Part 14

17.3K 418 10
                                    

Penat Maisara mengemas rumah barunya dengan Lukman yang dihadiahkan oleh ayahnya semalam

Lukman pula sibuk bermain telefon di sofa siap baring lagi

Maisara memandang Lukman tak puas hati , di makinya Lukman dalam hati

"Awak nak tidur bilik mana ni?" Tanya Maisara dengan suara yang malas

"Aku nak master bedroom" jawab Lukman tanpa mengendahkan Maisara

Maisara yang malas nak bertekak dengan Lukman hanya membiarkan Lukman memilih biliknya sendiri

"Aku yang penat angkat barang dia suka suki je baring arah2 aku suruh buat semua" bebel Maisara ketika menyarungkan cadar di katil Lukman

"Mai , aku keluar jap aku balik lewat kot kunci pintu" pesan Lukman dan dari ruang tamu

"Amboi...ingat aku ni kawan ke orang gaji dia ke , suka dia aje gitahu cam aku ni tak wujud depan mata" bebel Maisara sambil cekak pinggang

"Ish..benci la dapat suami macam ni" kata Maisara

Maisara sambung membuat kerja dengan mulut masih membebel


Malam itu Maisara duduk di ruang tamu merehatkan tubuhnya yang hampir nak berkecai mengemas rumah sendirian

Tengah seronok melayan cerita maharaja lawak di TV , Maisara terdengar bunyi pintu rumahnya di buka dari luar

Maisara mengendahkan kerana tahu tentu saja Lukman yang pulang

"Baby...ni ke rumah baru u?" Tanya seorang wanita

Maisara yang mendengar suara perempuan terus saja berdiri dan melihat Lukman berjalan masuk sambil memeluk pinggang seorang perempuan di sebelahnya

"Bie...siapa ni , maid u ke ?" Tanya perempuan itu

Maisara buat muka bengang

"Haah , dah lah tak payah nak hirau pasal dia" kata Lukman

"Excuse me , saya masih dekat sini ok" tegur Maisara

"Tahu , aku nampak" jawab Lukman

"Then , apa benda semua ni ? Awak ingat rumah ni sarang maksiat ke apa?" Tanya Maisara dengan suara sedikit meninggi

"Nope , aku bawa masuk bilik aku bukannya nak buat maksiat dalam bilik kau pun" kata Lukman

Maisara yang bengang terus saja mengheret perempuan di sebelah Lukman itu keluar

"Awak kalau nak buat maksiat sila buat kat luar jangan nak bawa masuk rumah dan libatkan saya sekali dalam dosa awak " kata Maisara

Lukman ketawa sinis

"Kau dah kenapa ,bukan kita dah bincang semalam pasal peraturan" kata Lukman

"Ye memang kita dah bincang tapi , awak tak pernah cakap pasal nak bawa balik perempuan sial kat rumah ni" kata Maisara dengan geram

"Fine ! Aku buat kat luar tapi aku balik besok tahu lah nasib kau" kata Lukman yang bengang dan keluar lalu menutup pintu dengan kasar

"Astaghfirullah , kenapa lah aku dapat suami yang macam ni?" Kata Maisara sendiri sambil menangis terduduk di hadapan pintu itu

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now