HVSVH 37

16.6K 1K 9
                                    

Dorm

Kebanyakan pelajar mula meninggalkan perkarangan kawasan utama asrama untuk pulang ke rumah masing-masing.
Farhan memasukkan bagasi milik Dyana ke dalam bonet keretanya.

"Take care guys" kata Ainna.

Mereka berpelukkan terlebih dahulu kerana masing-masing akan bercuti ke luar negara bersama-sama keluarga tercinta.

"Jangan lupa roger" kata Hanis lalu masuk ke dalam keretanya.

"Bye" laungnya melalui tingkap.

Yang lain hanya menggelengkan kepala mereka.

Selepas menghantar pemergian Ainna dan Amyra, Dyana terus masuk ke dalam kereta Audi milik Farhan.

Kawasan asrama juga sudah dipantau terlebih dahulu oleh mereka sebelum pulang ke rumah.

Takut-takut ada pelajar yang tidak pulang. Jadi mereka akan menjadi orang terakhir yang meninggalkan kawasan asrama demi keselamatan semua.

"Hafiey dah sedar so kita pergi tengok dia dulu la" kata Farhan sambil memandu keluar dari pintu pagar asrama.

Dyana yang sedang memeriksa sesuatu pada iPad-nya hanya mengangguk.

Dritt dritt

Dyana mengerling ke arah telefon pintarnya yang sedang dicas di atas plat pengecas.

Dia terus mengambil telefonnya sebaik sahaja melihat nama pemanggil yang terpapar di skrin.

Pengetua Hajar is calling...

"Assalammualaikum Yana"

"Waalaikumsalam"

"I just want to inform you yang Ira dah isi form tukar sekolah"

"What? Tapi case ni masih belum selesai. Kitaorang akan adakan mesyuarat disiplin pelajar dengan ahli yang lain"

"Saya pun tak tahu kenapa. Tapi nampaknya you have to talk with Hafiey and others"

"I will try my best then and discuss with Putra and Farhan since they're responsible with this case"

"Saya harapkan awak Dyana"

"I will settle this as soon as possible"

"Thank you bye"

"Bye"

Panggilan tersebut dimatikan.

Bahagian pelipisnya diurut.

"What's wrong?" Soal Farhan.

"Ira isi form untuk tukar sekolah. I think Putra should alert about this. Since pasal pertukaran atau hal mengenai berhenti sekolah dia yang uruskan" tutur Dyana.

Makin bertambah masalahnya ketika cuti ini. Terpaksa dia mengadakan mesyuarat majlis persatuan disiplin pelajar pada tarikh yang terdekat.

"Nanti aku call dia" kata Farhan.

Beberapa minit selepas itu mereka tiba di hospital yang menempatkan Hafiey.

Mereka berjalan masuk ke dalam lif dan tiba di VVIP floor.

"Eh Dyana, Farhan" tegur Tengku Thia yang baru keluar dari wad persendirian Hafiey.

"Aunty nak balik dah ke?" Soal Dyana sebaik sahaja terlihat wanita itu bersama beg tangan berjenama LV di tangannya.

"Haah aunty dapat urgent call. Tolong tengokkan Fiey eh. Dia belum makan lagi tu" pesannya.

"Don't worry aunty" balas Farhan.

Dyana hanya mendiamkan dirinya.

Selepas Tengku Thia berlalu pergi, mereka masuk ke dalam wad itu.

Terlihat Hafiey yang masih terbaring di atas dengan balutan putih di bahagian perutnya.

"Kau macam mana okay tak?" Soal Farhan.

"Pedih sikit la. Pergerakan pun terbatas" kata Hafiey.

"Oh jap. Aku kena call Putra dulu ni. Yana kau suapkan Fiey makan" kata Farhan.

"What?" Dyana terkejut lalu meninggikan suaranya.

"Kau kenapa terkejut sampai macam tu sekali? Bukannya aku suruh kau bagi makan dekat harimau or singa dekat zoo" bebel Farhan.

Dyana menayangkan penumbuknya. Farhan cepat-cepat keluar untuk membuat panggilan.

Takut nanti dia pula yang terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.

Dyana dengan muka tidak puas hati terus melangkah mendekati meja yang berada di sebelah katil Hafiey.

Semangkuk bubur diambil.

"Ni Bonda bawa or hospital punya?" Soal Dyana.

"Bonda bawakan" balas Hafiey.

"Asal aku tengok kau makin serabut sekarang?" Soal Hafiey sewaktu Dyana sedang mengacau buburnya.

"Hah?" Dyana tidak mengerti dengan soalan yang diutarakan oleh Hafiey.

"I mean kau busy ke?" Soalnya.

"Hrmm boleh la after kes tu. Semua busy. And cuti ni pula aku nak kena semak report. Then hal Ira nak tukar sekolah and Daini kena gantung" jelas Dyana.

Terangkat sebelah kening Hafiey.
"Ira tukar sekolah?" Soalnya.

"Haah aku pun baru tahu tadi. Pengetua call"

"Ada masalah ke kalau dia nak tukar sekolah?" Soal Dyana sambil sebelah keningnya terangkat.

"Hah. No" balas Hafiey.

Dyana meletakkan bubur di atas meja yang berhadapan dengan Hafiey.

"Tak payah la nak keep it secret from me. I already know" ujar Dyana sambil mengelap tangannya dengan tisu basah.

Seketika keadaan menjadi hening. Sunyi tanpa sebarang interaksi manusia.

Hafiey juga diam tidak terkutik sambil memegang sudu.

"Tak salah pun if you still love her" kata Dyana sambil membuang tisu basah ke dalam tong sampah yang berada di tepi pintu bilik mandi.

"Let's not talk about she again. I want to eat" kata Hafiey.

Dyana berjalan ke arah sofa lalu mengambil telefon pintarnya.

'I just saying. Kau marah sangat kenapa?'

Keadaan kembali menyepi.

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Место, где живут истории. Откройте их для себя