32;

3.1K 268 25
                                    

Kami semua duduk berkumpul bersama dan makan malam bersama. Jungkook duduk di sebelahku. Aku dan Jungkook tidak bersuara langsung sehingga membuatkan omma dan appa berasa hairan pada kami.

"Aik? Kenapa kamu berdua diam je?". Kata omma.

Aku dan Jungkook hanya senyum kekok. Daeyoon hanya menggeleng kepala sambil ketawa kecil.

"Alah.. kamu tak perlu malu-malu~ kami dah terima kamu dalam keluarga kami dan kamu anggap je kami ni macam ibu bapa kandung kamu". Appa senyum.

Aku hanya diam sambil mengunyah.

"Aish.. perlu ke sampai macam tu sekali?"




"Em.. yakah? Bukankah omma dan appa tahu yang kami berdua dah--"

"Aniya!". Aku mencelah kata-kata Jungkook sambil ketawa kekok.

Kedua orang tuaku, Daeyoon dan Jungkook memandangku dengan hairan.





"O-Oppa! Nanti kita em.. er.. pergi taman nak tak? Yang saya pernah bawa awak dulu tu?". Aku menukar topik.

Jungkook memandangku dengan hairan dengan mata tidak berkedip. Jungkook hanya ketawa kekok.

 Jungkook hanya ketawa kekok

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Em.. saya--"

"Bolehlah~". Aku terpaksa membuat wajah comel pada Jungkook agar kedua orang tuaku tidak berasa curiga pada hubungan kami.

"Ergh.."



Omma senyum, "Kamu boleh keluar nanti tapi jangan balik lambat ya? Sebab dah malam ni". Kata omma.

Jungkook senyum pada ibuku, "Tak apa saya ada omma. Saya jaga dia". Kata Jungkook dengan senyuman bangga.




---

Selepas kami selesai makan, aku dan Jungkook mengambil keputusan untuk bersiar-siar seketika di taman.

Aku dan Jungkook jalan beriringan bersama tanpa bersuara.

Suasana sangat kekok antara kami berdua.

Jungkook mengetap bibirnya mungkin berasa agak gementar. Aku hanya memandang ke bawah sambil berjalan.





"Em.. kenapa awak tipu parents awak?". Kata Jungkook.

Aku mendongakkan kepala dan memandang wajah Jungkook dengan perasaan gementar kemudian selepas beberapa saat aku mengalihkan pandangan aku darinya lagi.

"Awak tak bagitahu parents awak yang kita sebenarnya dah tak ada hubungan ke?". Kata Jungkook lagi.

"Tak ada apa-apalah.." Kataku dan cuba mengelakkan diri dari perkara ini.



Jungkook menarik tanganku untuk berhenti berjalan.

Aku memandangnya lagi.

Sekarang, raut wajah Jungkook kelihatan serius.

the antisocial • j.jk [C]Where stories live. Discover now