Part 18

17.8K 416 3
                                    

Pagi itu Maisara cuba menghidupkan enjin keretanya namun tetap gagal

"Ish...kau jangan nak buat pasal hari ni...aku dah lewat ni.." bebel Maisara sendiri sambil cuba menghidupkan enjin sekali lagi

Lukman yang baru tiba di tempat parkir itu memerhati kereta Maisara yang sedang cuba di start namun gagal

Lukman mengetuk cermin tingkap kereta Maisara

"Kereta kau kenapa?" Tanya Lukman

"Entah lah...buat hal pula" kata Maisara

"Dah lah jom pergi dengan aku" ajak Lukman sambil berjalan pergi ke keretanya yang diparking sebelah kereta Maisara

"Betul ke ni?" Tanya Maisara sendiri

Maisara tersedar apabila Lukman membunyikan hon

"Kejap2" kata Maisara sambil mengambil beg tangannya

Suasana di dalam kereta sunyi sekali tanpa suara Lukman dan Maisara yang kedengaran hanya suara dari penyampai radio Hot FM

" erm...awak harini lunch dengan siapa?" Tanya Maisara

"Kenapa , kau nak belanja aku ke?" Tanya Lukman sambil tersenyum tanpa Maisara sedar

"Haah , sebagai tanda terima kasih" kata Maisara

"Tak payah lah , kau tak kan mampu pun aku bukan makan dekat kedai tepi jalan tu" kata Lukman

"Tahu lah...CEO kan mana makan kedai orang biasa2 ni" sindir Maisara

"Baguslah kau tahu" jawab Lukman

"Dah lah tak payah nak belanja bagai kau masak je malam ni aku makan dekat rumah" kata Lukman

"Ye ke , ok2 saya masak" kata Maisara yang tiba2 teruja

"Erm..saya rasa awak boleh turunkan saya dekat sini saya boleh jalan sendiri" kata Maisara

"Tak payah nak mengada , kau turun aje sekali dengan aku" kata Lukman

"Habis nanti kalau staf lain nampak diorang cakap bukan2 pula" jawab Maisara

"Bukan apanya kau tu memang isteri aku kan" kata Lukman setelah memberhentikan kereta di tempat parkingnya

Entah mengapa tapi pipi Maisara tiba2 membahang kepanasan terasa berbunga hati Maisara ketika Lukman mengaku bahawa dia adalah isterinya

Ketika berjalan masuk banyak mulut2 staf yang sibuk bergosip bahawa Maisara cuba menggatal dengan CEO mereka
Namun Lukman hanya diam seperti tiada apa yang berlaku

Jadi Maisara juga mengendahkannya

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now