Chap 3

633 30 0
                                    

Malam itu, aku duduk termenung di balkoni bilikku. Buaian di balkoni, aku hayunkan mengikut detik menunganku. Aku sendiri tak faham dengan arah tuju hidup aku. Kalau dulu aku semakin baik, tapi kini aku boleh berubah secara mendadak menjadi seperti dulu kembali.

Entah apa yang aku inginkan kini. Hidupku seperti kosong sahaja. Adakalanya aku seperti enggan lagi hidup. Tapi setelah terimbau kembali bait - baitnya, membuatkan aku mengamalkan apa yang di nasihatkan kepada aku iaitu beristigfar.

Tiba - tiba aku teringat lagu yang pernah dia hadiahkan kepada aku, lagu yang dia sendiri cover. Seraya itu aku mengambil mp aku dan mendengar lagu itu. Teringatkan kembali kenangan aku dengan mereka.

Untuk kali yang ke berapapun aku tak tahu aku mengeluh. Bukannya aku tak cuba untuk move on dan cari kebahagian baharu, aku cuma takut sekiranya aku mengalaminya sekali lagi. Telinga aku menangkap bunyi seseorang menggesek biola.

Aku menghayati bait - bait rentak tersebut, rasa tenang saja mendengarnya. Rasa yang aku dapat ketika aku bersama mereka, lagi - lagi ketika aku bersama dia. Hati aku disapa pilu disaat terkenang kembali segalanya. Aku akui yang aku hidup dalam memori saja.

Tapi aku tak kuat nak membuka lembaran baru. Dalam pada aku mengelamun, tiba - tiba telefonku yang berada di atas katil berbunyi. Seraya itu aku melangkah ke katilku untuk menjawab panggilan itu. Seperti aku tahu saja siapa yang menghubungiku berdasarkan nombor tersebut. Dengan malas aku menjawabnya.

Hanna : Hello.
Zarith : Assalamualaikum, Hanna.
Hanna : Waalaikumsalam, Zarith.
Zarith : Hmm, awak tengah buat apa?
Hanna :Tak buat apapun. Apsal call saya?
Zarith :Awak okey?
Hanna : Okey je.
Zarith : Esok free tak?
Hanna :Free kut.
Zarith : Hmm, jom keluar.
Hanna : Keluar pergi mana?
Zarith : Saya ada nak bawa awak ke beberapa tempat. Boleh?
Hanna :Okey, tapi nak jumpa kat mana?
Zarith : Takpe, esok saya ambil awak.
Hanna : Okey, pukul?
Zarith : Kalau pagi boleh?
Hanna :Boleh, tapi pukul berapa?
Zarith : Pukul 9.00 saya ambil awak.
Hanna : Okey, agak - agak esok sampai pukul berapa?
Zarith :Petang kut. Paling cepatla.
Hanna : Okey.
Zarith : Hmm, kalau boleh esok awak pakai seluar erh?
Hanna :Okey. Ada apa - apa lagi ke?
Zarith : Takde. Kenapa? Awak dah nak tidur erh?
Hanna : Taklah, saja tanya.
Zarith : Ouh, takleh tidur ke?
Hanna : Takleh tidur, tak ngantuk lagi.
Zarith : Hmm, awak suka muzik tak?
Hanna : Suka, suka sangat.
Zarith : Ouh, jap gi saya Whatsapp awak satu lagu ni. Lullaby song for you.
Hanna : Hurm, okey. Awak cover ke?
Zarith : Hehe, adala.
Hanna : Eleh, nak rahsia pula. Takpe nanti saya dengar.
Zarith : Okey. Hanna.
Hanna : Ya, kenapa?
Zarith : Saya selalu ada untuk awak kalau awak perlukan saya. Tak kisahla pukul berapa pun awak perlukan saya. Kalau awak nak chat or call saya, bila - bila pun boleh. At least saya boleh jadi pendengar awak.
Hanna : Ouh, okey.
Zarith : Saya serius dengan apa yang saya cakapkan kat awak. Ingat tu.
Hanna : Ya, Zarith.
Zarith : Hehe, sorry bebel.
Hanna : Takpe.
Zarith : Hmm, okeyla. Saya end dulu sebab dah lewat. Kesian awak. Jap gi saya send kat awak.
Hanna : Ouh, okey.
Zarith : Sorry ganggu.
Hanna : Takpe.
Zarith : Assalamualaikum. Night.
Hanna : Night too.

Panggilan ditamatkan dan aku letakkan telefonku di sisi katilku. Ketika aku sedang baring menengadah ke siling, telefon aku berbunyi tanda ada notification Whatsapp.

Seperti yang dikatakan Zarith, dia menghantar audio kepada aku. Aku biarkan audio itu download terlebih dahulu. Aku membalas "Thanks" sebagai tanda aku menghargainya. Zarith pula membalas dengan emoji yang sangat comel.

Untitled DreamΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα