BAB 23

1K 60 35
                                    

Ustaz Bahar membaca beberapa potong ayat suci al Quran dan melaungkan azan.. Setelah selesai dia membacakan ayat qursi berserta 3 kul..

"dengan Nama Allah yang maha besar lagi maha berkuasa aku panggil kau syaitan berdepan dengan aku.. Pulangkan anak cucu adam yang kau ambik wahai Syaitan laknatullah" kata Ustaz Bahar kemudian menadah tangan dan membaca beberapa doa dan menghembuskan ke seluruh kawasan.

Tanah seolah-olah bergegar sehinggakan semua penghuni sekolah yang berada berdekatan asrama itu huyung hayang kedudukannya. Namun Ustaz Bahar tetap saja Bersikap tenang seolah tiada apa yang berlaku pada dirinya..

Ustaz Bahar meminta tolong kepada Zul dan juga Ilias serta semua form five serta form six untuk berada berdekatannya dan melaungkan azan kerana Iblis kali ini sangat lah liat..

Setelah sejam berlalu tanah yang berdekatan dengan Mereka kelihatan merekah seolah ada yang ingin keluar daripada tanah tersebut.

Tidak lama kemudian keluar lah seekor makhlul bertanduk berbulu hitam yang sangat besar.. Dan mereka kelihatan terkejut kerana Elman muncul bersama makhluk tersebut.. Tapi mereka tahu itu bukan Elman tetapi Elman yang telah dirasul oleh makhluk laknat itu.

"Apa yang kau mahu wahai makhlul terlaknat. Mengapa kau mengganggu anak cucy adam ini" Kata ustaz Bahar dengan tenang.

"itu bukan urusanmu wahai manusia.. Anak ini dah menjadi sekutuku dan dia yang memilih untuk bersamaku hahahahaha" ujar makhluk tersebut.

"kau jangan fikir aku bodoh wahai syaitan. Lepaskan anak itu.  Dia tidak ingin mengikutmu melainkan kau yang memaksanya.." kata Ustaz Bahar lagi.

"tidak. Aku tidak akan lepaskan budak ini wahai manusia. Kau hanya manusia yang lemah. Kau tiada daya untuk melawanku. Sesungguhnya aku lah yang berkuasa dari mu wahai manusia hahahahahahahahahahaha"

"hahahahahahahahah"

"hahahahahahahahahah"

bergegar tanah itu dengan ilaian tawa sang durjana itu. Tawa yang muncul dari 'Elman' itu Seolah-olah ramai yang sedang berkumpul dibadannya itu..

"ye mungkin aku cuma manusia biasa tapi percayalah tiada kuasa yang lagi hebat melainkan kuasa Allah. Kau tu yang lemah wahai syaitan laknat. Lebih kau keluar daripada badan budak itu dengan cara baik atau aku menggunakan cara yang lagi kasar untuk menghalau kau keluar wahai sang durjana" Balas Ustaz Bahar dengan tenang.

Syaitan tersebut berasa tercabar dengan kata-kata Ustaz Bahar lalu mengambil langkah untuk menyerang Ustaz Bahar..

Ustaz Bahar sempat mengelak dan membaca tiga kali Ayat kursi serta tiga kul sebagai pelindung diri. Ketika Syaitan yang merasuk Elman itu hendak menyerang kali kedua tetiba dia terpelanting seperti ada dinding yang menghalangnya untuk mendekati Ustaz Bahar..

Ustaz Bahar membuka kekudanya. kemudian dia mengambil kain yang tersangkut di bahunya itu. sambil membaca ayat suci alquran dia mendekati Elman dan kemudian melibas Elman dengan kain itu. Menggelupur Elman seperti dia terbakar dengan ayat itu. Ustaz Bahar menyambung membaca lagi kalimah Allah yang maha esa itu kemudia melibasnya sekali lagi ke badan Elman. Elman yang menggelupur semakin kuat Menggelupur kerana kesakitan yang tidak tertahan. Badannya seolah terbakar. Sakitnya tidak terperi.

"sekarang kau keluar atau aku akan paksa kau keluar.." kata Ustaz Bahar..

"baik lah aku keluar. Jangan seksa aku lagi.." ujar si durjana itu.

"aku nak kau keluar ikut ibu jari kaki. Aku akan buka tapaknya" selepaa berkata Ustaz Bahar membuka tapak dan menyuruh si durjana itu keluar.. Selepas Itu menggeletar badan Elman sebelum tidak sedarkan diri.

Semua malafazkan syukur namun Usraz Bahar merasa tidak Sedap hati. Serasanya masih ada yang menghuni badan Elman. Kemudian dia membaca beberapa surah dan menghembuskan kepada Elman. Bergegar badan Elman sebelum berdiri tegak dengan muka separuh buruk dan mata yang berwarna merah. Semua penghuni sekolah itu terkejut. Tidak di sangka rupanya mereka tertipu oleh permainan syaitan.

"owh kau masih lagi ada ya. Aku nak semua sekali keluar dari badan budak ini" Laung Ustaz bahar.

"Bodoh kau wahai manusia. Aku tidak takut sama kau. Kau bukan lawan aku. Dan aku juga tidak akan menurut kata manusia seperti kau hahahahah" kata si durjana itu. Kemudiannya dia meniupkan seluruh kawasan dan tiupan itu menjadikan keadaan huru hara. Ada yang pengsan kerana lemah semangat. Ustaz Bahar meminta zul serta yang lain untuk memulihkan semangat rakan mereka manakal dia berhadapan dengan iblis laknatullah ni..

Ustaz Bahar kemudiannya menyuruh seluruh warga sekolah untuk membaca surah yassiin dan kemudiannya berzikir. Dia menyuruh agar semua nya letakkan hati masing-masing kepada Allah sahaja.. Sambil itu dia cuba melawan si Laknat ini..

"kau degil ya.. Baik lah aku akan halau kau secara paksa. " sejurus berkata terus Ustaz Bahar melaungkan azan.

Menggelupur Elman menahan sakit yang teramat. Dia cuba untuk bangun dan menyerang namun laungan tersebut mematahkan pergerakannya.. Dia terus mencuba namun tidak berjaya seolah-olah pergerakannya terkunci..

Ustaz Bahar terus melaungkan azan sehingga habis. kemudian dia membaca ayat kursi berserta tiga kul dan menghembuskan kepada Elman. Kali ini lebih kuat Elman menggelupur.. Namun syaitan tersebut tetap tidak mahu keluar. Ustaz Bahar tahu bahawa lawan dia kali ni agak liat dan agak kuat.. Namun dia akan cuba yang terbaik untuk menyelamatkan anak cucu adam itu..

...................................

























Hai semua sory sis buat korabg tertunggu. Sis takda masa sibuk nge kerja. Lepas ni bila dah sambung belajar lagi sia sibuk tau.. So hope korang enjoy k. Sis akan cuba untuk habiskan Aspura ni dala masa terdekat ni.. keep reading n vote n komen tau..

ASPURAWhere stories live. Discover now