4;

6.1K 601 64
                                    

"Dia marahkan kau??". Mina berasa terkejut mendengar penjelasanku.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Aku rasa.. aku ni pabo! Aku rasa bersalah sebab buat dia marah". Kataku sambil memuncungkan bibir.

"Huh! Buat apa kau nak rasa bersalah kat dia? Kau cuma bertegur dengan dia je? Hm~ aku tak fahamlah dengan Jungkook tu". Mina hanya menggelengkan kepala.

"Jungkook ni memang seorang yang panas baran ke?". Soalku.

"Aku tak tau.." Kata Mina.

"Pertama kali aku jumpa orang yang macam Jungkook ni. Dahlah dia tu seatmate dengan aku? Macam mana aku nak bercakap dengan dia lepasni? Aku takut dia tinggikan suara lagi kat aku.. hm.."

"Dia selalu buat bodoh bila aku bercakap, bertanya dan bersembang dengannya. Dia macam bencikan aku.."

"Aku ada buat salah ke selama aku berpindah kat sini?"

"Tapi setakat ini, tak ada sesiapa pun yang bencikan aku. Mereka semua menegurku dengan senyuman dan bergurau-senda. Hanya Jungkook seorang sahaja yang bersikap dingin pada aku. Bukan aku seorang sahaja, malah semua orang di sini juga dilayan seperti kecuali pada guru-guru. Jungkook hanya bercakap banyak dan senyum pada cikgu sahaja"

"Aku malas nak berfikir panjang dan aku sudah belajar dari kesilapanku. Aku sepatutnya tidak mengganggu orang lain"

"Namun, setiap kali aku tengok Jungkook senyum dan bercakap membuatkan hati aku tenang. Suaranya bagaikan muzik yang bermain di telingaku. Senyumannya bagaikan--"

"Daeyoung!". Mina menegurku sehingga aku tersedar dari lamunanku.

"Wae?? Wae? Kenapa?". Kataku dengan terkejut.

"Jungkook pergi kantin". Bisik Mina.

"Huh? Maksud kau?". Soalku dengan hairan.

Aku sambung makan makanan tengah hariku sambil memandang Jungkook dari jauh yang sedang makan roti sandwic.

Semua pelajar di sini berbisik-bisikkan antara satu sama lain dan ada yang memandang Jungkook.

Aku berasa kasihan kerana dia tiada teman.

Dia duduk secara berseorangan.

"Dia jarang pergi kantin tau sebab selalunya dia akan makan kat kelas je. Aku rasa pelik bila dia ada kat sini". Kata Mina.

"Baguslah, mungkin dia cuba untuk biasakan diri dalam khalayak ramai. Sebab dia asyik jauhkan diri dari orang". Aku senyum.

"Mudah-mudahanlah dia akan berubah dan hati dia lebih lembut". Kata Mina.

Aku hanya senyum dan mataku masih memandang Jungkook.

Jungkook tiba-tiba mengalihkan pandangannya ke tempatku dan aku segera memandang ke tempat lain seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

"Aduh.. kenapa dia pandang sini?"

Jungkook hanya memandangku sambil mengunyah.

Kemudian, dia menjelingku dan memandang tempat lain pula.

---

Kelas

Sepanjang kelas, aku dan Jungkook langsung tidak bertegur. Aku berasa sangat kekok. Aku ingin bersuara dan meminta maaf padanya tetapi aku berasa sangat takut kerana bimbang akan dimarahi oleh Jungkook lagi.

Jungkook langsung tidak mengalihkan pandangannya padaku mahupun senyum.

Lagi beberapa minit kelas akan tamat dan pelajar-pelajar akan pulang.

the antisocial • j.jk [C]Where stories live. Discover now