HVSVH 34

16.1K 1K 10
                                    

Dyana kaku di tempat dia berdiri.

Ira yang baru diselamatkan oleh Hafiey sudah pengsan akibat terkejut.

Manakala Daini melihat tangannya. Dynamite berlari mendapatkan Hafiey yang sudah terbaring di atas lantai.

Pelajar di luar ada yang memanggil cikgu dan  ada juga yang menelefon ambulans.

"Hafiey. Hafiey kau dengar tak aku panggil nama kau ni" seru Farhan sambil memangku kepala Hafiey.

Putra mengeluarkan sapu tangannya lalu menahan aliran darah yang keluar dari bahagian tikaman pada abdomen Hafiey.

Ainna dan Hanis membantu Ira yang sudah tidak sedarkan diri.

Tang

Daini menjatuhkan pisau yang berada dipegangannya. Dia seolah-olah tidak mampu menerima realiti bahawa dia telah menikam Hafiey.

Tangannya penuh dengan darah.
"Tak. Tak bukan tangan aku yang buat. Tak aku tak buat" katanya lalu berundur ke belakang.

"YAH DAINI" Amyra menahan Daini dari cuba terjun melalui tingkap yang terbuka.

Beberapa saat ketika bunyi siren ambulans kedengaran.

Semua pelajar memberi ruang untuk paramedik membawa Hafiey dan Ira ke hospital.

"Dyana ikutlah" arah Farhan.

Muka Dyana masih lagi tiada riak.

"Dyana nak ikut tak?" Soal Aqif.

Tanpa menunggu jawapan daripada gadis itu, Aqif terus menarik Dyana untuk masuk ke dalam ambulans.

Manakala Putra dan Farhan akan menyelesaikan masalah di sekolah untuk menguruskan Daini yang sudah dibawa ke war room.

Ibu bapanya juga sudah dipanggil oleh pengetua.

War room

Amyra memandang Daini yang dari tadi hanya menunduk.

"Benda dah jadi. Tak guna kau nak menyesal pun" kata Amyra.

"Ak-Aku tak sengaja" tuturnya takut-takut.

"Kau ingat Dyana nak lepaskan kau ke? Ni melibatkan nyawa kau tahu tak?" Kata Amyra.

Bum

Pintu dihempas sebaik sahaja Putra masuk ke dalam.

Farhan mengambil tempatnya lalu mengurut dahinya.

"Kita tunggu dulu keadaan Hafiey and Ira dari hospital. Then suruh pengetua decide bila parent budak ni dah sampai nanti" kata Putra.

Daini tidak mampu lagi untuk bersuara.

"Kau tu pun lain kali bertindak fikir dulu. Bukannya ikutkan sangat perasaan kau. Kalau apa-apa berlaku dekat Hafiey sampai mati pun aku takkan maafkan kau. Silap-silap kau yang aku bunuh" tutur Putra.

Farhan memegang bahu Putra lalu mengisyaratkan kawannya untuk duduk.

HealthCare Medical Center

Ira yang berada di wad kecemasan sudah sedarkan diri dan ditemani oleh Hanis dan Ainna.

"Hafiey mana?" Soalnya sebaik sahaja membuka mata.

Hanis menolak bahu Ainna. Ainna selangkah ke hadapan akibat daya yang dikenakan kepadanya oleh Hanis.

"Kenapa aku?" Bisiknya perlahan.

"Bagitahu je la dia" arah Hanis lalu menunjukkan ke arah Ira mengunakan matanya.

"Hafiey still dalam surgery room" kata Ainna.

"What?" Ira terkejut. Dia terus menolak selimutnya ke tepi.

Jarum IV juga dicabut dan berlari keluar.

"Weyh weyh" panggil Ainna.

Mereka berdua terus mengekori Ira yang berlari ke surgery room.
Manakala di situ, Dyana dan Aqif masih menunggu doktor yang merawat Hafiey keluar.

"Yana are you okay?" Soal Aqif.

Dyana memandang Aqif.

"Yea not sure" kata Dyana.

"Hafiey"

Mereka berdua berpaling melihat pemilik suara itu.

Terus air muka Aqif berubah.

"Macam mana dengan Fiey?" Soalnya dengan mata yang berair.

Dyana memandang ke arah Ira lalu melihat kawannya yang baru tiba.

"I think i should go back to school. Maybe they need me more there" ujar Dyana.

"Hah"

Aqif memandang ke arah Dyana.

"Oh yea if you say so. Here my car key" kata Aqif lalu menghulurkan kunci keretanya kepada Dyana.

"Both of you can stay here" kata Dyana kepada Ainna dan Hanis lalu meninggalkan tempat itu dan menuju ke kereta Aqif.

Aqif menarik Ira jauh daripada Ainna dan Hanis.

"Aku rasa kau tak patut ada dekat sini" tutur Aqif perlahan supaya tidak didengari oleh Ainna dan Hanis.

"Ta-Tapi"

"Kejap lagi uncle dengan aunty datang. Apa reaction diaorang kalau dapat tahu Hafiey kena tikam sebab selamatkan kau. Orang yang pernah hancurkan hati anak diaorang" kata Aqif tegas.

Dia memang tidak senang duduk apabila Ira tiba-tiba muncul di situ. Nanti apa kata keluarga Hafiey. Sudahlah Dyana tiada di situ. 

Ira menunduk.

"Kau patut balik. Aku dah call your parent" kata Aqif lalu meninggalkan dia berseorangan di koridor itu.

Ira terduduk bersama air matanya.

'Ya aku tak patut ada dekat sini. Hafiey bukan suka aku pun. Dia buat semua ni disebabkan simpati je. Dyana lebih layak untuk dia berbanding aku'

Di koridor yang sepi itu tangisannya mula kedengaran.

"Mana Ira?" Soal Ainna.

"Dia kata dia penat. So dia nak balik" tipu Aqif.

"Ouh"

Ira menunggu keluarganya di hadapan pintu masuk utama.

Hujan yang turun seperti memahami dirinya yang dilanda kesedihan itu.

Air matanya dikesat menggunakan tangan.

'Selamat tinggal Tengku Hafiey'

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now