HVSVH 23

18.7K 1.2K 28
                                    

Cuti hujung minggu mereka sudah tiba selepas penat berperang dengan hari-hari mereka di sekolah.

Dyana menanggalkan sarung bantal dan cadar katilnya lalu dimasukkan ke dalam laundry bag.

"Ish budak-budak ni aku pula yang kena kemas dorm" rungut Dyana.

Dia kalah semalam ketika bermain lie detector.

"Tak guna betul natang tu. Eiii" bentaknya.

Cadar dan sarung bantal milik kawan-kawannya juga dibawa bersama ke laundry room.

"Hai jadi miss dobi ke harini?" Soal seseorang yang sedang menunggu pakaiannya di dalam dryer.

"Diam la" marah Dyana.

"Amboi garangnya vice ni" sakat orang itu lagi.

"Hafiey shut your mouth before kau yang aku masukkan dalam mesin basuh ni" ugut Dyana.

Hafiey terus melangkah beberapa tapak menjauhi Dyana.
Lama mereka menyepi dan hanya bunyi yang terhasil dari mesin basuh itu sahaja yang memecah kesunyian mereka.

"Ermm Yana" panggil Hafiey yang sudah selesai melipat dan meletakkan bajunya ke dalam laundry bag.

"Ya" balas Dyana.

"Jangan lupa malam ni" pesan Hafiey.

Dyana hanya mengangguk sambil mengeluarkan kain basuhannya.

Hafiey berhenti di pintu masuk lalu memandang ke arah Dyana.

Sesekali dia mengeluh.

'Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku'

Fusian Carte Restaurant

Seorang wanita berumur lewat 30-an masuk ke dalam restoran itu.

"Saya lambat ke?" Soalnya kepada wanita yang berada di hadapan.

"Tak ada la. Saya pun baru sampai" balasnya sambil meletakkan kembali menu.

"Awak dah bagitahu Hafiey?" Soal Tengku Dianne.

Tengku Thia hanya mengangguk.

"Jadi macam mana?" Soalnya.

"Fiey setuju. Apa yang awak fikirkan sebenarnya Anne?" Soal Tengku Thia kepada kawan baiknya itu.

"Entah la. Saya rasa tak sedap hati lately ni. Sejak Yana tinggalkan rumah" tuturnya resah.

"Jangan risau tak ada apa-apa itu. Awak lagi la nak berjalan jauh. Kesian Yana tengok mama dia macam ni. Betul ke awak nak tinggalkan Yana dekat kami?" Soal Tengku Thia menginginkan kepastian.

"Saya pasti. Saya yakin Fiey dapat jaga Yana. Lega sikit saya kalau diaorang bersatu. Saya takut apa-apa jadi nanti. Tak tenang saya nak tutup mata" ujarnya.

"Tak baik cakap macam tu. In Sha Allah tak ada apa-apa. Yana dah tahu?" Soal Tengku Thia.

Tengku Dianne menggeleng.

"Malam ni saya bagitahu dia. Lagipun dia dengan Fiey dah lama kenal. Sejak kecil lagi" katanya.

"Baiklah saya dengan suami ikut sahaja. Yana tu pula kami anggap macam anak kami" tuturnya.

'Maafkan mama Yana. Mama bukannya nak tinggalkan Yana cuma mama takut kalau apa-apa berlaku ke atas mama dengan papa nanti. Tak ada orang nak tengokkan Yana jaga makan minum Yana. Mama akan selalu doakan Yana dengan Fiey dari jauh. I love you my only daughter'
Prang

Dyana terkejut sebaik sahaja dia menutup pintu biliknya, frame gambarnya jatuh menyembah lantai.

"Ish terkejut aku. Aku rasa aku tutup perlahan-lahan tadi" gumamnya lalu meletakkan bakul ke tepi lalu mengutip kaca yang pecah di atas lantai.

Selesai mengemas biliknya, Dyana membuka tingkap bilik.

Robot vakum itu dimatikan.

"Ah penatnya" ujarnya lalu merebahkan badan di atas katil.

Telefon pintarnya dihidupkan.

2 messages from Mama

Mama

Jangan lupa malam ni

Pakai cantik-cantik ya puteri mama

Ini sudah dua orang mengingatkannya mengenai perjumpaan pada malam ini.

'Ah mungkin mama nak buat makan-makan sebelum pergi France'

Dia bangun dari katilnya lalu melangkah ke wardrobe untuk mencari pakaian yang sesuai pada malam ini.

Farhan POV

Aku hanya duduk termenung di tengah-tengah padang kawasan asrama.

Banyak perkara bermain di fikiranku.

Tiba-tiba aku teringatkan seseorang. Seseorang yang pernah menarik perhatianku.

"Qil"

Tanpa disedari aku menyebut nama gadis itu.

Dahulu aku tidak seperti sekarang. Perubahan sikap yang ada pada diri aku ini juga kerana seorang perempuan.

Tengku Farhan Taufiq yang dahulunya ialah seorang kaki perempuan. Hebat dalam berkata-kata. Sehingga dia ditemukan dengan seorang insan.

Namun, pertemuan mereka hanya singkat kerana gadis itu pergi menghilangkan diri.

Dia juga tidak tahu ke mana hilangnya gadis itu. Dan hatinya mula tertutup.

Inilah dia yang sekarang. Lebih banyak mendiamkan diri dan hanya bergaul dengan orang-orang tertentu sahaja.

Tetapi rahsia yang disimpan oleh Dynamite kini masih rapi. Setiap seorang ahli Dynamite mempunyai masa silam yang tersendiri dengan gadis yang mereka cintai suatu ketika dahulu.

Kini, masa silam Hafiey mula kembali dengan kehadiran Ira.

Siapakah seterusnya?

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now