Part 35

19.3K 402 6
                                    

Lukman memandang Maisara yang sibuk melipat pakaian Danish

"Sayang...sayang memang tak nak balik ke?" Tanya Lukman

Maisara yang sedang melipat pakaian itu terhenti dan memandang Lukman

"Awak jangan ingat saya layan awak baik tandanya saya dah maafkan awak , saya masih teringat lagi kejadian tu" kata Maisara yang sambung semula melipat baju

Lukman diam memandang Maisara buat seketika

"Sayang memang dah tak boleh terima abang ke?" Tanya Lukman dengan suara yang berubah sedih

"Saya bukan tak boleh terima tapi..awak kena bagi saya masa lagi benda tu semua jadi terlalu cepat untuk saya terima , awak suami yang sayang curang belakang saya" kata Maisara dengan air mata yang bertakung

"Sayang...abang dah kata kan benda tu semua bukan yang macam sayang nampak" kata Lukman yang kini turun dan turut bersila di hadapan Maisara sambil memegang tangan Maisara

"Habis apa , saya tak boleh lupa benda tu macam mana nak keluarkan memori awak disentuh perempuan lain" kata Maisara

"Sayang...abang diperangkap , Dalia time tu tengah mengandung dia terdesak nak kan lelaki sebagai pak sanggup dan waktu tu pula dia nampak abang jadi dia plan nak buat abang jatuh cinta semula dengan dia , dan secara kebetulan pula dia terserempak dengan sayang di klinik semasa buat check up and dia ugut nak buat sayang keguguran , abang terlalu stress sampai abang tak tahu macam mana nak bagitahu sayang pasal hal ni" terang Lukman

Maisara diam dan membiarkan aje tangan Lukman menggenggam tangannya

"Sayang tolonglah percaya cakap abang , abang sumpah tak ada wanita lain dalam hati abang selain sayang yang dah buka pintu hati abang untuk percayakan perempuan" kata Lukman

"Saya..tak boleh berfikir sekarang ni , boleh tak bagi saya masa?" Tanya Maisara

Lukman mengeluh dan melepaskan tangan Maisara kerana dia faham Maisara tak boleh nak percaya dengan cepat

"Abang izinkan sayang tinggal dekat sini buat sementara waktu tapi jangan lama sangat sayang" kata Lukman

Maisara menganggukkan kepala

Lukman mencium ubun2 Maisara dengan lembut sebelum bangun dan masuk ke biliknya

Dia perlu mengemas baju kerana esok dia perlu pulang ke Malaysia

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now