HVSVH 26

19K 1.2K 36
                                    

Tak

Hafiey berhenti mengelamun sebaik sahaja seseorang meletakkan tin minuman di atas meja kayu di hadapannya.

"Kau buat apa dekat sini sorang-sorang?" Soal Amyra.

Mereka berdua berada di rooftop dorm.

"Saja tengok bintang" balas Hafiey.

"Kau pun tak nak bagitahu aku juga ke?" Soalnya.

Hafiey memandang wajah gadis itu.

"Bagitahu apa?" Soal Hafiey.

"Antara kau dengan Yana" kata Amyra.

"Apa yang kau nak tahu?" Soal Hafiey.

"Semuanya. Kau tahukan yang Yana in-" kata-katanya terhentj sampai di situ sahaja.

"In apa Myra?" Soal Hafiey mendatar.

"Aku nak tanya kau. Kenapa dengan tangan Yana pagi tadi?" Tambahnya.

Amyra cuba mengelak sedaya updayanya.

"Aku tak tahu" balasnya tenang.

"Tipu" ujar Hafiey.

"Aku masuk dulu" pamit Amyra. Dia tidak mahu lagi disoal oleh Hafiey.

'I'm sorry but i can't tell you'

Sewaktu lif berhenti di tingkat itu, dia terserempak dengan Farhan.

"Masuk" arah Farhan.

Amyra akur kerana jejaka itu tidak mempunyai tanda ingin keluar.

"Aku nak suruh kau pujuk Yana suruh balik rumah parent dia" kata Farhan perlahan.

Amyra menjauh.

"Kenapa aku?" Soalnya.

"Kau akan tahu tak lama lagi"

Ting

"Wait" Amyra bertindak menahan lengan Farhan sebaik sahaja lif itu berhenti.

"Kenapa korang tinggalkan aku dengan tanda tanya? Apa yang jadi sebenarnya? Answer me Tengku Farhan Taufiq" luah Amyra.

Lif itu sudah berhenti tetapi pintu masih belum terbuka.

"Argh"

Tiba-tiba sahaja lif itu bergegar.

"Don't move" kata Farhan.

Sekali lagi lif itu seperti mahu jatuh.

Farhan menarik Amyra ke dakapannya sambil sebelah tangannya melindungi kepala gadis itu.

Lif itu berhenti bergerak.

Farhan menekan emergency button.

Lampu di dalam lif itu terpadam.
Seluruh bangunan menjadi gelap.

Dyana yang sedang menyiapkan laporannya juga terhenti.

Kebetulan Ainna dan Hanis yang ingin keluar dari bilik mereka juga berhenti.

Hafiey yang berada di hadapan lif memandang pelik anak panah lif yang sekejap menyala sekejap tidak bernyala.

Dia terus mengeluarkan telefonnya.

"Apa yang dah jadi?"

"Kau dekat mana Fiey?"

"Rooftop. Satu dorm gelap ni. Kau dekat mana?"

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now