Bab 40

22.4K 881 73
                                    

Cuti yang di beri cikgu selama 4 hari di tambah oleh Ayumi selama seminggu untuk dia serta keluarga nya meluangkan masa bersama.

Gembira.

Sentiasa terserlah pada muka keluarga baharu itu. Termasuk lah Ayumi serta Aqif. Mereka mengambil keputusan untuk bercuti di salah satu hotel yang berdekatan dengan pantai yang di bina oleh Tengku Afiq sendiri.

Tetapi tanpa dia sedar ada orang yang sentiasa tersenyum sinismelihat kebahagiaan keluarga baharu itu.

#######

Setelah bercuti agak lama Ayumi pun datang sekolah agak sedikit akhir a.k.a terlajak tidur. Bersama sama adik adik nya.

Sesampai mereka di sekolah benda yang pertama di dapat oleh Ayumi adalah pandangan sinis serta di maki hamun habis habisan.

"Cuba kau tengok tu perempuan yang berkepit dengan Tengku Afiq kan.."

"Murah betul perempuan.."

"Harap bertudung tapi sundal.."

"Patut lah si Sabrina cakap hari tu sundal rupanya betul lah tu.."

"Harap muka ja nampak baik tapi semua dia nak kebas... jutawan pertama terkaya pun dia nak.."

"Tah..muka mula Faris lepas tu Haikal Raikal lepas tu Aqif lepas tu Jutawan pula dia kebas.."

"Buat malu mak bapak ja.."

Kutuk beberapa orang yang Ayumi sempat dengar saat dia melintas di hadapan pelajar pelajar yang berkumpul di laluan masuk sekolah.

"Akak apa dah jadi ni semua kutuk akak dengan abang Afiq..?"Tanya Affina. Memandangkan hari ini hari pertama dia jadi dia kenal Aqif dengan Ayumi sahaja. Jadi masa keluar dari kereta tadi Aqif terus blaa ja macam tu jadi Ayumi lah yang tolong bawa kan.

"Tah aka pun tak tahu jum lah akak hantar pegi bilik pengetua.."Ajak Ayumi lalu mempercepat kan langkah nya dengan tangan kanan memegang erat adik angkat nya itu.

#######

Di tempat lain pula..

"Padan dengan muka dia..cari pasal lagi dengan aku.." Kata Sabrina.

"Good job my friend..aku tabik betul kau.." Kata Syasya pula.

"Bagus ..Tapi mana kau jumpa dorang hari tu..?"Tanya Farisya pula.

"Hari tu aku just teman mama aku je pergi hotel tempat Tengku Afiq bina tu aku terpandang dorang tengah ketawa siap peluk sana sini lagi tu jadi aku ambil lah gambar..aku nak dia kena buang dari sekolah ni..baru aku puas.."Jawap Sabrina.

Ya , dia telah memfitnah Ayumi dengan menyebarkan gambar semasa percutian Ayumi sekeluarga. Gambar di mana Ayumi memeluk abang nya manja , Belari bersama sama Aqif kembarnya dan memeluk erat tangan kedua adik beradik dia.

Dari tadi The Princess Diva menunggu kehadiran Ayumi sebenarnya. Mereka ingin memalukan Ayumi.

Tetapi tanpa mereka sedari nanti perkara yang mereka sebarkan itu akan memakan diri mereka sendiri.

######

Selepas Ayumi menghantar Affina dia pun melalu lorong yang agak sunyi untuk menunju ke kelas nya. Memandangkan ada dua haluan yang bersambung menuju ke lokasi yang sama.

Semasa di dalam perjalanan sempat dia bertembung dengan Faris. Manakala Faris hanya memberi pandangan tajam nya sahaja. Ya, dia juga percaya akan gambar yang di sebarkan oleh Sabrina itu.

"Heh..Tak sangka kau murah sangat semua lelaki kau nak kebas.."Kata nya sinis sebelum berlalu bersama kawan kawan nya.

"Tch..Sape Buat benda ni dekat aku..??Sape yang malu kan aku depan khalayak ramai ni..?"Tanya Ayumi separuh keras di dalam lorong itu.

Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2] Where stories live. Discover now