"Alhamdulillah kalau awak suka dengan apa yang saya buat untuk awak. Saya risau kalau awak tak suka. At least, awak happy sikit" jawab Zarith sebelum menguntumkan senyuman seperti selalu.

***

Setelah seharian menghabiskan masa bersama - sama dengan Zarith. Kami pun bertolak pulang. Suasana di dalam kereta agak sunyi dan sepi saja.

"Zarith"

"Ya" dia sahut panggilan aku sebelum memandang aku sekilas lalu.

"Kenapa awak boleh gembira dan tersenyum bila - bila masa je?" nak tak nak terkeluar juga soalan yang agak lama bermain dalam hati aku.

"Haha, comelnya soalan awak. Hmm, saya sendiri pun tak pasti dengan jawapannya. Tapi saya rasa mungkin sebab hati saya selalu tenang je. Lagipun parents saya agak berbeza dengan parents awak" jawabnya dengan muka yang agak serba salah.Mungkin dia risau dia akan mengguris perasaan aku kut.

"Ouh, you're lucky" balasku, sedikit sebanyak hati aku agak ngilu dan terkilan mendengar jawapannya.

"Urm, awak pun boleh dapat ketenangan tu kalau awak cuba dekatkan diri awak dengan Maha Pencipta" nasihat Zarith dengan suara yang tenang saja.

"Rumah awak kat mana erh?" soalku bagi memesongkan tajuk kami.

"Hanna, kalau awak jauh dengan Allah, awak masih boleh dekat dengan Dia sebab Dia akan selalu mengalu - alukan hamba Dia untuk dekati Dia. Saya sendiri boleh tolong awak kalau awak sudi. Saya faham situasi awak dan tadi pun sebenarnya awak tunggu saya je kan? Awak boleh berubah kalau awak nak. Rumah kita belakang - belakang je. Tingkap kita menghadap antara satu sama lain" luah Zarith sebelum menjawab soalan aku tadi.

Aku dapat melihat keikhlasan dia dalam menerima keadaan aku dan sanggup juga membantu aku.

"Ouh, kiranya semalam awaklah yang main biola tu?" soalku.

"Lebih kuranglah, kenapa? Ganggu awak ke? Maaf" ujarnya.

"Taklah, cuma melodi tu ingatkan saya dengan seseorang yang dekat dengan saya tapi hakikatnya jauh" tanpa aku sedar aku meluahkan berkaitan 'dia'.

"Siapa?" tanyanya.

"Takde sape" balasku. Perbualan kami terhenti kerana sudah sampai di hadapan rumah aku. Sebelum turun, nama Zarith aku panggil,

"Saya berterima kasih sebab awak faham situasi saya. Bantuan yang awak ingin berikan kepada saya tu sangat saya hargai tapi tolong bagi saya masa. InsyaAllah satu masa nanti saya akan perlukan bantuan awak tu. Thanks again, bye" ujarku sebelum melangkah keluar dari perut kereta itu.

***

Aku terus melangkah masuk ke rumah. Aku sangka mama dan papa aku sudah beredar namun sangkaan aku meleset. Mereka sedang berada di ruang tamu.

"Mel, Mel dah balik?" sapa ma dengan soalan yang agak 'kurang bijak'.

"Nope, Mel baru nak keluar" balasku sinis sebelum melangkah ke tangga untuk naik ke bilikku, tempat yang paling menyenangkan hati aku.

"Emelda, wait" ujar pa pula. Aku berhenti di tangga dan palingkan badanku untuk memandang papa dan mama yang ketika itu berada di ruang tamu yang berdekatan dengan tangga.

"I'm sorry for slapping you just now. I don't mean to hurt you. But you're too rude" ujar papa.

"Your apologize mean nothing to me, pa. Selagi tak boleh ubah situasi hidup Mel macam dulu, baik papa simpan jelah kata - kata maaf papa tu" ujarku sebelum melangkah naik.

"Time can't be turn back, Emelda! You have to accept the fact of your life and just move on. Just forgot about them, honey" ujar mama dengan suara yang kuat.

Kata - kata mama membuatkan kaki aku berhenti melangkah. Aku berpaling dan melangkah menuruni tangga dengan penuh rasa marah. Aku melangkah ke arah mama dan papa.

"You asking me to forgot about them? How could you ma? Mama sedar tak yang salah sorang dari diorang tu darah daging mama sendiri. My brother, ma! My brother, ma! Kejamnya mama sebab senang senang je nak lupakan anak sendiri. I disappointed with both of you" luahku dengan penuh rasa di hati aku.

"Enough, Emelda. Mel jangan melampau. Dari awal lagi papa tak suka Mel berkawan dengan si Rafiq tu. Tengok, apa yang jadi. You become more rudest with you own parents" marah papa dengan suara penuh penghinaan.

"Don't you ever mention his name in front of me with that tone, pa! If not you will never hear my voice anymore" marahku sebelum beredar naik ke bilik aku.

Pintu kamarku aku hempas sekuat hatiku. Hati aku panas membara. Segala bantal dan barang di atas katil aku campak. Aku menjerit sekuat hati aku. Namun, hati aku masih belum puas. Mata aku tertacap ke arah meja solekku.

Seraya itu aku berjalan laju menuju ke meja solekku, segala kelengkapan di atas meja itu aku tolak ke lantai. Bunyi kaca pecah memenuhi seluruh kamar tidurku. Tiba - tiba aku terdengar bunyi ketukan di pintu bilikku. Kedengaran suara mama dan papa aku.

"Emelda, buka pintu ni sayang. Jangan buat mama risau sayang" pujuk mama.

"Argh!" aku menjerit sekuat hati aku sambil menangis.

Saat itu aku dirasuki perasaan marah sehingga tanpa aku sedar, aku mengambil ubat aku dan aku menelannya dengan jumlah yang banyak.

Nafas aku menjadi sesak dan aku tidak boleh bernafas seperti sediakala seperti ada yang mencekik aku. Saat itu mama dan papa melangkah mendekati ke arah aku yag sedang terbaring lemah di lantai kamarku. Ketika itu juga, pandangan aku gelap.

***

lot of 💖

Untitled DreamWhere stories live. Discover now