BAB 21

973 60 0
                                    

"arghhhhh jangan kacau aku" bergema suara rasukan yang kedengaran..

serius aku berdebar.. Hari ni merupakan hari penentuan mungkim bagi segala-galanya. Hari ni boleh dikatakan semua guru,ibu bapa ada di sekolah ini.. kerana ini merupakan hari yang paling teruk juga kes kerasukan yang berlaku.

Di hadapanku kini terdapat dua orang perempuan yang dipegang erat oleh abang Zul dan abang Ilias. Semua senior form five and six bergabung tenaga kerana kali ini kes yang sangat teruk yang pernah berlaku selama aku bersekolah di sini.

Aku segera mendekati papa ku.

"pa El tau semua ni ada kaitan dengan papa jugak kan. Nayla tu kenal papa dan papa kenal Nayla kan." kataku

"El dengar sini sayang. Masa ni bukan masa yang sesuai untuk papa ceritakan semua tapi kalau El nak tahu Nayla tu bekas kekasih arwah kembar papa iaitu Saiful Dahlan.." jawab papa pula

Aik papa ada kembar kenapa aku tak tahu pun. aduh betul-betul memening kan lah.

"habis tu takkan Nayla tak tahu." kata ku lagi.
Tak sempat papa jawab kelihatan lembaga yang menyerupai Nayla. Ia betul itu Nayla.

Nayla,Mawar, Khalil dan juga Laili. Dan aku dapat lihat senyuman sinis daripada Nayla,Mawar dan Khalil tapi tidak pada Laili. Senyuman yang dapat ku lihat pada Laili satu senyuman yang sangat manis. Oh no takkan lah aku ni dah gila kot. aishh dia tu bukan manusia kot takkan lah aku fall in love kot. Aduh bodoh nye kau ni El.

"kami datang nak tuntut hak kami. Hai Eful. Berjumpa jugak kita ya.. Kau lupa pada aku ke Eful.. Aku perempuan yang pernah kau rogol dulu. Sampaikan anak ku dan juga aku kau tidak ingin bertanggungjawab. Sekarang sebagai ganti biarlah ku ambil anakmu hahahahahhaahah" sejurus berkata terus aku terdorong ke arah Nayla. Sangat pantas sehingga aku sendiri tidak sedar bila aku bergerak..

"Nay lepaskan anak aku. Bukan aku yang rogol kau tapi kembar aku. Tolong lah Nay lepas kan anak aku"  kata papa ku.

"tak usah kau menipu aku wahai Eful.. Hahahahaha anak kau akan menjadi milikku.. Aku ingin kau rasa bagaimana rasanya kehilangan"

" kau akan rasa kehilangan Wahai Eful. Ini lah akibatnya atas perbuatanmu.. hahahahahahahahaha. Hilang satu nyawa biar diganti satu nyawa" Tutur Nayla dan dapat ku lihat wajahnya dah bertukar menjadi seburuk-buruknya. Bau hanyir membuatkan aku rasa ingin muntah. Darah yang mengalir di sekelilingnya membuatkan aku rasa gerun. Gigi taring miliknya serta kukinya yang runcing mencengkam itu sangat mengeri dan menakutkanku. Aku pusing le belakang dan terlihat abang Ilias terkumat kamit membaca sesuatu. Entah kenapa aku berharap yang abang Ilias dapat menolongku sekarang. Dan aku terasa tekak ku meloya seolah ada sesuatu di perutku yang ingin memuntahkan sesuatu.. Dan aku pun memuntahkan segala isi yang tertahan tadi. Ku lihat muntah ku itu adalah darah bercampur paku serta dawai besi. Sumpah sakit...

"Nay jangan buat anakku begitu. Gantikan saja aku dengan dia" kata ayahku bercampur suara yang agak bergetar. Ku lihat ibu ku sudah menangis teresak-esak.

"aku tidak peduli. disebabkan kau penyebab aku menderita maka nyawa anakmu sebagai galang gantinya" ujar Nayla

"Nay yang salah itu kembar ku. Dia ingin meminta maaf tapi tidak sempat kerana arwah excident dan meninggal di tempat kejadian. Tolong lah Nay lepaskan anakku Nay" kata ayahku sedih.

Aku dah tak kuat. Pandanganku dah berpinar-pinar.

"HAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHA AKU TIDAK PEDULI EFUL. BIARLAH KU DAN KAWAN-KAWANKU MEMILIKI TUBUH INI. HAHAHAHAHAHAHAH. Ucapkan selamata tinggal pada keluargamu serta rakan-rakanmu wahai Elman sayang. Tubuh kau milikku dan rakan-rakanku serta anak-anakku.. hahahahahahahahahaha" kata nya lagi.

Lepas itu tiba-tiba mulut aku ternganga tanpa dipinta dan mataku mula terbeliak.. Aku dapat lihat berpusu-pusu lembaga hitam masuk ke dalam mulutku. Sangat banyak.. Dapat aku lihat semua penghuni sekolah dan ibubapa ku terkejut dan kelihatan sangat sedih.

"ELMANNNNNN TIDAKKKK"

"ELMAN......"

"ELMAN...."

pelbagai suara yang aku dengar dan aku tidak dapat cam suara itu milik siapa. itulah yang aku dengar sebelum pandanganku jadi gelap dan aku terus tidak dapat melihat mahupun mendengar apa-apa.

..........................

sory lambat update maklumlah sibuk sikit sekarang... wait for update seterusnya ye.....

ASPURAWhere stories live. Discover now