33;

4.1K 281 48
                                    

Seperti biasa, aku akan pergi ke sekolah dengan menaiki bas.



Aku menunggu dengan sabar di perhentian bas ini.





"Jagiya!". Tiba-tiba, aku terdengar suara lelaki yang amat aku kenal.

Aku menoleh ke kanan kerana bunyinya datang dari arah itu. Aku ternampak Jungkook sedang berjalan menuju ke sini dengan membawa sebuah kotak sambil senyum gembira.

Aku membalas dengan senyuman. Aku berasa agak hairan kerana Jungkook datang ke sini tanpa motosikalnya.

Jungkook duduk di sebelahku.

"Kenapa awak datang ke sini? Awak bukan naik motosikal ke?". Soalku.

"Saya malas pula nak tunggang motosikal hari ni.. saya nak pergi sekolah dengan awak". Kata Jungkook.

Aku hanya ketawa kecil melihat betapa comelnya Jungkook.

"Hari ni saya bawa sesuatu yang istimewa untuk awak". Kata Jungkook.

"Apa tu?". Kataku.

Jungkook memberi kotak itu pada aku, "Bukalah~". Kata Jungkook.

Aku hanya menuruti arahannya dan membuka penutup kotak itu untuk melihat isi kandungannya.

Aku ternampak coklat jenama Cadburry, gambar polaroid Jungkook dan dua keping kertas putih.

"Apa ni?". Soalku dengan memegang dua keping kertas putih itu.

"Cuba awak tengok betul-betul". Kata Jungkook.






Aku membaca kertas itu.






Aku berasa terkejut.

"J-Jungkook-ah.. ini bukan tiket untuk p-pergi melancong ke London ke?". Kataku dengan sedikit gementar.

"Ya, kita akan pergi ke sana bersama". Kata Jungkook dengan senyuman manis.

"A-Awak.. betulkah?". Soalku dengan tidak percaya.

"Betul lah takkan saya nak main-main pula?". Kata Jungkook dengan gelak.

Aku memeluk Jungkook dengan erat.



"Gomawo~ saya tak sangka awak sanggup buat macam ni untuk saya. Saya rasa gembira sebab sebelum ni saya tak pernah pergi ke luar negara". Kataku.

"Saya buat ni semua untuk awak~ cuti sekolah nanti kita pergi ya?". Katanya.

Aku menganggukkan kepala berkali-kali.


Jungkook melepaskan pelukan, "Ok.. awak simpan dulu tiket tu ke dalam kotak tu semula. Jaga elok-elok tau". Kata Jungkook.

"Arasseo". Jawabku ringkas.

Bas telah tiba dan kami segera bangun untuk menaiki bas itu menuju ke sekolah.








Di sekolah semasa rehat

"OMG, betulkah?". Mina terkejut.

"Kau ni biar betul?". Kata Yoobin pula.

"M-Macam mana kau boleh bersama semula dengan Jungkook??". Kata Mina lagi.

Aku hanya senyum.





"Aku masih sayangkan dia.. jadi aku terima dia semula. Aku bagi dia peluang kedua". Kataku.

"Kalau itu yang kau nak, kami masih sokong kau". Kata Yoobin.

"Ya, betul. Tapi, kalau Jungkook buat benda yang sama lagi aku akan belasah dia cukup-cukup!". Kata Mina.

"Yah.. kau ni dah kenapa?". Kata Yoobin.

the antisocial • j.jk [C]Where stories live. Discover now