HVSVH 16

18.9K 1.2K 15
                                    

2:00 P.M

Dyana bersandar pada kereta Hafiey sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Sesekali dia melihat jam di skrin telefonnya.

"Mana la mamat ni?" Soalnya sendiri dalam keadaan marah.

"Sorry lambat. Aku settlekan budak tadi. Jom" kata Hafiey lalu masuk ke dalam kereta.

Dyana hanya memutarkan bola matanya lalu membuka pintu kereta.

Tanpa disedari mereka, terdapat sepasang mata yang memerhati mereka dari jauh.

Klinik

"Tengku Dyana Zatiera" panggil jururawat itu.

Dyana berjalan masuk ke dalam bilik itu lalu meninggalkan Hafiey bersendirian di ruang menunggu.

Sementara menunggu Dyana berjumpa dengan doktor, Hafiey menyemak kembali rekod kemasukan pelajar baru.

30 minutes later

Dyana keluar dari bilik itu dengan blazer disangkut pada lengannya.

"Doktor kata apa?" Soal Hafiey lalu berdiri dan menyimpan iPhone ke dalam poket seluar.

"Nasib cuci luka tu dengan cepat sebab tadi dia kata kuman tu merebak. Ambik masa. Lagipun besi tu berkarat an" balas Dyana lalu berhenti di kaunter untuk menguruskan bil dan ubatnya.

Hafiey mengambil blazer pada lengan Dyana supaya senang gadis itu hendak berurusan.

Serentak itu, Hafiey menghulurkan kad kreditnya. Tanpa banyak bunyi, Dyana hanya mengambilnya.

Selesai berurusan dengan bil dan ubatnya, mereka terus masuk ke dalam kereta.

"Esok aku ambil kau. Kereta kau dekat sekolah kan" kata Hafiey sambil membuat pusingan U lalu kereta mula membelah jalan.

Esok semua pelajar yang akan tinggal di FTD akan hadir untuk melihat dorm mereka.

Dyana duduk di atas katil sambil bermain dengan telefon pintarnya.

Tetapi fikirannya sudah melayang akibat teringatkan perbualannya bersama new student itu pada waktu rehat pagi tadi.

Flashback

"Dyana"

Dyana dengan serta merta menoleh.

"Ye saya" balasnya.

"Boleh saya tahu apa jawatan Hafiey dekat sekolah ni?" Soal Ira.

"Ouh dia Headboy" balas Dyana.

"Ouh no wonder. Sepadan" tuturnya perlahan tetapi masih boleh ditangkap oleh Dyana.

"Sepadan? What do you mean?" Soal Dyana bingung.

"Hehe tak ada apa-apa. Saya pergi dulu" pamitnya.

"Yea sure" kata Dyana lalu ketepi memberi laluan kepada gadis itu.

'Hrmm pelik'

End Flashback

Esoknya

Pembantu rumah Dyana membawa turun 4 bagasi besar ke pintu utama.

"Ya Allah Dyana serupa nak pindah tak balik dah" tutur Mamanya.

"Heheh ala macam la mama tak kenal dengan anak mama ni" kata Dyana.

"Siapa ambil? Hafiey?" Teka mamanya.

"Haah"

"Malu dekat dia. Anak dara bawa beg banyak-banyak" sakat mamanya yang sedang menyiram tanaman di tepi pintu utama.

Dyana mencebik. Well typical mamanya mengenali Hafiey kerana keluarga mereka berkawan baik.

Beberapa minit kemudian, sebuah Audi A5 berwarna hitam masuk ke perkarangan utama rumah agam itu.

"Assalammualaikum Aunty" tegur Hafiey sebaik sahaja keluar dari kereta.

Manakala Dyana menarik sebuah bagasi untuk dimasukkan ke dalam bonet kereta dan selebihnya dibantu oleh pembantu rumah.

"Fiey nanti tolong tengokkan anak aunty tau. Dia tu degil sikit" pesannya.

Dyana dari jauh sudah menjerit.

"MAMA TAK BAIK LA"

Dyana menghampiri mamanya.

"Jaga diri baik-baik sayang. Jangan lupa makan ubat. Sakit tu bila-bila je" tutur mamanya sambil air matanya mengalir.

Hafiey berasa sedikit pelik dengan peringatan itu.

"Mama jangan menangis. Dyana pergi sekejap je bukannya tak balik. Nanti weekend balik la" pujuk Dyana.

"Ye la sayang. Fiey hati-hati bawa kereta"

"Baik aunty"

Selepas sahaja Dyana bersalaman dengan mamanya, dia terus masuk ke dalam kereta.

Seatbelt ditarik.

"Assembly pukul berapa?" Soal Dyana.

"9 pagi" balas Hafiey sambil melihat jamnya.

Hafiey terus memecut laju untuk ke sekolah sebelum pukul 9.

FTD Buildings

Pelajar beratur mengikut tingkatan di hadapan bangunan G1 iaitu dorm untuk pelajar form 1.

Hafiey keluar dari kereta dan diikuti oleh Dyana.

Farhan dan Putra menghampiri mereka.

"Aik selalu sangat aku tengok korang ni berdua je. Ada apa-apa ke?" Soal Aqif yang muncul dari mana entah.

Hafiey memandang Dyana. Kelihatan gadis itu menayangkan penumbuknya.

AON menghampiri mereka yang berada di situ.

"List semua ada dah emailkan dekat korang" tutur Amyra.

Mereka masing-masing memeriksa telefon pintar mereka.

"Tapi korang still ingatkan denda korang?" Soal Hafiey selamba.

"Denda apa?"

"Jadi PA kitaorang" kata Hafiey dengan senang hati.

AON memandang sesama mereka.

'Shit'

'Heol'

'Mampos'

'Siottt'

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now