HVSVH 25

18.6K 1.2K 19
                                    

Dyana berjalan keluar dari tempat itu. Emosinya terganggu.

Keadaan sekeliling tidak dihiraukan. Saat dia sedang melintas jalan terdapat sebuah kenderaan yang dipandu laju sedang menuju ke arahnya.

Dyana hanya kaku di tempatnya.
Tiba-tiba terasa ada yang menarik badannya ke tepi.

Zzups

Dyana membuka mata.

"Are you crazy?" Marah Hafiey bengang dengan tindakan Dyana sebentar tadi.

"Hand off" tutur Dyana.

"Boleh tak dengar dulu apa yang aku nak cakap?" Pinta Hafiey.

"Masuk dalam kereta" arah Hafiey.

Dyana hanya menjeling jejaka itu lalu masuk ke dalam kereta.

Kemudian, kereta itu mula bergerak meninggalkan Village Palace.

"Your mom buat semua tu mesti ada sebab" kata Hafiey.

Dyana di sebelahnya hanya berpeluk tubuh.

"Dyana are you listen to me?" Soal Hafiey.

"Yes i'm listening" balas Dyana geram.

Seketika suasana di dalam kereta itu mula menyepi.

Sampai sahaja di dorm, Dyana terus meninggalkan Hafiey lalu masuk ke dalam bilik.

Manakala Amyra, Hanis dan Ainna sudah pun lena.

Esoknya, pula seharian Dyana hanya mengasingkan dirinya di dalam bilik. Tidak makan dan tidak melakukan apa-apa aktiviti.

Manakala Hafiey hanya membiarkan gadis itu mengambil masanya.

Monday

8:00 A.M

Dyana melangkah masuk ke dalam bilik pengawas.

Farhan dan Hafiey yang sedang berbincang mengenai sesuatu terus memandang Dyana lalu menyambung perbincangan mereka.

Dyana meletakkan buku laporan di atas mejanya.

Esok keluarganya akan berangkat ke France kecuali dia. Manakala pertunangannya dia malas ingin memikirkan soal itu.
Pen dicapai dan beberapa muka surat diselak untuk dia menurunkan tanda tangan.

"Yana i want to discuss something with you" ujar Farhan yang tiba-tiba berdiri di hadapan mejanya.
"Hah me?" Dyana sedikit keliru.

Dyana terus menutup fail itu lalu mengekori Farhan sehingga ke koridor yang agak sunyi dan tanpa pengawasan CCTV.

"Dah tahu semalam?" Soal Farhan.

Mata Dyana membulat.

"Don't tell that you too-ah oh God. So aku je la yang tak tahu apa-apa. How dare you Farhan" marah Dyana.

Farhan menghembuskan nafasnya.

"Semua family kita tahu" tutur Farhan.

Amarah Dyana semakin memuncak. Masakan dia sahaja yang tidak dimaklumkan mengenai hal ini. Bukan mama dan papanya sahaja yang menyembunyikan hal ini tetapi seluruh keluarganya.

"WHAT?"

Bergema satu koridor yang lenggang itu.

"We're so sorry Yana. Tapi your mom yang minta kami rahsiakan semua benda ni" kata Farhan.

"Eh semua pergi mati la" hambur Dyana lalu beredar dari situ.

Farhan meraup mukanya.

"Dyana" panggilnya namun gadis itu sedikit pun tidak berpaling.

Toilet

Dyana melempar blazernya di tepi singki.

Mukanya jelas membahang.

'Kenapa semua orang buat aku macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa'

Prak

Cermin yang berada di hadapannya tiba-tiba retak.

Dyana mengalihkan tangannya dari cermin yang sudah bercampur dengan darahnya.

Tiba-tiba lagu There For You memecah kesunyian di dalam tandas itu.

Dyana terus melihat ke arah telefonnya yang berada di atas blazer.

Amyra is calling...

Dyana hanya memandang sepi panggilan itu. Manakala darah sudah mengalir dengan banyak dari tangannya.

Student Council Meeting Room

Amyra terus bangun dari tempatnya dan keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

"Jawab la Yana. Ish" marahnya kerana sudah berkali-kali panggilannya tidak diangkat.

Manakala kesemua ahli exco sudah menunggu gadis itu untuk memulakan mesyuarat mereka.

"Hello"

"Yana kau dekat mana?"

"Kau sorang?"

"Haah. Kau lupa ke kita ada meeting harini?"

"Jangan bagitahu sesiapa. Pergi nurse office then ambil first aid"

"Kau ke- "

Tut tut tut

Dyana terus mematikan panggil tersebut tanpa menunggu Amyra menghabiskan ayatnya.

Amyra tercenggang di hadapan pintu bilik itu.

Kebetulan pada waktu itu, Hanis muncul di hadapannya.

"Weyh suruh diaorang mulakan dulu tanpa aku" arahnya.

"Hah asal?" Soal Hanis terkejut.

"Ikut je la. Aku ada urgent matter ni" kata Amyra lalu tergesa-gesa meninggalkan Hanis.

Manakala Dyana bersandar pada dinding.

'Kenapa mama buat Yana macam ni'

Amyra masuk ke dalam tandas yang diberitahu oleh Dyana sebenar tadi dengan first aid box digenggam kemas.

"Oh My God Dyana"

Amyra terus melutut di sebelah Dyana dengan tangannya yang masih berdarah.

"Apa yang dah jadi ni Yana?" Soal Amyra.

"Bising la kau ni" kata Dyana malas mahu menjawab soalan daripada kawannya itu.

Amyra segera membuang serpihan kaca yang masuk ke dalam kulit lalu membersihkannya.

"Ni semua kerja gila" luah Amyra sambil melihat cermin yang sudah retak itu lalu terus di masukkan ke dalam tong sampah untuk menghapuskan bukti.

Tangan Dyana dibalut kemas dengan bandage.

"Cuba bagitahu dekat apa yang dah jadi sebenarnya" desak Amyra.

"I will tell you but not now" balas Dyana lalu mengambil blazernya. Amyra sedikit mengeluh. Tetapi dia tahu Dyana seorang yang akan melakukan sesuatu perkara dengan serious.

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now