BAB 19

1K 53 0
                                    

NAYLA...

manusia memang pelik. Aku tak ingin pun ganggu kau Elman tapi terpaksa sebab ayah yang kau sangka baik tu adalah syaitan yang paling besar di sekolah ini dulu.

"sudah lah Nay. Apa kata kau guna kan saja Elman. Aku yakin tiada bapa yang mahu anaknya Menderita.." kata Mawar

"sudah pasti aku akan gunakan Elman. Tubuhnya akan kujadikan tempat peliharaan diriku dan anak-anakku. HAHAHAHAHA aku sudah lama mengidamkan tubuh manusia. Disebabkan Elman manusia yang lemah sudah pasti memudahkan kerjaku mempengaruhi tubuh badanya." bisikkan Nayla bergema.

"dimana ia bermula di situ ia berakhirkan Nay" kata Khalil punya denga menyingai.

"sudah tentu. dendam akan terbalas..... dan Elman kau milikku hahahahaaha" ketawa nayla bergema..

.............................
ELMAN.....

"DENDAM AKAN TERBALAS... KAU MILIKKU......"

"ARHHH TIDAK" aku terkejut dari lena ku.
perghh ah mimpi tadi. Asal tiba-tiba aku dapat mimpi macam tu. Suara siapa tu dan kenapa dia cakap 'dendam akan terbalas.. Kau milikku'
apa maksud dia dendam tu. Adakah Nayla yang berdendam dengan papa dan sekarang dia nak balas dendam pada papa melalui aku. Tak mungkin. Nayla terlampau baik dengan aku takkan lah boleh nak balas dendam kat aku kot... Baik aku sambung tidur je dulu..

..............

Pagi tu sepertu biasa aku belajar di kelas. Ari ni Subjek Akaun.. Ermm aku ni dah lah low Akaun. Dengar cikgu sebut pun dah bosan dah. Baki kira-kira lah. Aset lah hutang piutang lah. Aduh lah macam ni lah bila belajar akaun. memang bisnes habis beb. Aku minat seni. Aku suka melukis tau. Tapi nak buat camne tak dapat nak cakap apa sebab kelas aku ni tak ambik seni.. Entah pape tah..

"weh asal kau ni termenung je.. Kau ni asal kelas Akaun je termenung jauh. Asal beb" tanya Ariz

"Aku tak tahu lah. sebenarnya aku nak cerita kat kau something tapi aku takut kau tak percaya aku je" kekadang pendam ni menyakitkan. Lebih luahkan je.

"cerita je lah. kita dah kawan lama dah tau. Ni dah bulan lima dah ni. Takkan lah aku tak percayakan cerita kau pulak" kata Ariz lagi.

"bukan sekarang lah. Ermm malam ni tau waktu study nanti eh" kata ku pulak.

"okeylah.. Kau boleh letak kepercayaan kat aku. jangan risau" katanya.

Ermm mungkin betul apa kata dia. aku boleh letak kepercayaan kat dia. Okey jom fokus semua..

...............

Waktu rehat ermm boleh lah kata waktu yang membosan kan jugak. Entah aku pun tak tahu.. Tapi yang pasti bosan. ye lah lepas makan kenyang lepas tu mula lah malas nak belajar.. Okey fine tu alasan je... hahahahahaha.

"woi makan tak ajak" tegur azham dan sarif..

ek eleh macam lah dia tak boleh pergi sendiri sampai nak ajak makan. Ingat dia tu anak menteri anak sultan nak tunggu bentang karpet merah baru nak persilakan.

"dah duduk lah. kau nak tunggu aku bentang karpet merah dulu ke baru nak duduk" kata ku dalam perlian

"oi memerli nampak. Kau nak kena makan dengan aku ke.. Aku lapar ni kan aku ngat kau kan." kata Sarif sambil menggigit bibir nya. Ishh geli aku. ingat aku gay ke apa. bodoh betul...

"Bodoh lah kau ni" kata aku dan mereka semua ketawa. Tak guna punya kawan.

"El apasal makanan aku ni tawar eh" ujar Sarif lagi

aku yang kebingungan ni pun menjawab

"dah tu kenapa tak tukar je mybe ada yang terlupa diorang buat kot tu jadi ke tawar tu.." kata ku

"bukan lah El. Kalau kau nak tahu sebab kau dah sedut manisnya.. Tengok kau je dah boleh buat aku kencing manis tau." kata sarif lagi

"Cia cia cia cia" ujar serentak Ariz,Zahim dan Azham.. Dan mereka pun ketawa. Tarak guna punya kawan

"kau ni bengong ah. Dah lah malas aku layan kau. ni aku nak pergi beli air ni. Kau nak air tak.." kata aku.

"ermm boleh jugak.. ai love u boleh" kata Sarif lagi. Dah pehal mamat ni buat jiwang ni. Geli tekak aku weh..

Aku dengan malas layannya bangun. Aku beli je lah air apa pun. Tak pun air longkang tu bagi si sarif minum biar betul sikit urat Saraf kepala dia tu.. Aku melihat mereka ketawa dengan galaknya.Amboi sedap ye kau orang gelakkan aku ye.. Takpe tunggu lah hari kau nanti

...............

Lepas makan kami memulakan sesi pembelajaran macam biasa.

Ermm malam ni nak cerita kat Ariz pulak. Harap-harap lah dia akan percaya kan aku

..........................

Di satu sudut Nayla hanya tersenyum sinis melihat Elman

"gembira lah dulu Elman. Bila cukup sepurnama nanti kau tak akan boleh ketawa lagi.. Badan kau akan jadi milik aku dan tempat untuk anakku membiak.. HAHAHAHAHAHAH" tutur Nayla bersama hilaian dan kemudian hilang seperti kepulan asap...

............................












ASPURAWhere stories live. Discover now