Erika mencampak badannya ke atas sofa sebelum membuka televisyennya menggunakan alat kawalan jauh.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dengan nyaring.

Erika menghela nafas panjang selepas membaca nama si pemanggil. Panggilan itu dijawab dengan tidak ikhlas.

"Hello, papa. Apa lagi ?"

"Erika Rose Xander. Baik kau bagitahu aku, macam mana bini si ketua mafia tu boleh tahu rancangan kita ?!!"

"Haa ?? Mana ada siapa-siapa tahu !!"

"Kau jangan ingat aku bodoh !! Baik kau mengaku sekarang. Kau yang bagitahu dia, kan ?!!"

"Memang ! Memang Ika yang bagitahu dia ! Habistu kenapa ?!"

"Rosaklah rancangan kita, bodoh !!"

"Itu rancangan papa, bukan rancangan Ika !!"

"Kau dengar sini baik-baik. Sekarang ni Avrin ada dengan aku. Kalau kau taknak dia mati, baik kau paksa Frandy kahwin dengan kau dalam masa yang terdekat. Kau faham ?!"

"Avrin ?!!", wajah Erika serta-merta berubah pucat. Hilang habis darahnya.

"Yeah.. Bakal kakak ipar kau. Dia akan jadi bakal arwah kalau aku tak dipanggil jadi wali dalam masa yang terdekat. Aku akan simpan dia sampai mampus !"

"Papa !! Tolong jangan apa-apakan dia. Ika janji Ika akan kahwin dengan Frandy.. Tolong jangan apa-apakan dia. Dia tak bersalah, pa...", rayu Ika sayu.

"Bagus. Jangan bagitahu sesiapa pasal ni kalau kau taknak dia mati", kata Zack sebelum panggilan itu dimatikan.

Erika terdiam tidak berputik. Telefonnya jatuh ke lantai. Kesian Avrin, tiba-tiba menjadi mangsa.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Erika berdering lagi. Dia hanya membiarkan panggilan itu tidak berjawab. Lama-lama ia berhenti menjerit juga.

Telefon bimbitnya berdering lagi. Erika dengan pantas menjawab panggilan itu tanpa membaca nama si pemanggil.

"Apa lagi, papa ?! Ika penatlah. Ika tahulah buat kerja Ika, tak perlu nak bagitahu banyak kali !"

"Kerja apa yang kau nak buat ?", tanya Ariq dingin.

Erika yang mendengar suara Ariq itu terus menjauhkan telefon bimbitnya dari telinga. Nama si pemanggil dibaca. Oh my..

"Eh awak.. Kenapa call ni ?", Erika cuba berlagak tenang.

"Kerja apa yang kau nak buat ?", tanya Ariq sekali lagi. Cukup dingin.

"Kerja ? Oh kerja tu.. Saya kan doktor. Saya nak buat kerja sebagai doktor lah ni. Banyak kerja ni... Nanti lah call. Byee", kata Erika sebelum mematikan panggilan.

Ariq mencampak telefon bimbitnya ke atas sofa.

"So ?", tanya Aryan.

"Clean", tipu Ariq. Bukannya dia tidak tahu yang Erika sedang menipunya sebentar tadi. Kerja konon.

"Ergh !!", Aryan separa jerit. Kakinya terus melangkah keluar dari bilik itu.

Hayden mengambil tempat di sebelah Ariq.

"Kau pasti ke dia clean ?", tanya Hayden.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Where stories live. Discover now