BAB 14

1.1K 72 0
                                    

SUASANA di dalam surau kelihatan tenang dan damai malah ada jugak yang menangis mungkin akibat penangan ceramah daripada Abang Zul kot senior form six.

Gila tak sedih kalau ceramah dia berkenaan kematian kot.. Dan yang paling penting dia ada ceramah pasal bunuh diri pulak yang membuatkan aku teringat dekat cerita Nayla tentang Laili tu.. Ermm aku rasa macam kena pulak cerita abang Zul dengan apa yang aku fikir kan ni.. Tapi setakat ni aku baru jumpa roh Nayla,Mawar dan Khalil. Tak jumpa pun lagi roh Laili. Shit kenapa aku nak sangat jumpa roh Laili ni. dan aku dapat rasakan yang bunuh Laili tu Lisa iaitu perempuan yang membuli dia tu..

Tengah aku termenung memikirkan Laili tiba-tiba berlaku histeria dalam surau ni. Aku terperanjat sebab bila aku pusing ke belakang aku terlihat 5 orang pelajar perempuan terapung ke udara manakala pelajar perempuan yanh lain menjerit histeria. Masalahnya ada juga pelajar lelaki yang menjerit histeria. Oh damn aku betul-betul rasa ketakutan dah menyelubungi aku ni..

Dengan tiba-tiba pelajar perempuan yang terapung tu datang ke arah abang Zul dan menjerit marah. mungkin sebab alunan suci kalimah al quran yang dibaca oleh abang zul.

"berhentilah bodoh. panas kau tau tak.. Kau ingat kau hebat sangat hahahahaha"

hilaian tawa dan suara garau tu memeranjatkan aku. Sumpah aku rasa sekarang ni aku rasa macam mimpi ngeri.. Tetiba terasa ada tangan mendakap aku. aku berpaling dan aku melihat abang Ilias sedang mendakap aku sambil membaca kalimah suci Al quran dan menghembus ke telinga aku. Mungkin untuk memberi aku semangat agar aku tidak menjadi lemah di saat ini. Aku melihat abang Is jugak membantu abang Zul melawan 5 ekor jembalang yang merasuk tubuh 5 orang pelajar perempuan itu.

"kau keluar dari badan budak tu. jangan kau ganggu anak cucu adam lagi.. lebih baik kau keluar sebelum aku guna cara kasar" kata Abang Zul tegas

"kalau aku taknak kau bukan boleh buat apa pun.. hahahaha kalau kau berani aku akan pastikan kematian perempuan ni depan mata kau hahaha"
kata perempuan yang kerasukan itu.
selepas itu perempuan yang terapung itu membuat bulatan di keliling abang Zul dan mereka menyerang secara serentak. Sampai tercampak abang Zul dibuat nya.

"kau main kasar ye. Kau tunggu" kata Abang Zul tegas. Dia memejamkan matanya dengan mulut terkumat kamit membaca ayat suci alquran. dan selepas itu dia membuka mata dan melibas perempuan yang berada di tengah antara 5 orang itu. selepas itu Kesemua orang perempuan itu tercampak. Abang Zul terus melibas dan memaksa syaitan itu keluar. Akhirnya kelima mereka pun terus tidak sedarkan diri. Abang Zul terus meminta budak lelaki lain untuk mengusung perempuan itu ke tempat berlainan dan disuruh mengazankan setiap seorang. lepas itu abang Zul memberi air yang telah dibaca Ayat Alqura untuk diminum oleh pelajar lima orang itu dan juga pelajar lain yang histeria untuk menaikkan semangat mereka kembali.

Masa 'benda' tu keluar tadi aku dapat lihat kepulan asap tapi yang mengejutkan aku seperti terlihat Mawar disebalik kepulan asap tersebut. Adakah Mawar yang merasuk budak tadi. Abang Zul menyuruh kami yang masih dikira selamat ni naik ke dorm dan tidur kecuali beberapa orang untuk menolong nya. Abang Ilias mengajak aku ke dorm. aku hanya mengikut sahaja. Sumpah ini lah perkara paling teruk yang pernah aku alami. dan kali ni kekacauan yang paling teruk selama aku berada di asrama ni. Sumpah aku takut. Aku dibaringkan abang Ilias di atas katil ku dan dia mengalunkan zikir. Aku yang menggigil ketakutan sedikit sebanyak merasa tenang dengar alunan zikir itu. Aku harap ini cuma mimpi dan bila aku bangun bemda seperti ini tidak berlaku lagi. Akhirnya aku terlelap.

........................

Di suatu sudut kelihatan 3 roh yang ketawa keseronokan.

"hehehe berjaya jugak aku biat huru hara malam ni Nayla. Aku rasa gembira melihat ketakutan mereka" kata Mawar sambil menyeringai

"betul tu Mawar. Aku juga gembira melihat kekacauan tadi. Mereka ingat mereka mampu lawan kita. hahahaha Tunggu lah nanti kita akan buat lebih teruk dari itu" Kata Khalil pula sambil matanya bertukar kemerahan.

" tapi hati-hati korang kerana aku rasa Zul itu akan terus mengganggu kerja kita. sekarang kita ada tiga pengganggu. siap lah mereka yang mengganggu.." balas Nayla menyeringai. Mereka bertiga terus mengilai dengan tawa yang menakutkan.

"tunggu Elman aku akan gunakan kau untuk hapuskan Ilias dulu. hahahahahaha" kata Nayla lagi. kemudian mereka bertiga bertukar kepada rupa yang mengerikan dan lama kelamaan terus menghilang di sebalik kepulan asap itu....

..............











thank u for the readers yang sudi membaca hasil karya yang tak seberapa ni...

ASPURAUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum