HVSVH 39

16.7K 997 16
                                    

Salt & Pepper Restaurant

Dyana menolak pintu kaca di hadapannya dan masuk ke dalam restaurant itu.

Bola mata hazel-nya tercari-cari susuk tubuh seseorang.

Akhirnya pandangan matanya berhenti pada meja yang berada agak jauh dari kesibukan pelanggan yang datang makan di situ.

Dyana mula melangkah menghampiri meja itu.

"Ehem. Sorry i'm late" ujar Dyana.

Ini semua gara-gara dia terlupa untuk mengisi tangki minyak keretanya jadi terpaksa dia menyuruh Farhan untuk menghantarnya ke sini. Kebetulan pula, sepupunya itu ingin keluar melawat Hafiey di hospital.

"Sokay. Duduk lah" jemput Ira.

Serentak itu, seorang pelayan datang menghampiri mereka.

"Order miss?" Soalnya.

Dyana hanya menggeleng.

"Okay" pelayan itu berlalu pergi.

"So what is it?" Soal Dyana tanpa membuang masa.

"Pertama sekali saya nak minta maaf dekat awak Dyana. Sebab saya hubungan awak dengan Hafiey jadi renggang. And saya minta maaf banyak-banyak disebabkan saya Hafiey sanggup cederakan diri dia. Mungkin awak dah tahu saya dengan dia dulu pernah bercinta. Tapi tak lama lepas tu- "

"Putus. You yang putuskan hubungan you dengan Fiey" potong Dyana.

Ira memandang Dyana.

"Mulut you maybe kata putus tapi bukan hati you. Hati you tak pernah pun lepaskan Hafiey" kata Dyana.

"Sebab tu saya ambil keputusan untuk tukar sekolah lagipun- "

"You can't do that. Esok badan disiplin akan hold mesyuarat jadi awak mahupun Daini akan berada di situ. Sekarang ni semuanya berada di tangan Hafiey. So it's up to him. Keputusan di tangannya dia. Whether you pindah atau stay. I pun tak boleh putuskan" terang Dyana.

Ira menunduk.

"Tapi- "

"Oh yea before that, on what purpose you masuk sekolah tu? To win Hafiey back or what?" Soal Dyana. Dia benar-benar ingin tahu tujuan sebenar Ira muncul kembali di hadapan Hafiey.

Ira menarik nahasnya dalam.

"Yes you're right, Dyana. I want Hafiey back" balasnya.

Dyana terkejut dan terkedu di tempat duduknya.

"Tolong jangan berpura-pura depan aku lagi" kata Dyana lalu meninggalkan Ira di situ.

Mukanya merah menahan amarah yang mula menyala di dalam hatinya.

'Harap muka je baik. Tapi rupa-rupanya ada agenda lain'

5:30 P.M

"Kau asal letak blusher penuh satu muka ke?" Soal Amyra lalu menghirup minuman beraisnya.

Dyana serta merta memberi jelingan maut kepada rakannya.

"Ish entahlah aku serabut dengan perempuan tu. Dahlah banyak lagi hal aku nak kena settlekan" bebel Dyana.

Amyra memandang kawannya itu.

"Tapi kau tak boleh salahkan that girl juga. Kalau dia tak muncul tak adanya kau tahu pasal kisah silam Fiey" kata Amyra yang masih lagi menyembunyikan perkara sebenar bahawa dia ialah sepupu kepada Hafiey.

"Kau jangan nak backup dia eh. Dengan kau sekali aku blend buat air" ugut Dyana.

Amyra menelan pahit air liurnya.

"Eh kau tak pergi melawat Fiey ke harini?" Soal Amyra mengambil peluang untuk mengubah topik perbualan mereka.

"Semalam dah pergi takkan hari ni nak pergi lagi. Nanti jemu pula dia asyik hadap muka aku ni" balas Dyana.

Amyra hanya mengangguk. Esok pagi Hafiey sudah dibenarkan pulang dan terus menghadiri mesyuarat badan disiplin pelajar untuk memberi kata putus.

Hanis dan Ainna pula terpaksa membatalkan penerbangan mereka ke Hawaii dan England untuk bercuti dengan keluarga masing-masing kerana hal ini.

Amyra pula sememangnya masih belum mempunyai sebarang perancangan kerana kedua-dua orang tuanya masih belum pulang dari Mexico kerana urusan projek pelaburan mereka.

8:30 P.M

Dyana hanya duduk berseorangan di buaian yang terletak di bahagian luar tepi ruang tamu melihat bintang-bintang di langit.

"Haih termenung dekat Fiey ke?" Soal Farhan yang datang lalu duduk di buaian yang berbentuk telur bersebelahan buaiannya.

"Tak kenyang lagi ke makan nasi? Nak makan selipar aku pula?" Soal Dyana dengan penuh maksud mendalam yang kurang baik.

Farhan menelan air liurnya.

"Eh eh kenyang la. Tiga kali kot tambah" tuturnya.

"Tahu takut. Sakat lagi aku macam tu. Silap haribulan buaian ni yang masuk dalam mulut kau" kata Dyana.

"Oh yea. Tadi kau meet Ira kan? Cakap pasal apa?" Soal Farhan lalu menghirup minuman coklat panasnya.

"Entahlah aku pun tak faham dengan dia tu. Fake. Dia mengaku dia sekolah dekat situ so sudden sebab nak Hafiey balik" kata Dyana.

Farhan pula hampir tersembur sebaik sahaja mendengar jawapan kepada soalannya.

"Jangan menilai seseorang itu hanya melalui sikap dan luarannya sahaja. Kita tak mungkin tepat dalam menilai seseorang itu dari aspek zahirnya sahaja. Sedangkan dalamannya berbeza"

Farhan terkejut. Dyana seolah-olah dapat membaca fikirannya.

Tepat. Semua itu benar.

Nampaknya tekaan dia terhadap Ira dari dahulu sehingga kini adalah salah.

Bukan semua orang yang luarannya baik sama seperti hati dan niatnya. Dan tak semua orang yang luarannya jahat tapi hatinya juga hitam.

Manusia mempunyai pelbagai air muka yang boleh dipamerkan. Tetapi hati tidak mampu dilihat menggunakan pancaindera manusia untuk menilai akhlak seseorang itu.

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now