Bab 10

134K 7.8K 2.2K
                                    

                Sazali menunggang motosikalnya untuk ke rumah Puan Ana. Petang ini dia akan pergi mengambil bajunya kerana pagi tadi Puan Ana menelefonnya dan memberitahu bahawa bajunya yang dihantar haritu telah pun siap dijahit.

               "Assalamualaikum..."

               "Waalaikumsalam. Masuklah dulu, Zali. Baju kamu tu ada dekat dalam", kata Puan Ana yang sedang menjemur kain.

               "Ika ada dekat sini lagi ke, Cik Na ?", tanya Sazali. Cik Na ialah singkatan dari Mak Cik Ana.

               "Dia ada dekat dalam. Esok dia balik Amerika semula. Pergilah jumpa dia sebelum dia berangkat", kata Puan Ana lembut.

               "Oh okey..", kata Sazali sebelum melangkah masuk ke dalam rumah itu.

              Mata terus mencari bayang crushnya itu. Sudah lama dia menyimpan rasa dan harapan terhadap gadis cantik itu tetapi gadis itu terlalu sombong dengannya.

               "Kau buat apa dekat sini ?", tanya Erika dingin yang baru keluar dari biliknya itu.

               "Ika.. Aku datang nak ambik baju aku je. Cik Na suruh jumpa kau sebelum kau balik US semula", jawab Sazali lembut.

               "Aku taknak jumpa kaulah. Disebabkan kau, Frandy kena tangkap dengan polis, tau tak ?!", Erika separa jerit.

              "Ika ! Dia tu orang jahat ! Memang patutlah dia kena tangkap dengan polis ! Yang kau simpan orang jahat tu kenapa ? Sejak duduk US, jadi makin teruk lah kau ni", kata Sazali selamba.

              "Sejahat-jahat dia pun, dia tetap bakal suami aku. Kau takda hak nak cakap macam-macam", kata Erika yang masih berdiri di hadapan pintu biliknya.

              Riak wajah Sazali terus berubah.

             "Kau nak kahwin dengan dia ?", tanya Sazali dingin.

             Erika hanya mendiamkan diri. Malas mahu menjawab. Dia pun masih keliru mahu kahwin ke tidak. Jika dia berkahwin dengan Ariq, rancangan papanya akan berjaya serta-merta.

             "Aku tanya ni, kau nak kahwin dengan dia ke ?", tanya Sazali lagi. Kali ini suara itu sudah berubah garang.

             "Haah", jawab Erika ringkas.

             "Kau gila ke, Ika ?! Dia tu penjahat ! Kau sendiri nampak dia nak bunuh aku haritu ! Dahlah bawak kereta mewah, entah penjual dadah ke apa", kata Sazali selamba.

             "Kau jangan nak sedap mulut fitnah dia jual dadah ! Dia ada kerja ! Business ! Dari kau tu, dahlah menganggur tak sudah ! Sedar diri tu sikit !", maki Erika pula. Geram dia apabila Frandy dituduh sebegitu oleh Sazali.

            "Aku menganggur sebab nak jaga mak bapak aku sakit dekat rumah ! Bukannya saja-saja !", jawab Sazali.

            "Mak bapak kau pandai jaga diri lah ! Tak payah nak jaga sangat", perli Erika.

            "Fikir baik-baik, Ika. Betul ke dengan pilihan yang kau buat ni. Entah berapa ramai orang yang dia dah bunuh. Kau nak jadi mangsa seterusnya ke ?", tanya Sazali dengan suara yang sudah bertukar lembut.

            "Mangsa seterusnya tu kau, bukannya dia", kata satu suara garau.

             Erika dan Sazali segera menoleh ke arah si pemilik suara. Ariq berdiri bersandar pada pintu masuk dengan kaki yang disilang. Tangan sebelah terletak elok di dalam kocek seluar manakala tangan sebelah lagi dibiarkan bebas.

[Terbit] Mischievous Killer [UNEDITED]Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ