Part 32

19.7K 417 6
                                    

Maisara membawa Danish bersiar siar di sekitar kawasan rumahnya itu lah yang dilakukannya sejak dari dia mengandung lagi

"Anak umi suka ye keluar jalan2?" Tanya Maisara pada anaknya yang kelihatan begitu seronok sekali memandang orang ramai yang melakukan aktiviti masing2

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Anak umi suka ye keluar jalan2?" Tanya Maisara pada anaknya yang kelihatan begitu seronok sekali memandang orang ramai yang melakukan aktiviti masing2

Telefon Maisara berbunyi ketika dia sedang mencium pipi Danish

"Hello " ucap maisara saat panggilan disambut

"Ye saya ada dekat luar dengan Danish" kata Maisara

"Sara ada orang Malaysia nak sewa bilik dekat rumah awak" kata kak Jah yang menelefon Maisara

Ya sekarang Maisara ingin menyewakan bilik di rumahnya pada orang Malaysia yang datang ke Canada

"Ye ke kak , ok kalau macam tu saya balik kemas sikit apa yang patut" kata Maisara yang teruja akhirnya ada juga orang Malaysia yang ingin menyewa bilik di rumahnya

Setelah panggilan dimatikan Maisara pulang dengan Danish dan diletakkan Danish di buai bayi lalu Maisara mula mengemas bilik yang hendak disewakan

Pada pukul 7 malam bunyi loceng rumah Maisara berbunyi bererti orang ingin menyewa bilik itu telah tiba

"Selamat datang" sapa Maisara sebelum memandang wajah orang itu

"Terima kasih" jawab seorang lelaki

Maisara terdiam saat mendengar suara lelaki itu seperti suara orang yang sangat dia rindui

"Mai?" Kata lelaki itu

"Awak  , buat apa dekat sini?" Tanya Maisara sambil memandang lelaki itu dengan tajam

"Sayang..abang rindu sayang sangat2 abang tak sangka akan jumpa sayang dekat sini , merata abang cari Mai" kata Lukman dengan air mata yang bergenang

"Huh...rindu konon , kenapa perempuan tu dah tinggal kan awak ke?" Tanya Mai dengan sinis

"Sayang..dia bukan sesiapa dengan abang" terang Lukman

"Dah lah , saya tak jadi sewakan bilik ni" kata Maisara sambil cuba menutup pintu

"Mai..mai tunggu dulu dengar cakap abang" kata Lukman sambil cuba menolak pintu itu dari ditutup Maisara

"Ah..encik Lukman kenapa ni?" Tegur Jamil yang baru tiba disitu

"Tak ada apa lah abang jamil cuma saya rasa maybe Mai belum bersedia nak sewakan bilik" kata Lukman sambil pandang lantai

"Eh ,haritu kata nak sewakan bilik" kata Jamil pada Maisara yang telah membuka semula pintu

"Abang jamil bagi ajelah balik duit tu dekat dia ni , saya tak nak sewakan bilik dekat dia" kata Maisara

"Mana boleh macam tu , dia pun dah tanda tangan borang " kata Jamil

Maisara mengeluh

"Dah tak apa lagi pun bukannya lama mana pun sebulan aje" kata jamil lagi

"Pergi masuk Lukman , kejap abang jamil tunjukkan bilik kamu" kata Jamil sambil masuk bersama Lukman

Maisara di tepi pintu menjeling wajah Lukman sebelum berjalan masuk dan mendukung Danish

Lukman memandang Danish yang baru didukung oleh Maisara ketika dia sedang berjalan ke biliknya

'Tu ke anak aku ,comelnya' tegur Lukman dalam hati

Lukman tersenyum bahagia kerana telah bertemu dengan isteri dan anaknya

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now