HVSVH 33

17K 1K 33
                                    

6:30 A.M

Seawal jam itu, semua Ahli JawatanKuasa Tertinggi badan pengawas sudah berada di bilik pengawas bagi menyemak semua dokumen disiplin kerana pada sebelah petang nanti ada pemantau yang akan datang melawat sekolah.

Bilik itu senyap dan hanya kedengaran bunyi dari pendingin hawa sahaja.

Helaian demi helaian. Dokumen demi dokumen.

Hafiey meregangkan ototnya.

"Aku nak pergi cafe la" kata Farhan lalu bangun dan mengambil wallet-nya.

"Nak ikut tak?" Soalnya kepada yang lain.

Dyana mengurut tekuknya.

Masing-masing sudah penat.

Hafiey berdiri.

"Jom ah" ajaknya.

Mereka berdua berlalu ke cafeteria.

"Penat la. Naik buta mata aku macam ni" ujar Ainna.

"Alah pengetua tu dan-dan last minute inform kita. Habis bergegar dorm pagi tadi. Aku rasa orang yang tidur tu semua jatuh katil" balas Hanis.

Amyra masih tekun menyemak fail-fail di hadapannya.

Putra dan Aqif hanya menutup mulut mereka.

Dyana melihat jam pada skrin telefon pintarnya.

"Ada lagi sejam before meeting. Kalau korang nak makan ke pergi la" kata Dyana kepada mereka.

Satu dokumen dicapai lalu berdiri.

"Kau nak pergi mana?" Soal Amyra.

"Pergi letak ni atas meja PK 1" ujar Dyana sambil mengangkat fail itu.

"Ok" balas Amyra.

Dyana mengambil blazer-nya lalu keluar dari bilik itu.

Langkahnya diatur ke bangunan pentadbir. Jam sudah menunjukkan pukul 7 pagi tepat.
Beberapa pelajar mula kelihatan memasukki kawasan sekolah.

"Dyana"

Gadis itu berhenti melangkah saat dia berjalan di laluan yang memisahkan bangunan sekolah dan bangunan pentadbir.

Dia berpaling.

"Ira?" Tuturnya perlahan.

"Sebenarnya saya-"

"Actually kau nak terangkan apa dekat aku? About your past relationship with Fiey or what?" Potong Dyana.

Ira mengeluh.

"Yes" balasnya sepatah.

"Sorry Ira but i'm really busy today. Maybe next time" kata Dyana dan ingin meneruskan langkahnya.

Tiba-tiba tangannya dipegang.

"I just want to say. Jangan benci Hafiey. It's my fault actually" tuturnya.

Dyana hanya tersenyum pendek dan berlalu pergi.

"Dyana" panggil seseorang saat dia keluar dari bilik PK 1.

Datang seorang pengawas yang sebaya dengannya.

"Yes" jawabnya.

"You have to follow me" katanya.

"What's wrong Fiqah?" Soal Dyana serentak itu Fiqah menarik lengan Dyana agar mengikutnya.

Dari bangunan pentadbir mereka kini menuju ke bangunan sekolah.

"Wait kenapa nak kena pergi kelas?" Soal Dyana pelik.

Dahi Fiqah sudah dibasahi dengan peluh yang menitik.

"Weyh asal ni?" Soal Dyana lagi.

Namun masih tiada jawapan dari anak buahnya itu.

"Look"

Mereka berhenti di hadapan kelas.

Dyana kaku. Telefon yang dipegangnya juga terlepas dari pegangannya dan jatuh ke lantai.
"Daini drop the knife" suara Hafiey kedengaran.

Kelihatan Daini seperti hilang kewarasannya. Ira menjadi tahanannya. Pisau itu tepat ditalakan ke arah leher Ira.

"Opss Dyana is here" ujarnya saat melihat Dyana di hadapan pintu kelas.

"Yang lain keluar kelas sekarang" arah Farhan.

Dynamite dan Amyra, Hanis dan Ainna semua berada di situ.

Manakala pelajar di dalam kelas itu diarahkan keluar. Pintu kelas ditutup.

Semua pelajar hanya melihat dari cermin tingkap kelas dan pintu lut sinar itu.

Ira sudah menangis ketakutan.

"Kan senang kerja aku kalau kau tak datang balik. But why?" Jeritnya di tepi telinga Ira.

"I'm sorry. Re-really s-sorry" tuturnya dalam tangisan.

"See Dyana after aku settlekan this girl lepas ni kau pula. Then peluang untuk aku bersama dengan Hafiey sangat cerah" tuturnya.

Dyana melangkah ke hadapan perlahan-lahan.

"Jangan jadi bodoh la Daini" kata Hafiey.

"Aku takkan jadi macam ni kalau kau pilih aku lepas Ira tinggalkan kau"

"Daini aku tak sangka kau sebodoh ni. Kau tak sedar ke ramai lagi lelaki lain yang pandang kau" ujar Dyana setelah lama mendiam.

"Kenapa tak kau je yang buat macam tu? Ramai je lelaki dekat dalam sekolah ni yang nak kau. Tetapi kenapa Hafiey" jeritnya marah.

"Masalahnya aku dengan dia tak ada apa-apa. So kau kenapa gila? Buta?" Balas Dyana geram.

Tak pasal-pasal dia sekali ikut naik hantu.

Hanis dan Ainna terkebil-kebil.

Sewaktu Daini memberi tumpuannya kepada Dyana, Hafiey menyuruh Ira perlahan-lahan melarikan diri.

"Baik kau cermin diri kau dulu" kata Dyana.

"Kau suruh aku cermin diri aku? Why should I? Kau tu yang perampas" tutur Daini.

Pisau pada leher Ira makin menjauh.

"Now" jerit Hafiey perlahan.

Serentak itu, Daini baru tersedar mengenai perbuatannya.

"Watch out" Hafiey menolak Ira ke tepi.

"HAFIEY" jerit yang lain.

Dyana kaku.

TBC

Headprefect VS Vice Headprefect✔Where stories live. Discover now