Part 1

12 0 0
                                    

Di sebalik langsir kondominium ini Farid dapat melihat terus ke bawah. Dia berada di tingkat 27.

Lampu semua di tutup. Gelap gelita. Dari aras ini, orang-orang yang berada di bawah tak ubah seperti semut. Cahaya dari kereta, lampu jalan dan kedai makan ternampak berbintik-bintik di selaputi malam.

Dahinya memercikkan peluh. Dia memerhati sebuah kereta putih yang di parkir bertentangan dengan kondominium ini.

Farid sedar pemandu di dalam kereta itu sedang memerhatikan balkoni dan tingkap kondominiumnya.

Ya dia sedang diperhatikan.Segala gerak gerinya sedang berada di dalam pengawasan lelaki yang berada di dalam kereta putih itu

Siapakah lelaki itu? Kenapa dia terus menerus mengikuti aku. Farid terperasan sosok lelaki itu semenjak berada di Suria KLCC Mall lagi.

36 Jam sebelumnya.

Setelah 30 minit berada di Signature di aras dua, kelibat Wazir masih tak muncul. Farid melepaskan keluhan berat. Setengah jam masanya telah terbuang menanti kawannya itu. Wazir kawan yang baru dikenalinya tidak sampai pun sebulan. Berkenalan secara tak sengaja di Kedai Buku Konikuniya, di KLCC juga tapi di aras empat.

Wazir menegurnya bertanyakan di mana tempat letaknya buku yang dia sedang baca tatkala itu. Novel melayu karya Ramli Awang Murshid berjudul Mandatori. Di situlah terjalinnya persahabatan mereka. Mereka berdua berkongsi kecenderungan yang sama yakni membaca novel genre seram dan thriller.

Sedang dia leka membelek-belek majalah Esquire terkini, Wazir muncul tanpa di duga. Terus sahaja duduk dihadapannya. Kesibukkan suasana disekililing serta merta mati, jadi vakum.

Farid tergamam melihat wajah kawannya itu. Wazir terlalu pucat lesi seperti tidak cukup tidur berminggu-minggu lamanya.

Perwatakkannya seperti ketakutan dan amat cemas. Dengan rambut kusut masai, dahi berpeluh dan bibir kering pucat tak berdarah, lelaki yang berada dihadapanya kini terlalu berlainan sekali. Ini bukan Wazir!

"Kenapa dengan kau Zir?" Dahi Farid berkerut.

Perlahan-lahan Wazir mendekatkan wajahnya ke depan muka Farid. Jarak yang agak ketara dekatnya.

"Syytt.. jangan sebut nama aku kuat-kuat Farid."

"Apahal ni?" Farid di serbu seribu pertanyaan.

"Ada orang nak bunuh aku."

"Hah?" Mulut Farid melopong. " Kau biar betul? Siapa nak bunuh kau?"

Kepala Wazir menoleh ke kanan dan kiri, kemudian menoleh ke belakang.

"Farid.." Terhenti sejenak; lalu menyambung " Aku tak boleh lama disini." Seakan berbisik.

"Aku ada sesuatu untuk kau Farid, kau kena tolong aku."

Farid terkejut melihat reaksi kawannya itu.

Wazir pantas mengeluarkan sesuatu bungkusan dari beg sandangnya. Sebuah bungkusan putih yang tebal. Dokumen penting barangkali. Mata Farid mengecil, dahinya berkerut.

"Dengar sini baik-baik Farid. Kaumesti tolong aku hantarkan bungkusan ini kepada alamat yang tertera disini." Jari-jemari Wazir mengigil ketika menyerahkan bungkusan itu ke tangan Farid.

"Kenapa kau sendiri tak hantar?"

"Kenapa kau tak faham-faham lagi hah?" Jerkahan Wazir mengejutkan satu pasangan di meja sebelah. Pasangan itu memandang ke arah Wazir dengan air muka kehairanan dan beberapa saat selepas itu buat tak endah. Percakapan Wazir terketar-ketar. Matanya merah menahan kemarahan bercampur ketakutan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LEMBAGA NEUROSISWhere stories live. Discover now