BAB 15

1.1K 66 0
                                    

ERMMM bosan lah pulak dalam kelas ni. Cikgu tak masuk pun dari tadi buat aku rasa kebosanan yang teramat sangat. Aku lihat kebanyakan pelajar dah tidur. Aishh biar betul diorang ni datang ke sekolah nak tidur ke apa. Sebenarnya aku tengah terfikir ni dalam sekolah ni ada berapa banyak hantu ah??

"ada banyak Elman. Tak kira di mana pun mahkluk macam kami memang banyak malah mungkin lebih banyak dari kamu yang manusia Elman. hehehehe"

"OH MAK KAU KAHWIN LIMA" aishh terkejut aku dengan kehadiran Nayla ni. Tak pasal aku termelatah. Aduh malunya. Dan yang aku paling malu sebab aku melatah tadi semua yang tidur bangun dan melihat ke arah aku. Aku berpaling pada Nayla dan dia tersengih sinis saja. Kurang ajar betul lah.

"oi El kau kenapa melatah tiba-tiba" ujar Ariz di sebelahku.

"aahhh ta..takde pape. Sory pen aku jatuh tadi tu aku terlatah tu. hehehe sory" aku hanya mampu menjawab sambil tersenyum malu. Lepas tu si Ariz tu boleh sambung tidur balik.

"heheh Elman, mak saya tak kahwin lima lah. hahahaha maaf kerana terkejutkan awak." kaya Nayla

"ermm Nayla ermm kita jumpa nanti lah sebab saya tak selesa lah kalau nak cakap dalam kelas ni. Saya takut orang kata saya gila" jawab ku berbisik

"baiklah, saya pergi dulu ye" kata Nayla sebelum hilang dalam kepulan asap itu..

Aduh lah kenapa aku kena hadapi semua tu. Aku takut. Abang Ilias cakap jangan kawan dengan diorang tapi macam mana aku nak elak dari diorang kalau diorang yang datang cari aku. Aishh takkan cikgu ni taknak masuk sampai habis waktu kot. Bosan betul lah sekolah ni.

.........................

"Masuk sekejap" suruh Iskandar kepada Ilias.

"ye cikgu" ujar Ilias

"boleh awak tolong tengokkan Elman. Kalau boleh jangan sampai roh Nayla atau roh sesiapapun dekati dia. Adik saya tu memang lemah semangat jadi saya takut benda yang macam tu semakin ingin mendekati dia. boleh awak tolong tengok-tengokkan dia." kata Iskandar.

"Mestilah boleh. Saya dah anggap Elman tu macam adik saya. Saya akan jaga dia macam saya jaga diri saya cikgu." ujar Ilias pula

"ermm kalau macam tu terima kasih ye Ilias. Saya bergantung harap pada awak je Ilias. okeylah awak boleh pergi sekarang" ujar Iskandar.

"baiklah cikgu" ujar Ilias dan berlalu pergi.

"ermm aku harap kau tak ganggu adik aku Nayla. Aku akan jaga keluarga aku. Kalau lah papa tak buat semua ni dulu pasti si Nayla tu takkan target keluarga kita. Apa nak buat ermmm Nasi sudah pun menjadi bubur" ujar iskandar perlahan dan melepaskan keluhan kecil.

.......................

"El cepatlah aku dah lapar ni. kau taknak makan ke" ujar Ariz.

aku pun mempercepatkan langkah dan mengikuti semua ahli dorm aku tu. kami makan dengan lahapnya.Selesai makan semua kami membersihkan diri. Selepas itu kami menunaikan solat asar berjemaah dan selepas siap kami turun ke padang untuk panaskan badan. Well biasalah kaum lelaki kan. Ada juga perempuan yang panaskan badan tapi aku tak layan lah aku cuma ikut kawan aku main takraw je. hahaha tak minat hoki beb.

Tengah aku main tu. ada seorang perempuan memanggil aku.

"ahh apahal ni suria" tegur ku

"nah ni si Eira bagi" ujar Suria budak palimg cute dalam kelas aku tetapi boleh tahan ganaslah.

"owh thanks tau. bagitahu Eira tak perlu susah pun."ujar aku pulak. Si Eira ni budak paling pemalu dalam kelas aku tapi mulut dia boleh tahan bisa jugak macam si Suria ni

"Weh dah orang bagi tu ambik je lah..Hak eleh buat jual mahal pulak. Mujur dia bagi coklat kalau aku ermm memang aku bagi racun je kat kau. hahahahaha" see kan aku dah kata mulut dia boleh tahan bisa. Ada ke patut nak bagi aku racun. Sesuai dengam panggilan dia Ratu ular.

"thanks tau" balasku

"orait" katanya kemudian berlalu dari situ.

...............

Di satu sudut yang lain Nayla memerhati kan mereka dengan wajah yang menyeringai.

"hahaha Eira ya. Kau takkan dapat Elman.. Tunggu lah kau"  ujar Nayla sambil menyeringai ke arah Elman dan sekumpulan gadis.. Dia memerhatikan gadis yang pakai tudung ungu itu yang duduk sebelah gadis pakai tudung hijau yang beri Elman coklat tadi.

"aku akan bunuh kau Eira"

..................
























ermm apa pulak kaitan keluarga Elman dengan Nayla ni? ermm adakah Eira akan mati? apa akan jadi nanti.. tunggu next bab k.

ASPURAWhere stories live. Discover now