HVSVH 41

17.1K 1K 19
                                    

Hipster Cafe

Selepas memesan minuman mereka mengambil tempat di sebelah dinding kaca yang dapat melihat pemandangan luar.

"So what is it?" Soal Dyana terlebih dahulu. Telefonnya diletakkan di atas meja bersebelahan gelas minumannya.

"Bonda dah tetapkan tarikh" ujar Hafiey.

Dyana tahu jika tarikh sudah ditetapkan maka sudah terlambat untuk dia berundur. Hal ini masih tetap akan diteruskan. Lagi-lagi Tengku Thia seorang wanita yang sangat berpegang pada janjinya.

"Oh okay. So when?" Soal Dyana.

"Next week. Dyana"

"Yes"

"Are you okay with that?" Soal Hafiey.

"Yea as you can see. I'm fine" balas Dyana tanpa gugup.

Kini dia perlu bertindak dengan rasional kerana dia sudah hilang tunjang pendorong utamanya untuk terus hidup.

Ibu bapanya hanya pergi begitu sahaja. Keluarga Farhan sahaja yang menjadi rujukan terdekatnya buat masa sekarang.
"And yea i know you and Farhan are cousin" tutur Hafiey.

"Hah?" Dyana terkejut.

"Tak payah terkejut sangat la. Farhan dengan kitaorang mana ada rahsia. Kalau ada tu tempah batu nisan awal kot" kata Hafiey.
"Hehe" Dyana kini mahu sahaja menyepak Farhan jika jejaka itu berada di hadapannya.

"Oh yea rasanya Hafiey Daniel pun tempah batu nisan dengan kubur awal. Kau tahu tak aku separuh mati semak semua report tu" tutur Dyana geram.

"Padan muka. Baru sekarang ya merasa. Habis tu bulan-bulan sebelum ni siapa yang buat. Aku kan" ejek Hafiey.

"Ish nasib kau sakit je. Kalau tak mampus dah" gumam Dyana perlahan sambil mengacau minumannya menggunakan straw.

"Hah apa dia? Tak dengar. Cuba ulang balik" ujar Hafiey.

"Tak ada apa la" balas Dyana menyampah.

'Aduhai Dyana, Dyana. Kalau aku sihat ni mesti hilang dah kepala aku ni'

"Kau dah kenapa senyum sorang-sorang? Gila dah. Kesiannya student FH dapat headboy sakit mental" kutuk Dyana direct.

"Eh eh mulut kau baik-baik sikit ada yang tertelan straw kejap lagi" balas Hafiey.

Pergaduhan kecil mereka diteruskan buat beberapa minit selepas itu Dyana mengajak Hafiey pulang kerana pada petangnya Dynamite dan AON sudah merancang untuk bermain boling.

4:45 P.M

"Lambat betul mamat ni siap" gumam Dyana yang duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumah agam itu.

10 minit kemudian, akhirnya Dyana menamatkan penantiannya.

"Lambat la kau ni" marah Dyana.
"Aku tak tahu nak pakai outfit apa" balas Farhan dan menjadikan perkara itu sebagai alasannya.

Dyana menjeling Farhan lalu berjalan masuk ke dalam kereta.

Farhan sudah seperti kucing yang ketakutan lalu berlari masuk ke dalam keretanya.

'Harap-harap selamat sampai ke destinasi Ya Allah'

Bowling Alley Arena

Aqif melihat jam tangannya.

"Eh lambat betul Farhan ni" omelnya.

Putra berhenti bermain telefonnya.

"Sebab Dyana kot. Biasalah girl" balasnya.

Hanis yang mendengar jawapan Putra terus memandang jejaka itu.

"Baik sikit okay. Macam la tak kenal Farhan tu. Nak pilih baju macam nak kahwin je" tutur Hanis.

"Uhuk uhuk"

Serentak itu Amyra tersentak. Mereka semua terus memberikan sepenuh perhatian kepada Amyra.

"Kau dah kenapa? Tiba-tiba tersedak ni" soal Ainna pelik.

Aqif menghulurkan tisu.

"Thanks. Entahlah ada orang seru aku kot" balasnya. Dia juga tidak tahu mengapa dia tiba-tiba tersedak.

"Yo geng"

Satu suara singgah di cuping telinga mereka lalu terus mengalih pandangan mereka.

"Asal lambat? Berjanggut tunggu ni" bebel Aqif.

"Ni hah- "

Belum sempat Farhan ingin menjawab, Dyana terlebih dahulu sudah memotong sepupunya itu.

"Well Farhan kan macam perempuan. Pilih outfit pun hrmm faham-faham je la" potong Dyana.

Farhan sudah tersengih sambil sebelah tangannya menggosok belakang lehernya.

"Hahaha aku rasa Dyana akan jadi mangsa Farhan untuk shopping baju baru" ujar Putra.

Terus Dyana memberikan jelingan maut kepada jejaka itu.

"Hah Fiey kau okay tak? Dah dating pagi tadi takkan tak okay kan" sakat Farhan.

Dyana menayangkan penumbuk kepada Farhan.

'Mati kau lepas ni. Balik naik van jenazah'

"Okay stop. End the topic. So now let's play. Bet?" Kata Hafiey.

"AON VS Dynamite?" Soal Hanis.

Yang lain mengangguk.

"Let's deal for a dinner then" kata Dyana sambil menukar kasutnya.

"Walaaa great idea" kata Ainna.

"Okay deal. Let's play who is paying for dinner" kata Putra yang lain hanya mengangguk.

Mereka terus memulakan permainan.

Di lorong pertama setakat ini ialah Ainna dan di sebelahnya ialah Aqif.

"Strike Ainna" sorak Hanis di belakang.

"Of course la. Huh takkan aku nak kalah dengan mamat ni kot" ujar Ainna.

"Let's see kiddo" ejek Aqif.

Ainna memulakan permainan. Bola boling itu dilontar ke atas landasan dan terus melanggar pin-pin yang disusun denhan bentuk segi tiga.

STRIKE!

"Assa. Ni Ainna okay. Huh" katanya bangga.

Aqif sedikit pun tidak terkesan.

Dia terus memulakan rentak permainannya.

STRIKE!

Game diteruskan selama beberapa minit dan keputusan setakat ini memihak kepada AON kerana Farhan dan Aqif gagal mendapatkan spare.

354-350

Mereka hanya berbeza empat pin. Kini tiba giliran Dyana untuk menamatkan permainan mereka.

Spare atau 0 pin?

Bola matanya difokus ke arah satu pin yang ditinggalkan oleh Amyra.

Nafas ditarik dalam. Matanya masih melihat satu pin yang tinggal itu.

Dynamite menanti dengan penuh debaran. Perhatian mereka 100% tertumpu pada Dyana.

Pergerakan Dyana amat smooth ketika melepaskan bola boling itu.

'Please hit please hit'

"YEAY"

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt