Part 24

18.5K 370 3
                                    

Maisara yang sedang membuat kerja di bilik pejabatnya itu berasa kepalanya amat sakit sekali

Dan sudah masuk 3 kali dia muntah mengeluarkan makanan yang dimakan pagi tadi sampaikan tiada lagi sisa yang mahu keluar

"Kenapa ni.."kata Maisara sambil memicitkan kepala

"Sayang...ok tak ni?" Tanya Lukman yang baru masuk ke bilik Maisara dan melihat Maisara berkerut memegang kepalanya

"Tak...Mai pening la bang" adu Maisara

"Pening?" Tanya Lukman dan memicit lembut dahi Maisara

"Hm...entahlah dah 3 kali mai muntah" kata Maisara lagi

"Kalau macam tu jom pergi klinik" ajak Lukman

"Tak nak la , Mai tak larat lagipun ni kejap lagi lepas telan ubat ok la tu" kata Maisara

"Tapi better kita pergi check dekat klinik at least kita tahu yang sayang cuma demam ke apa" pujuk Lukman

"Nanti la , Mai betul2 pening ni rasa macam nak pitam pun ada" kata Maisara

"Yelah kalau macam tu kejap lagi waktu balik kita pergi check ok" kata Lukman

Maisara hanya mengangguk kan saja

Ketika waktu pulang seperti yang dikatakan Lukman , lukman membawa Maisara ke klinik yang terdekat untuk membuat pemeriksaan

"Puan boleh ikut saya kita buat urine test" ajak seorang jururawat di situ
(Entah betul ke tak urine tu punya ejaan)

Tanpa membantah Mai hanya mengikut sahaja

Setelah selesai Lukman duduk di hadapan Doktor menunggu keputusan tentang sakit Mai

"Encik Lukman?" Tanya Doktor itu

"Ye saya , hm..macam mana isteri saya dia sakit apa doktor" tanya Lukman setelah Maisara duduk di sebelahnya

"Alhamdulillah , Puan Maisara tak sakit apa2 cuma dia ada tekanan sikit maklumlah orang mengandung kan" kata Doktor itu sambil senyum

Maisara yang mendengarnya terkejut dan seronok sekali

Namun tidak bagi Lukman dia terkejut dan tidak mampu berkata apa2

"Tahniah Encik , Puan mengandung usia kandungan puan baru masuk sebulan" kata Doktor itu

"Doktor yakin ke?" Tanya Lukman

Maisara memerhatikan riak wajah Lukman yang tidak seceria seperti dirinya

"Ye saya dah lakukan dua kali ujian dan kami yakin yang puan Maisara memang disahkan mengandung" kata Doktor itu

"Ini anak pertama encik dan puan ke?" Tanya Doktor itu

"Ye saya , ini anak pertama kami" jawab Maisara dengan senyum lebarnya

"Oh..baguslah , apapun Puan saya sarankan jangan terlalu tertekan dan jangan  banyak buat kerja yang berat2" nasihat doktor itu

Maisara mendengarnya sambil tersenyum gembira

"Abang kenapa ni , macam tak happy je?" Tanya Maisara yang pelik

"Abang ok , ni kejap lagi lepas hantar Mai abang nak keluar kejap" kata Lukman dengan nada yang mendatar

Maisara diam dan memandang wajah Lukman yang serius ketika itu

'Kenapa dengan dia , dia tak happy ke nak ada baby dengan aku?' Tanya Maisara dalam hati

Nak Awak Juga !!✔Where stories live. Discover now