahur , abang dah masakkan" kata Lukman

Maisara membuka matanya yang terasa seperti terkena gam gajah itu

"Abang masak?" Tanya Maisara

"Haah , abang gerak sayang tak bangun abang masaklah" kata Lukman dan menolak rambut Maisara yang menutupi wajah itu ke belakang

"Sorry...mai penat" kata Maisara

"Tak apa abang faham..dah jom turun sahur" ajak Lukman

Maisara dan Lukman makan sahur selepas itu mereka berjemaah subuh dan kemudian Maisara sambung semula tidurnya dan Lukman pula pergi ke bilik Danish untuk memeriksa keadaan Danish yang demamnya juga baru surut

Manakala Daniel yang berada di bilik mereka itu berada di sisi Maisara

Kemudian Lukman bersiap untuk ke tempat kerja

"Danish..jangan ganggu adik tu" bebel Maisara apabila mendengar Daniel menangis di ruang tamu ketika dia sedang mengelap meja makan

"Umi..Daniel amik colour Danish" adu Danish yang berlari mendapatkan uminya

"Sayang adik kan kecik lagi...jangan lah berebut...bagi la adik pinjam kejap lepas tu Danish pula pakai ok" pujuk Maisara

Danish tanpa bantah terus pergi semula ke ruang tamu dan sambung mewarna manakala Daniel pula sibuk menconteng kertas kosong

"Assalamualaikum...anak2 baba buat apa tu?" Sapa Lukman yang baru pulang dari kerja

Danish yang melihat babanya itu terus berlari mendapatkan babanya

Lukman mendukung Danish dan dilihat Daniel sedang berusaha berdiri untuk mengikut abangnya

Lukman ketawa dan turut berjalan ke arah Daniel lalu tubuh kecil itu diangkat di sebelah kiri dan pipi Daniel dicium bertalu

"Anak2 baba dah mandi belum?" Tanya Lukman

"Dah..umi bagi mandi"kata Danish

Lukman menurunkan mereka berdua dan berjalan ke dapur mendapatkan isteri kesayangannya itu

"Sayang , buat apa tu?" Tanya Lukman sambil peluk tubuh Maisara dari belakang

"Tengah cari bahan nak masak untuk berbuka , tapi..kenapa abang balik awal ni?" Tanya Maisara

"Saja..rindu sayang" kata Lukman dan mencium pipi Maisara

"Mengada" kata Maisara dan menjeling Lukman

"Taklah..abang nak tolong sayang masak harini" kata Lukman dan tolong Maisara mengeluarkan bahan2 memasak

"So sweet...sayang abang" kata Maisara

"Oh...kalau nak tong masak baru nak sayang la" usik Lukman

Maisara ketawa dan cium pipi Lukman

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now